Di saat industri hiburan dihebohkan dengan kisah lelaki bersuami memilih untuk menceraikan isteri dan berkahwin dengan janda, penyanyi Ieda Moin pula diam-diam memilih lelaki bujang sebagai suami.
Kredit foto: Harian Metro
Penyanyi itu mengumumkan perkahwinannya dengan Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman, 36, sebagai pasangannya setelah berkenalan selama empat tahun.
Menurut Ieda, beliau bersetuju menerima lamaran Amril kerana kematangannya walaupun usia lebih muda daripadanya. 'Amril juga seorang yang bertanggungjawab dan menyayangi anak saya' katanya memberitahu portal berita mStar.
Kredit foto: Harian Metro
Perkahwinan mereka telah berlangsung di Masjid Ar-Rahman, Kampung pandan pada 12 April lalu dihadiri keluarga, sahabat handai dan rakan rapat.
Amril yang turut ditemubual mStar memberitahu beliau memilih Ieda sebagai suri hidupnya kerana peserta Arena Panggang itu seorang yang penyanyang dan mudah diajak berbincang. Beliau juga tidak kisah dengan status janda isterinya dan berjanji akan terus menyokong karier seni Ieda.
Kredit foto: Harian Metro
Terdahulu Ieda pernah berkahwin dengan Muhamad Naquib pada tahun 2006 tetapi bercerai pada Disember 2014 . Mereka dikurniakan seorang anak berumur 11 tahun.
Kredit foto: Utusan
Semoga perkahwinan Ieda kali ini berakhir dengan kebahagiaan. Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin ini.- CARI |