|
Pelakon Dazrin Kamarudin mendedahkan seorang usahawan kosmetik masih berhutang dengannya puluhan ribu ringgit. Siapa gerangan usahawan kosmetik itu?
Memetik Utusan, Dazrin dikatakan terkejut apabila usahawan kosmetik berkenaan berkongsi kisah peribadinya dengan sebuah portal, namun dalam masa sama masih belum melunaskan hutangnya pada pelakon itu.
Kredit foto: IG Dazrin
"Dia bagaikan tidak ada masalah sedangkan sebelum ini beberapa artis telah pun membuat laporan polis tentang penipuan yang pernah dia lakukan.
"Saya dilantik menjadi duta produk kecantikannya dengan nilai kontrak puluhan ribu. Namun sehingga hari ini dia masih belum menyelesaikan baki bayaran," katanya.
Jelasnya, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan dan pesanan ringkas daripada Dazrin.
"Bukannya saya tidak pernah cuba untuk menghubungi, namun semuanya tidak berhasil. Saya tidak mahu sampai satu tahap saya pergi terjah ke rumah dia pula," ujarnya.
Dazrin juga meluahkan dia mula risau apabila mengetahui wanita terbabit kini rapat dengan seorang artis lain.
"Kalau boleh janganlah ada yang akan menjadi mangsa dia lagi selepas ini," katanya.
Siapakah usahawan kosmetik itu? - CARI
|
|