Bila bercakap soal cinta ini, ramai orang sanggup bergadai harta dan duit kerananya. Semuanya kerana janji manis hidup bersama.
Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia membongkar satu kes seorang gadis yang sanggup meminjam daripada ah long kerana hendak menurut kehendak teman lelakinya.
PPIM KENDALIKAN BANYAK KES PENGGUNA ISLAM. FOTO: GOOGLE
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ini banyak menguruskan kes berkaitan dengan pengguna Islam. Kes ah long, kena tipu, produk halal dan macam-macam lagi.
Jadi, lepas gadis itu buat laporan kononnya diganggu ah long kerana pinjam duit, Unit Banteras Ceti Haram PPIM pun buatlah siasatan.
Selepas disiasat, rupa-rupanya gadis itu pinjam duit ah long untuk teman lelakinya. Mereka siap duduk serumah tanpa nikah!
BERSEKUDUDUKAN DAN PINJAM AH LONG. FOTO: YOUTUBE
Bila disoal sejak bila mereka bersama, lelaki itu mengatakan mereka sudah lama bersama. Tetapi gadis itu sebenarnya sudah tidak mahu lagi berbuat demikian.
"Yerlah, tapi saya dah memang tak nak duduk dengan awak. Saya dah banyak kali beritahu kan sebelum ni?" kata gadis itu.
PPIM BUAT SERBUAN, TERUS LELAKI TU KENA HEMPUK DENGAN SAUDARA SI GADIS. FOTO: YOUTUBE
Teruknya lelaki ini dalam soal duit sampai pinjam dengan emak gadis itu sebanyak RM20,000 dan tak bayar! Kononnya hendak mulakan perniagaan tapi kena tipu.
Apa lagi, memang lelaki itu kena hempuk la dengan emak gadis itu bertalu-talu.
KENA LEPUK DENGAN EMAK GADIS, NASIB BAIKLAH GUNA BEG TANGAN. FOTO: YOUTUBE
Kes masih dalam siasatan PPIM. Jangan ingat sebab buat aduan kepada PPIM, mereka akan tolong selesaikan atau lunaskan hutang korang ya. Ada proses-prosesnya!
Apa kata anda, siapa yang lebih bersalah sebenarnya? - CARI
Jantan tu asyik pikir nak sedap free jer. Bukan stakat sedap ngesex, sedap hidup jugak. Bisnes tak jalan pinjam duit pakai nama gf. Senangnya hidup cmtu.