CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4467|Reply: 32

[Tempatan] Alahai penyamun spiderman ..

  [Copy link]
Post time 8-7-2019 08:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tri-max at 8-7-2019 08:20 AM



CUBAAN seorang lelaki mengumpil pagar besi dan memanjat bumbung untuk memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, gagal apabila dia ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan daripada penduduk di kawasan terbabit yang memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal diterima, kami dimaklumkan penduduk ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang mengumpil pagar besi dan memanjat bumbung rumah berkenaan.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menahan suspek berusia 41 tahun itu yang sedang bersembunyi di sebuah bilik di rumah berkenaan,” katanya hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pemeriksaan terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau dengan enam daripadanya berkaitan dadah, manakala lima lagi kes pecah rumah.

“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis heroin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 08:27 AM | Show all posts
tuan rumah di mana..kerja atau balik kg..balik2 tgk rumah dah kena pecah
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ada jiran prihatin..
Dadah lagi ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:42 AM | Show all posts
banyaknya rekod jenayah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2019 08:43 AM | Show all posts
hanya dadah je yg buat manusia tak normal
siang hari gi nyamun umah org, naik bumbung plak tu
klu penyamun pro, takdelah MO mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Taik dadah nii..
Dh lepas nanti kalau gian, pecah rumah lagi..
Ulang cycle sama sampai mampos.
Baik tembak mati je bukan ada guna pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2019 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dadah ni hanya boleh dimusnahkan dgn hukuman jerung besar yg menguasai market dadah malaysia...yg polis dok tangkap balaci kecik saja... Yg besar.. Gelak kira duit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 09:23 AM | Show all posts
arareez replied at 8-7-2019 08:44 AM
Taik dadah nii..
Dh lepas nanti kalau gian, pecah rumah lagi..
Ulang cycle sama sampai mampos.

lambat mampos weh..kat tempat saya ni ..asyik kelauar masuk penjara/pusat..tua dah

keluar pusat..mencuri lagi..sampai tahap periuk belanga pun curi..

asalnya mak cover..asal kena cekup..call anak2 lain minta duit utk jamin abang tu..kalau penagih ni xde kat rumah lama ..jiran tanya mana udin,,maknya jawab ke bandar sekian2 keje..padahal masuk penjara/pusat pemulihan..kalau kita tahu dia curi brg kita, pergi tanya maknya..ada udin ambik barang ni tak..mak dia akan maki kita balik sbb tuduh anak dia..anak dia baik..anak sulung acik ni (abng kpd penagih ni) dah mati bertahun lalu kena HIV..tu pun panjang umur juga baru mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengan rekod sebegini banyak berapa lama dia duduk dalam jail?

pemeriksaan terhadap suspek mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod lampau dengan enam daripadanya berkaitan dadah, manakala lima lagi kes pecah rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
pendadih ni bukan satu tu jenayah diebuat mesti macam2 lagi.terutama ceroboh/samun rumah orang, pukul/ bunuh orang, mencuri/merosak harta awam dan banyak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 11:40 AM | Show all posts
sarah82 replied at 8-7-2019 09:14 AM
Dadah ni hanya boleh dimusnahkan dgn hukuman jerung besar yg menguasai market dadah malaysia...yg po ...

takle musnah la, sebab dadah ni asalnya dari xtvt rokok, 99% penagih adalah penghisap rokok, tanpa dadah, industri rokok akan rugi.
jadi dadah ni membantu industri rokok yg memberi pulangan cukai paling tinggi pada negara

https://kapital.my/2018/10/kerajaan-bakal-kutip-cukai-rm5-3-bilion-cukai-rokok/

cara betul nk hapuskn dadah ada 2 aja

1. tutup,haramkan semua rokok 1 malaysia, sapa hisap, kene pilih 2 hukuman, samada ditembak mati atau dipotong kemaluannya untuk putus keturunan penghisap rokok.

2. halalkan penggunaan ganja, dadah ke apa di klinik2 , farmasi ke apa, kira halalkan penjualan dadah, dgn ini tiadalah tokan dadah lagi, yg isap dadah tu mmg akan mati cepat ..

selesai masalah.. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk gile rekod.. lepas tu duk ulang lagi, makin bertambah rekod.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 8-7-2019 11:40 AM
takle musnah la, sebab dadah ni asalnya dari xtvt rokok, 99% penagih adalah penghisap rokok, tanpa ...

Ganja yg dok klaim boleh rawat cancer..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 12:42 PM | Show all posts
Nasib ada jiran yang perihatin dan memastikan dia tertangkap
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut semlm bila group surau maklumkan kejadian ni, yuan rumah xde blk kg dan berlaku awal pg ms tgh hujan lebat
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nak menyamun pun pakai baju pink. org senang nmpk la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2019 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana dadah rosak la segala nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:14 PM | Show all posts
Bangi oh Bangi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:17 PM | Show all posts
berani betul buat jenayah siang2 hari..mesti nk cari duit nk beli dadah la ni..

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2019 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pink_Purple replied at 8-7-2019 09:23 AM
lambat mampos weh..kat tempat saya ni ..asyik kelauar masuk penjara/pusat..tua dah

keluar pusat ...

Mmg sakit ati berjiran dgn mat pit, nnt abis barang kena curi..
Lagi sakit ati family mat pit plak bekap..

Diorang ni x boleh letak dlm pusat serenti, penjara..letak pun keluar nnt tak berubah jugak..
Elok letak kat pulau mcm survivor kalau mati, mati lah..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.699810 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list