Seorang hakim syarie di Ipoh dilaporkan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima rasuah bagi membebaskan seorang Inspektor polis yang berkhalwat.
Harian Metro melaporkan, turut direman adalah seorang anggota polis yang dipercayai bersubahat dalam kes itu.
Difahamkan, hakim lelaki berusia 37 tahun itu ditahan oleh SPRM Perak di sebuah kedai makan dekat ipoh, 11.30 malam tadi.
Kredit foto: Harian Metro
Manakala, polis berusia 30 tahun berpangkat Lans Koperal diberkas di tempat kerjanya di Bukit Merah, 1.45 pagi tadi.
“Hakim itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes menerima wang suapan sebanyak RM4,000 bagi membebaskan seorang inspektor polis yang ditahan kerana berkhalwat.
“Dia ditahan oleh pegawai SPRM malam tadi di sebuah kedai makan bersama sejumlah wang tunai,” kata peguam Dayang Nor Emilia Azman Syah yang mewakili hakim berkenaan. - CARI |