CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9369|Reply: 35

[Tempatan] CEO behind bars pegawai kanan syarikat sisa pepejal direman - Joli sakan hang no

  [Copy link]
Post time 26-6-2019 09:12 AM | Show all posts |Read mode

bhnews@bh.com.my
ALOR SETAR: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif bersama Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Rashidah Azmi membenarkan permohonan SPRM ke atas kedua-dua suspek iaitu lelaki dan wanita berusia 50 dan 34 tahun yang ditahan petang semalam di pejabat SPRM Kedah.

Mereka dikatakan ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan berhubung siasatan penerimaan rasuah dalam pemberian kontrak kerja dan pengubahsuaian rumah kedai sejak 2015.

Terdahulu, suspek tiba di lokap Kompleks Mahkamah Alor Setar mahkamah diiringi anggota SPRM negeri sekitar jam 10.30 pagi.

Sementara itu, sumber SPRM berkata, suspek ditahan antara jam 6.37 hingga 6.43 petang semalam.

“Siasatan menjurus kepada penerimaan rasuah dalam pemberian kontrak kerja dan pengubahsuaian rumah kedai sejak empat tahun lalu.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 16 (a) SPRM 2009,” katanya.

Beliau berkata, sejak dua hari lalu, beberapa pihak khususnya kontraktor sudah menghantar bantahan kerana ketidakpuasan hati berhubung pengagihan kontrak kepada beberapa pihak disyaki mempunyai kaitan dengan seorang daripada suspek terbabit.

Malah, dikatakan wujud penyelewengan dalam proses pembahagian tender menyebabkan syarikat tidak memenuhi kriteria termasuk dari aspek jumlah lori dan pekerja yang mencukupi, berjaya dipilih.

Syarikat yang tidak terpilih pula dikehendaki menjalankan kerja pengutipan sisa pepejal sebagai sub-kontraktor kepada pihak yang terpilih walaupun ia tidak melengkapi kriteria dikehendaki.

Didapati anggaran projek bagi pengurusan sisa pepejal di Kedah dan Perlis berjumlah RM360 juta setahun.

Selain itu, suspek utama dan beberapa pihak yang terbabit dalam hal ini sudah menubuhkan satu tabung kelab yang kononnya untuk menjaga kebajikan syarikat terbabit.

Semua kontraktor yang berjaya dalam pemilihan tender diwajibkan menyumbang satu atau dua peratus daripada nilai projek ke dalam tabung ini dan dianggarkan setiap tahun, sebanyak RM3.6 juta (satu peratus daripada keseluruhan RM360 juta) akan disumbangkan dalam tabung ini.

Pihak SPRM percaya tabung ini sudah digunakan sebagai kaedah mengutip wang rasuah daripada kontraktor dan ia dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.

Risikan selama lebih enam bulan mendapati tabung ini sudah diseleweng untuk membeli harta, kenderaan dan lawatan peribadi ke luar negara.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut.

credit © New Straits Times Press (M) Bhd

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2019 09:13 AM | Show all posts
klu da ada - merge je la cik MOD
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts

Ingatkn sykt sisa pepejal pasir gudang nun..
Dr bulan 3 tak nampak dalang2 nya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya yg perempuan tu. Just 34. Maybe ikut je ckp boss, dia x tau ape. Kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:38 AM | Show all posts
Atata replied at 26-6-2019 09:18 AM
Kesiannya yg perempuan tu. Just 34. Maybe ikut je ckp boss, dia x tau ape. Kot

ikut pengalaman aku dan kawan2.. orang yg sign dokumen mmg selalu kena kutip dulu..
dah kena kutip.. kena soal macam2.... kalau ada arahan org atasan.. kena buktikan gak arahan2 org atasan tu walaupun secuit initial.
kalau tak dapat buktikan, memang ke dalam la gamaknya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 09:44 AM | Show all posts
azharfcsit replied at 26-6-2019 09:38 AM
ikut pengalaman aku dan kawan2.. orang yg sign dokumen mmg selalu kena kutip dulu..
dah kena kuti ...

