|
Artis-artis baru nak naik ni memang macam-macam betul ya, ragamnya?
Cik Pang dari Harian Metro ada mendedahkan, seorang artis junior yang sungguh biadab. Katanya, bakat artis remaja itu dicungkil menerusi program realiti, bukan ada pencapaian besar pun setakat ini.
Menurutnya lagi, artis tersebut dijemput ke sebuah sesi wawancara bersama beberapa artis baru yang lain.
Yang lain elok menjaga pertuturan, tapi artis yang ini bukan main lagi cakap besar. Siap tiada adab pula tu bercakap dengan artis senior!
Gambar Hiasan
Lucunya, buah bicara artis junior itu ada yang pincang tapi artis senior tersebut hanya memilih untuk diam.
Punyalah nak menonjolkan diri sampai nak menang semua hal. Asal boleh buka mulut, mesti laju sahaja dia bercakap seolah-olah lagi arif tentang selok belok dunia hiburan.
Tambah Cik Pang lagi, saudara kandung artis junior ini juga kurang disenangi oleh ramai orang. Pendek kata, adik-beradik tersebut memang menjadi bahan kutukan.
Kalau macam inilah perangai mereka, memang payah nak bertahan lama dalam industri.
Ubahlah sikit perangai tu ya, dik? - CARI |
|