CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4484|Reply: 48

[Tempatan] Saya tak lalu makan ingatkan adik2 kat rumah-Pelajar UPSR ditinggalkan ibu dan a

[Copy link]
Post time 8-9-2019 08:45 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin ramai yang sedia maklum pada ketika ini kanak-kanak berusia 12 tahun sedang ‘berperang’ dengan peperiksaan penting iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ke peringkat yang lebih tinggi, sekolah menengah.

Kebiasaannya pada waktu seperti ini, mereka semestiya akan diberikan sokongan moral yang luar biasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga. Namun nasib yang sama tidak berlaku kepada seorang kanak-kanak malang ini seperti yang dikongsikan Muhamad Khadir Abd Jalil di laman facebooknya Padaedi Sandakan.



Dah tiga bulan tak datang sekolah
Nama adik Putri. Semalam dapat berita dari kawan Mahjur Salleh adik ini sudah tiga bulan tidak hadir ke sekolah. Sehari sebelum UPSR adik ni datang ke sekolah memberitahu kehidupan sebenarnya dan sebab tidak datang ke sekolah selama 3 bulan kepada Guru Besar sekolah.
Jaga tiga orang adik yang masih kecil

Semalam juga saya sempat mengunjungi rumah adik ini dengan rakan-rakan yang lain. Rumah yang sangat usang kehidupan yang sangat daif adik ini terpaksa tempuhi, menjaga adik-beradiknya yang berumur 10 tahun, 3 tahun dan 2 tahun sampaikan tidak dapat datang sekolah.
Ditinggalkan ayah, emak pula hilang tanpa khabar
Adik ini memberitahu bapanya meninggalkan mereka, mamanya pula ke KL bekerja sudah berapa lama tidak ada khabar berita.
Tadi kelihatan Putri makan perlahan-lahan nampak macam tidak berselera, saya tanya Putri kenyang ka? Jawab Putri anu bang, Putri ingat dekat adik-adik di rumah. Putri makan sedap-sedap tapi adik di rumah mungkin belum makan dari pagi.
Fuuu hancur hati kuuu mendengar Putri bercakap, terpaksa pakai cermin mata supaya tidak kelihatan mata masuk habuk.
Bantu ambil dan hantar Putri ke sekolah
Banyak pesanan dan nasihat yang ku berikan buat adik Putri mudahan bermanafaat buatnya, dan kita menawarkan sepanjang UPSR berjalan. Kereta percuma ke hospital akan memberi perkhidmatan Putri hantar dan balik sekolah.
Mudahan usaha kecil ini boleh meringankan beban adik Putri seketika ini.
Kawan-kawan yang ingin mengulurkan bantuan boleh terus ke rumah adik putri depan masjid pengeran Galpam rumah kedua dari siring jalan bersebelahan warung makan.
Menerusi laporan mStar, Khadir merupakan pengusaha perkhidmatan ‘kereta percuma ke hospital’ di sekitar Sandakan.

SUMBER : https://informasisantaiku.blogspot.com/2019/09/saya-tak-lalu-makan-ingatkan-adik2.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebaknya baca pengorbanan adik ni.. Alahai jauh pula duduknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:01 PM | Show all posts
makpak penagih kut..sangat tidak bertangggungjawab
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan semua urusan adek ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya la. Kenapa masarakat gagal tangani masalah mcm ni.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusnye kakak ni,  very mature for her age.  Semoga dimidahkan urusan buat mu kakak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2019 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik Pilipin suda barangkali?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-9-2019 09:14 PM
Balik Pilipin suda barangkali?

Hahahahaha kuang ajo. Btw pilipin ni bonding anak beranak sgt kuat ya.jd mungkin ni bkn anak pelipin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2019 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg tengok2 kan diorang ni. ada kena angkut JKM ni, baru meroyan mak pak
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:28 PM | Show all posts
beranak pandai, jaga anak tak pandai. Binatang pun tau jaga anak. Semoga  masa depan kau cerah dik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik doakan adik dan adik beradik adik berjaya dunia dan akhirat. Aku pulak rasa sedih bila baca dia ingat adik2 dia x makan.. Dia makan sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca kisah adik ni. Kecil lagi dah tahu erti tanggungjawab. Mak ayah dia pulak, haih, boleh lak tinggalkan anak2 macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua kampung mana????
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..adik ni tinggal kat mana? Kecik kecik dah kena tinggal dengan tanggungjawab yang besar. Celaka la parents dia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
3 bulan hidup makan minum dia cemana? Allah bahayanyaa la
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya..rentap naluri aku tgk budak 2 tahun tu..ya Allah..aku tringt dialog bella dlm filem pisau cukur..intipatinya nk ckp pompuan tlg brfikir panjang sblum kawen dan pilih suami fkirlah masa depan anak2 nya

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2019 11:17 PM | Show all posts


kesiannya  ..  harap2 adalah sapa2 ambil perhatian .

pusat zakat pun janganlah pandai kutip zakat saja .



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat mana ni?xnak letak besar2 ke nama tmpt ni?kesian adik ni,xkan xde y amek tahu pun?cikgu dia mana bila 3bulan x pegi sekolah,xkan xde contact lgsung?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar nombor 2 tu rasa sebak je. Keseorangan mak ayah tak de. Semoga Allah permudahkan urusan anak2 ini didunia dan diakhirat, ditemukan semula dengan kedua ibubapa dalam suasana yang lebih baik...Aminn



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2019 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cerah masa depan mu serta adik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.071442 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list