CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 0

[Penulis] Pernahkah Anda Mendengar Karya 'Kisah Cinta Di Apartment'?

[Copy link]
Post time 1-7-2019 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FatinNazu at 1-7-2019 11:16 AM

Pernahkah anda membaca atau mendengar karya ‘Kisah Cinta di Apartment’? Karya ini mengandungi sebanyak 21 bab yang ditulis oleh penulis bebas. Nama pena penulis bebas ini ialah FatinNazu.




Saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan karya ini. Pada pandangan saya, ‘Kisah Cinta Di Apartment’ mempunyai jalan cerita yang unik dan mempunyai banyak pengajaran yang boleh kita dapat. Ianya tiada kaitan dengan masalah rumahtangga mahupun perceraian. Tetapi, ianya berkaitan dengan nekad para isteri untuk mengambil perhatian para suami serta kisah di sebalik kejadian yang menimpa mereka.

Karya ini mengisahkan tiga orang gadis, berusia 21 tahun baru berkahwin tanpa kerelaan hati, tinggal bersama-sama dengan suami masing-masing di sebuah pangsapuri. Bolehkah anda bayangkan tiga orang pasangan pengantin baru tinggal serumah? Inilah yang berlaku di dalam karya ini. Nama gadis-gadis tersebut ialah Nur Airina, Nurul Izwani dan Nor Sofea.


Pandangan saya, kisah Nur Airina paling sebak. Nur Airina mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Aiman. Demi melangsaikan hutang adiknya, Nur Airina terpaksa menikahi seorang banduan yang bakal menerima hukuman gantung sampai mati iaitu Ahmad Rahimi. Nur Airina dan Aiman tidak mempunyai ibu bapa kerana telah meninggal dunia disebabkan oleh datuk dan nenek mereka. Jika Nur Airina tidak melangsaikan hutang Aiman, dia akan dimasukkan ke dalam penjara.


Atas cadangan peguam belanya iaitu Dato’ Osman Lee, akhirnya Nur Airina mengahwini Ahmad Rahimi. Namun, kisah Nur Airina tidak berhenti di situ. Selepas disiasat, rupa-rupanya suaminya bukanlah penjenayah yang dikehendaki selama ini. Jadi, Ahmad Rahimi dibebaskan daripada tuduhan tersebut dan secara tidak langsung, status Nur Airina masih lagi bergelar ‘isteri’ dan bukannya ‘balu’.

Kisah Nur Airina dikejutkan dengan kehadiran neneknya yang dimasukkan ke dalam hospital. Neneknya telah merungkai semua kisah yang tersimpan selama ini kepada Nur Airina dan Aiman. Kisah silam yang amat mengejutkan semua apatah lagi Nur Airina dan Aiman dinamakan sebagai pewaris kepada semua harta milik atuknya. Peristiwa yang amat menyayat hati apabila neneknya pula menghadap Ilahi kerana penyakit yang tidak dapat dirawat lagi.


Kisah Nor Sofea pula, dia terpaksa berkahwin dengan seorang jejaka yang berwajah ‘hodoh’ atas paksaan keluarga angkatnya. Demi membalas jasa, Nor Sofea sanggup mengahwini Abdul Hakim walaupun di dalam hatinya sudah mempunyai seseorang yang berjaya mencuri hatinya. Nor Sofea dan Abdul Hakim melarikan diri dari rumah mereka selepas mengetahui bahawa mereka hanyalah boneka dalam dunia perniagaan bapa masing-masing. Sifat Abdul Hakim yang suka mendiamkan diri dan enggan bergaul dengan orang lain kerana wajahnya mula berubah selepas menemui dengan suami kepada Nur Airina dan Nurul Izwani.


Ujian menimpa keluarga Nor Sofea dan Abdul Hakim apabila perniagaan bapa mereka mula merudum. Tambahan pula, Sarah, kakak angkat merangkap sepupu Nor Sofea telah dihalau keluar daripada rumah kerana telah mengandung anak luar nikah. Selepas dipujuk oleh Nor Sofea, Abdul Hakim membantu perniagaan bapa mereka. Masalah Sarah pula, Nor Sofea dan Abdul Hakim menemani Sarah dan suaminya untuk berjumpa dengan bapa dan ibu kandung Sarah untuk menyelesaikan masalah mereka.


Jalan cerita untuk Nurul Izwani tidaklah begitu rumit dan kompleks seperti kisah Nur Airina dan Nor Sofea. Nurul Izwani ditangkap basah bersama-sama dengan rakan baiknya di sebuah hotel selepas mereka melarikan diri dari rumah akibat desakan keluarga yang diterima oleh Nurul Izwani untuk mengahwini seorang pengedar dadah. Cerita diteruskan apabila Nurul Izwani mengalami mimpi buruk di mana bapa kandungnya dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung selepas mendengar berita bahawa anaknya sudah menikahi Khairul kerana ditangkap basah. Di sebalik mimpi itu, ianya benar-benar berlaku selepas pasangan suami isteri itu tiba di kampung mereka.


Penerimaan semula anaknya berlaku apabila Nurul Izwani disahkan mengandung 3 minggu. Kemudian, kenyataan terbongkar selepas lelaki yang ingin dijadikan suami kepada Nurul Izwani sememangnya keldai dadah apabila pihak polis berjaya menyerbu kegiatannya. Akhirnya, ketiga-tiga pasangan itu memperoleh cahaya mata dan bertemu semula selepas 5 tahun mereka berpisah. Karya ini sangat berbaloi untuk dibaca dan dijadikan sebagai pengajaran.




Untuk membaca karya ini, boleh menekan link di bawah ini:





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.053360 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list