CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10852|Reply: 86

Tidak salah meniru Siti Nurhaliza

  [Copy link]
Post time 5-7-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tidak salah meniru Siti Nurhaliza
ABD JALIL ALI | | 4 Julai 2019

Siti Nurhaliza
A A
SAYA terserempak dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis rumah terbuka Aidilfitri seorang menteri kanan di Putrajaya hujung minggu lalu.

Tidak syak lagi penyanyi tersohor negara itu adalah tumpuan utama beribu-ribu tetamu yang hadir; sebenarnya lebih diberi perhatian daripada tuan rumah sendiri.

Hatta tetamu-tetamu lain di meja VIP, termasuk antaranya Tun Daim Zainuddin pun tidak sangat diperhatikan berbanding pemilik suara emas itu.Itu tidak menghairankan sebab dari segi populariti dan pengaruh, Siti memang mengatasi ramai pemimpin politik, termasuk para menteri.

Kalau sebut RCI, ICERD, Rome Statute dan sebagainya ramai orang tidak tahu, malah tidak berminat pun. Tetapi sebut Jerat Percintaan semua orang – tanpa mengira usia, jantina – minat gila-gila.

Dan Siti mempunyai lebih daripada sekadar Jerat Percintaan. Selama suku abad berkecimpung di dunia seni – bermula Bintang HMI RTM April 1995 – suaranya tidak pernah luput dari peminat.

Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Biarlah Rahsia, dan banyak lagi, sampai kini menjadi siulan negara.

Kalau bukan Siti penyanyi kita yang mana lagi berjaya mengabdi dan mengagungi seni sehingga mengumpul hampir 300 trofi anugerah dari dalam dan luar negara?

Kalau bukan dia, siapa yang telah menerbitkan 16 buah album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan 250 lagu dan single?

Dan siapa artis, sekali gus usahawan yang memiliki aset-aset seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) dan Creacion (fesyen)?

Dengan populariti dan suara yang sentiasa ‘ngetop’ itu Siti tetap Siti! Ketika sana-sini orang resah dan gelisah mengenai intergriti, Siti mengekal intergriti asalnya; bersopan, berperkerti mulia.

Dan dia tetap tidak sombong, tidak seperti kacang. Dia helang yang senang bergaul dengan pipit, bukan helang yang berdegar-degar menghina pipit.

Ketika saya minta bergambar dengannya, dia tidak menolak, cuma berkata penuh sopan: “Boleh uncle, tapi tunggu sekejap ya?”

Dia tidak mengenal saya pun – sebab sudah terlalu lama saya tidak bertemunya – tetapi sikapnya yang sedia bergambar dengan pipit uban di tengah-tengah ribuan manusia itu menyentuh perasaan saya.

Tidak dengan saya sahaja, ke mana dia bergerak sentiasa ada peminat yang berebut-rebut untuk berswafoto dengannya, dan dia tidak pernah menolak.

Malah beberapa kali saya mendengar dia berkata: “Dah dapat selfie dengan saya? Tak apa boleh ambil gambar dengan kita...”

Seorang superstar jutaan peminat bersedia dan gembira untuk diambil gambar dengan insan yang tidak dikenali pun. Maka saya hairan ada artis – juga ahli politik – yang keberatan malah marah-marah jika ada orang hendak bergambar dengannya.

Maka saya harap artis baharu, juga politikus dan menteri supaya mesra seperti Siti. Jangan ingat apabila sudah di puncak enggan bercampur dengan orang bawah.

Sesetengah orang biasa mungkin bersusah payah hendak berjumpa menteri. Terpaksa naik bas-turun bas, merayu dengan pengawal, merintih dengan pegawai, tetapi akhirnya diberitahu “YB mohon maaf, tidak dapat jumpa sebab dia ada mesyuarat!”

Atau, dalam sesetengah kes, pegawai menteri yang lebih menteri daripada menteri. Mereka patut selalu mendengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Akhir kalam, pada usia 40 tahun, dan telah mempunyai seorang cahayamata - Siti Aafiyah, setahun tiga bulan – Siti masih cantik seperti ketika saya mula menemuinya di awal pelancaran Jerat Percintaan.

Majalah-majalah terbitan Karangkraf sedikit sebanyak turut mempromosi Siti.

Nota kaki: Saya tabik spring kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa @ ‘Datuk K’ yang sepanjang di rumah terbuka menteri itu sentiasa senyum dan sabar menyapa dan bersalaman dengan peminat isterinya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35761/Analisis-Sinar/Tidak-salah-meniru-Siti-Nurhaliza
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nextttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:44 AM | Show all posts
Ok paham. Next
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:53 AM | Show all posts
ni isu menteri politik ke isu siti nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 07:55 AM | Show all posts
boring nya baca text tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak dpt point artikel walaupun berjela2 menghurai.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nothing new. Thank you. Next!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 08:59 AM | Show all posts
baca sebaris je dah menguap
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:01 AM | Show all posts
RumiMenari replied at 5-7-2019 08:42 AM
Tak dpt point artikel walaupun berjela2 menghurai.....

betul...ape yg cuba disampaikan?
"dia seorang yg baik hati... kite kena jadikan dia contoh..."
ooooooo...ok.....

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Blh sape2 bgtau tak tiru ape yg x slh tu?titu exam upsr siti ke...?mls nk bc...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Bayar berapa nak stay relevan dgn artikel ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg bosan bacanya.. tapi dah kuar paper i share je hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan bagus terus highlight kan saja isi penting..

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa aku baca benda ni..hampeh igt ada cite burung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2019 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikutkan pembacaan ni macam penulisan wartawan hiburan otai.. tapi sedihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah x cantik n suara besar.. dah x mnat dah. Lg pulak sokong atok fossil mnyusahkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:46 AM | Show all posts
bagusnya siti dah la top star x kisah layan peminat.... iols masih ingat masa iols BBNU nak sgt bergambar ngan dynaz mokhtar di huaryus kan oleh beliau cam gampang.... so tgk takat mana je beliau skrg iols pulak huaryus kan beliau yeeeeeeeehhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:49 AM | Show all posts
kata nk bersara
makin ..next!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2019 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 5-7-2019 09:44 AM
Dia dah x cantik n suara besar.. dah x mnat dah. Lg pulak sokong atok fossil mnyusahkan rakyat

Bab menyokong atok fosil menyusahkan rakyat tu iols pon banned tok ti.

Tp dari segi baik budi dan suara tu iols masih belom ada pengganti tok ti di hati. Iols sndiri penah terserempak tok ti kat jusco maluri, sheols mmg dikerumuni ya setiap langkah. Kalo iols di tempat sheols, sangat la rengsa nak soping kalo smpai begitu. Tp sheols masih senyum2 bergambar.

Mohon tok ti tidak terlampau condong ke pentas politik lah. Naik menyampah sheols fanatik ke atok fosil.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.202110 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list