Edited by NmeeraR at 6-7-2019 09:53 AM
Wah! Nampaknya ramai yang memuji lakonan Fattah Amin sekarang.
Kredit Foto: instagram.com/fattahaminz/
Rata-rata netizen memuji lakonan Fattah dalam drama Cetera Hati Diya menerusi slot Samarinda di TV3 sangat mantap dan hebat sehingga berjaya menusuk ke hati dan membuat mereka menitiskan air mata.
Bahkan, ada yang berpendapat zaman Fattah Amin pelakon kayu sudah menjadi sejarah.
Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen menyatakan yang mereka pada awalnya bukanlah peminat Fattah Amin. Namun, setelah menonton drama ini, mereka merasakan Fattah berjaya melakon watak ini dan lakonannya sangat menjadi.
Saat ini, drama lakonan Fattah Amin sedang ditayangkan jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis.
Drama berjudul Cetera Hati Diya merupakan adaptasi dari novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila. Drama 15 episod terbitan syarikat Wiranusa Corporation Sdn Bhd ini diarahkan Raja Mukhriz mengisahkan Zahil (Fattah Amin) yang nekad ingin mengahwini Diya (Azar Azmi) dan bertanggugjawab di atas kesalahan adiknya yang memperkosa Diya.
Perasaan Zahil yang pada awalnya hanyalah simpati dan rasa tanggungjawab berubah menjadi cinta. Namun, saat cinta mereka berdua sudah berputik, Diya kembali membenci Zahil setelah mengetahui suaminya itu ialah abang dari jejaka yang memperkosanya. Bagaimanapun, dalam masa sama, Zahil diduga dengan penyakit kronik.
Menarik juga jalan ceritanya ya? Bagus, Fattah! Semoga sukses selalu. Teruskan berkarya. - CARI
|