CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8226|Reply: 10

[Pelbagai] Jom BERNIAGA...

[Copy link]
Post time 26-6-2019 12:30 PM | Show all posts |Read mode


Berniaga buku, terbit buku...apa lagi?



Single Polls, Total 24 Users voted
75.00% (18)
8.33% (2)
12.50% (3)
4.17% (1)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2019 06:20 PM | Show all posts
@ johan-adx  @fahdramli @aleX-S
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom, siapa2 yg nai berniaga dipersilakan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh berniaga pasal buku ke maksudnya?
Sekarang Malaysia pun dah banyak ebook. Ada yg diterbitkan sendiri oleh penulis, ada yang appoint pihak ketiga untuk terbit dan pasarkan.

Kebanyakan ebook berkaitan bisnes seperti bit.ly/LubokBuntil, bit.ly/BizBakeriDrRumah.

Ada juga berkiatan motivasi seperti bit.ly/RahasiaSolat & bit.ly/RahsiaSadaqah

Saya pernah tulis juga mini ebook tp pihak penerbit tak mau terbitkan kerana niche bukan popular utk pasaran tempatan. Boleh klik link2 di atas untuk belian. Tak reti pula highlight kan. Banyak lagi sebenarnya tajuk ebook yg ada. Borong dari china, mendidik anak, bisnes kambing

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2019 01:17 PM | Show all posts
                                                       
                                                Fikirkan Ini Sebelum Membuka Kedai Buku Anda Sendiri!                                                                    November

                                Bagi kebanyakan peminat buku, membuka kedai buku adalah satu impian. Seperti mana-mana perniagaan, realiti membuka kedai buku jauh lebih rumit sebenanya daripada sekadar berimpian untuk menjual buku.
Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membeli atau memulakan perniagaan buku, di sini adalah beberapa fakta mengenai penjualan buku

Kedai Buku adalah Perniagaan Runcit
Bagi penjual buku persendirian, kebiasaannya mereka menjual buku bercetak. Seperti semua peniaga yang mempunyai kedai, perniagaan buku yang berjaya memerlukan:
  • Lokasi yang strategik – kebiasaannya di kawasan yang punya banyak kedai lain, dan tempat yang ramai orang lalu-lalang. Secara umumnya, lebih strategik lokasi tersebut, lebih mahal sewanya.
  • Waktu operasi yang sesuai – anda membayar sewa untuk tempat itu dan kebiasaannya bagi kedai, pelanggan mengharapkan kedai untuk dibuka pada waktu yang selesa untuk mereka pergi membeli. Ia bermakna (kadang-kadang) lewat malam, hari minggu, dan pada hari-hari cuti.
  • Pekerja yang berkebolehan – peniaga buku boleh bergantung kepada pekerja mereka untuk berkomunikasi dan bersemuka dengan pelanggan. Ini bermakna anda perlu memperuntukkan masa bagi memilih dan melatih pekerja yang berpersonaliti baik dan mempunyai pengetahuan tentang buku.
  • Pemilihan buku yang baik (untuk dijual) – bagi peminat buku, memborong buku setiap bulan adalah satu keseronokan – tetapi juga ia adalah suatu usaha yang keras. Ini kerana bagi menjualnya, kita perlu menyemak senarai yang dikeluarkan penerbit tentang buku-buku baru, mengkaji tentang buku yang belum pernah kita baca, dan membeli buku-buku dari pelbagai genre bagi menepati pelbagai citarasa pembaca yang berlainan (termasuk buku yang anda tidak berapa gemari).
  • Pengurusan inventori buku yang cekap – kedai buku yang kecil juga menyediakan beribu stok pelbagai buku, yang mana perlu dianalisis bagi melihat kadar jualan dan sebagainya; bagi memaksimumkan tarikan untuk pelbagai pilihan buku di kedai dan untuk memastikan stok sentiasa ada.

Perniagaan Buku Cenderung Menjadi Perniagaan Margin RendahKeuntungan jualan buku kebiasaannya lebih rendah daripada perniagaan runcit lain. Sesetengah peniaga buku mendapati bahawa jualan sampingan mereka seperti alat tulis, t-shirt, mug, hadiah—dan, seperti dijangka, kafe mereka—kadar keuntungannya adalah lebih besar dari jualan buku.
Walaupun kebanyakan peniaga buku menceburi bidang perniagaan buku kerana cintanya terhadap buku dan membaca, kecintaan terhadap akaun dan kewangan adalah ciri yang diperlukan untuk seorang peniaga buku.
Jika anda tidak mempunyai kemahiran itu sendiri, peniaga buku perlu mencari seseorang yang mahir dalam bidang tersebut.

Perniagaan Buku Adalah Perniagaan yang KompetitifWalaupun anda mungkin tidak ada persaingan dari kedai-kedai berdekatan, persaingan sentiasa wujud dari peniaga online yang menjual buku bercetak dan juga e-buku; seperti Amazon, Kinokuniya, MPH  dan juga dari penerbit yang menjual buku mereka secara terus kepada orang ramai.
Bagi sentiasa mengikuti perkembangan buku-buku yang baik, dan terus berdaya saing, peniaga buku persendirian perlu sentiasa mengambil cakna dengan perubahan teknologi yang pantas berkaitan pesanan secara online, peranti e-book, muat turun e-book, serta peralatan dan keupayaan untuk cetakan atas permintaan.
Selain teknologi penyampaian teks, peniaga buku juga perlu terlibat dengan teknologi pemasaran di media sosial untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan.
Halaman khas Facebook untuk kedai buku, penghantaran e-mail yang konsisten kepada pelanggan dan juga mengoptimumkan Twitter dan Instagram bagi mempromosikan jualan buku anda.
Sekiranya semua elemen tentang perniagaan runcit membuatkan anda teruja, dan idea tentang bekerja dengan buku membuatkan anda gembira, maka memiliki sebuah kedai buku mungkin adalah kerjaya yang tepat untuk anda.

Terjemahan artikel asal oleh Nur Azyyati Abdullah bertajuk Learn the Basics of Opening A Bookstore yang diterbitkan menerusi The Balance Careers bertarikh 14 Mei 2018.
       

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2019 02:40 PM | Show all posts
ebook byk yg cilok dan rebrand semula..
btw dh lama tak beli buku..asik baca dgn uncle gugel jaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2019 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak saya minat berniaga tapi kurang sikit bab berniaga buku, jiwa saya pada f&b but macam best juga kan buka book cafe well i know some hipsters cafe ada je dah buat book cafe tapi contents book certain macam moden urban style. Macam best kalau letakkan buku yang unsur traditional lebih kepada jiwa mengenal Malaysia ke hehehe wow bestnya it happen in real life of me having cafe book like that hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2019 07:32 PM | Show all posts
Pernah berniaga buku/novel secara online dan masih berniaga buku

sekarang ni, ramai yang berniaga online saja. nak sewa kedai tak mampu. Jadi, elok berniaga online. Cuma masalah kadang-kadang pelanggan pertikai kos pos. Emm..dah pejabat pos naikkan harga pos. Apa nak buat?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2019 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita niaga and bekerja. tapi niaga bermusim je skrg.. tapi ni kena secure satu for long term... masih blm tau apa and berangan nak bersara makan gaji sblm 50tahun. So.. berniaga apa? belum tau jual buku terpakai?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2019 11:33 AM | Show all posts
niaga kek lah senang.buat brownies kecik2 ke..niaga kecik2...utk suka2 n saving

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2019 01:14 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.791016 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list