yup - power of authorised gittew
idop nak mewah tp menggunaka kuasa mmg tak lama la Allah nak bagi peringatan
peringatan tanda sayang Allah ke kita

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2019 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Heishh pakai tudung..rasuah amik
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 09:47 AM | Show all posts
Wow detail isu dia kupas dkt sini. Hmm bahaya skrg nak main tender kerajaan pun kena cekup dirasuah tapi baguslah ramai lg org yg layak kan. Rasakan kau!!!! hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Syarikat2 besar ni mmg byk pakai tabung utk cover kegiatan rasuah..mmg ada yg wat utk tujuan kebajikan tapi diselang seli utk kegunaan sendiri dan kaum kerabat
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:02 AM | Show all posts
1% pun dh juta...joli sakan nampak
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
azharfcsit replied at 26-6-2019 09:38 AM
ikut pengalaman aku dan kawan2.. orang yg sign dokumen mmg selalu kena kutip dulu..
dah kena kuti ...

Huhuhu kesian jgk kan. Kalau kena hukum tak pasal2 karier hanco
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 11:48 AM | Show all posts
dlm kes ni sah2 la drg ni ikut ckp boss jeh. i know sebab dulu keje tendering jugak. paling obv comp meleis la. bagi rasuah sampai ke technician boleh tau. kalau cainis drg senyap2 jeh. even yg uruskan contract pun tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pumpkingirl replied at 26-6-2019 09:16 AM
Ingatkn sykt sisa pepejal pasir gudang nun..
Dr bulan 3 tak nampak dalang2 nya..

Xnampak teruih dah kot, ghaib disorok hantu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 01:58 PM | Show all posts
Watin Salwani Binti Abdul Wahid

https://www.e-idaman.com/management-team

Pelaq aihhh.. siap buat tabung kebajikan ala-ala tabung harapan tu.. konon untuk kebajikan pekerja..last2 depa2 yang tubuhkan tabung tu balas habih.. memang celaka bangsat2 ni..

harap mereput dalam penjara..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 02:12 PM | Show all posts
najib888 replied at 26-6-2019 01:58 PM
Watin Salwani Binti Abdul Wahid

https://www.e-idaman.com/management-team

OMG.. omg
muka sorang2 terpampang, bergaya sungguh
rupanya ada udang balik laksa kedah noooooo
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 26-6-2019 01:58 PM
Watin Salwani Binti Abdul Wahid

https://www.e-idaman.com/management-team

Baju blazer hitam kakak2 tu pakai mcm pinjam je, ala2 blazer kat kedai apek foto
U want to do corporate photography kene lah panggil stylist, makeup artist bukan yg MuA wedding punya siap shading2 bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2019 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dh ghuper mcm iklan yusof taiyob
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak Environment Idaman ni jaga bandar kat kedah mmg nampak beza sangat....i puji sungguh company ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 03:43 PM | Show all posts
bila punya berita nih? cari dalam nst takde pun...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2019 04:09 PM | Show all posts
kakakau replied at 26-6-2019 11:48 AM
dlm kes ni sah2 la drg ni ikut ckp boss jeh. i know sebab dulu keje tendering jugak. paling obv comp ...

yess
yg cha ya diaorang buat pun staff tak berani nak bukak mulut sebab dah bg makan kenyang.
bagi bonus bnyak, angpau, segala dedak laa hahahahaha.
ada glc dpt big kontrak, depa sub job ke subsi. subsi tu pulak agihkan job kat few sykt, yg bini dia punya pun ada.
yg sykt kawan2 pun ada,  hujung2 tahun dia pau la sikit minta cash dividend kat shareholder sykt subkontraktor2 yg dia 'pegang' tu.
mana yg tak nak bagi, mula la dia kurangkan bg kontrak dah.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.080041 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list