CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
Post time 8-7-2021 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain maciamm ni.. Spesis internasional ni lagu omputeh boleh lagu indo pun boleh. Jeng jeng jeng..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2021 07:38 AM | Show all posts
Kelong Durjana Bahagian 3

Aku masih termenung seorang diri memikirkan apa yang telah aku lihat tadi. Manakala Paksu dan Ah Chan dah berdengkor...ajer dua orang tua ni. Seram2 macam tu pun boleh tidur.

Sekaligus aku teringat akan suatu ketika dulu, sewaktu melepak kat rumah Pak Mud. Masa tu anak muridnya ada sekali borak2 dengan Pak Mud. Anak murid Pak Mud yang official tu sorang tu je. Aku ni pulak simpan tepi je.

Pernah dulu aku try cakap kat Pak Mud yang aku nak belajar betul2 dengan dia seperti anak muridnya yang bernama Jimi itu.

Tetapi Pak Mud bertanyakan pula kepadaku, “sanggupkah kau kalau orang sekeliling menghina atau mempersendakan kau? Kadang2 dari orang yang terdekat dengan kau pula tu. Kawan2 kau pula akan menjadi jauh seorang demi seorang. Begitu juga dengan saudara mara kau sendiri. Sehinggalah kebergantungan kau tu hanya kepada Allah s.w.t saja. Tu belum masuk lagi ujian2 dari Dia...kau nak dekat, Dia mesti mau test dulu”.

Aku hanya terdiam seribu bahasa memikirkan apa yang ditanyakan oleh Pak Mud itu. Memang benar luarannya nampak biasa2 saja, tapi dugaan yang dialami Pak Mud dahulu amat berat dari apa yang aku dengar dari Pak Tahir.

“Tak apa...kau fikirkan je dulu. Kita belajar ni pun bukannya terus tutup pintu dari dunia luar. Kau tengok la Tahir tu, keja jaga dia buat, menggali kubur pun dia buat. Masa dia muda2 belajar dengan arwah guru dia pun keja supavisa kilang. Takde pula sampai kena tinggalkan anak bini bertapa kat dalam gua. Hahaha...”, sambung Pak Mud sambil ketawa.

Jadinya suatu malam tu, seperti kebiasaannya aku datang lepak2 rumah Pak Mud tengok koleksi ikan ketutu. Biasanya Pak Mud tangkap ikan ketutu ni kat sungai hutan, kemudiannya dia bagi ikan2 tersebut gemuk sebelum dijualkan ke restoran cina.

Awal2 tu dia kasi chan kat cina tu jual RM90 sekilo, tapi lepas diorang dah rasa ikan tu...memang harga seratus lebih la sekilo. Loaded orang tua tu. Paling kecik dia jual dua kilo.

Aku pernah try tanya Pak Mud, apa rasa ikan ketutu ni. Dia jawap jangan ditry...kita tak reti masaknya. Rasa ubi je nanti jadinya bila makan. Cina biasa tahu cara masaknya. Eh...apa dah jadi, cerita pasal ikan.

Pada malam tu, Jimi pun ada dengan Pak Mud sedang refer pembelajarannya. Bila aku tengok diorang tengah sembang serius macam tu, aku pun lepak la dulu atas motor sehinggalah Pak Mud panggil aku untuk join.


Misteri Tasik Chini

Masa tu Jimi baharu saja balik dari Pekan, Pahang kerana ada urusan perubatan. Usai saja urusannya, kawannya membawa dia menaiki bot di Tasik Chini. Jadi masa tu di atas bot hanya bertiga saja, iaitu Jimi, seorang kawannya dan pemandu bot yang disewa mereka.

Segalanya bermula dari kawan Jimi yang mulutnya tiba2 saja cabul.

“Agak2 istana naga tu kat sini la kan? Tengah2 tasik ni”, ujarnya dengan muka selamba.

Dengan tidak semena mena enjin bot terpadam tiba2.

“Hish...kau ni mulut tu jaga2 la sikit. Kita dah la kat tempat orang”, Jimi meninggikan suaranya.

Manakala pemandu bot tersebut mula cuak dengan situasi tersebut. Berkali2 dia cuba menghidupkan enjin bot itu namun tidak berjaya.

Air tasik itu juga menjadi terlalu tenang, seperti air di dalam besen yang tak berusik apa pun. Burung2 pun tidak lagi kelihatan terbang di sekeliling tasik tersebut. Semuanya senyap dan sunyi...begitu juga mereka yang di dalam bot. Diam seribu bahasa...sehinggakan tiada siapa nak bergurau cakap, “malaikat lalu”.

Tidak lama kemudian bot mereka pula terumbang ambing seperti bawahnya dilanggar sesuatu yang amat besar.

Jimi mula membacakan sesuatu, manakala pemandu bot pula mula melaungkan azan.

Kali ini sekali lagi tepi bot mereka dilanggar tetapi dari bawah naik ke atas pula. Seekor ular besar memunculkan dirinya...kulitnya berwarna hitam berkilat, matanya terpaku melihat mereka bertiga dan lidahnya pula sekali sekala keluar dan masuk.

Masing2 terpaku dan terdiam, tidak tahu apa yang patut mereka buat dalam situasi tersebut.

Tidak lama kemudian, ular itu menenggelamkan dirinya kembali ke dalam air tasik.

“Cepat hidupkan bot”, kata Jimi kepada pemandu bot tersebut.

Dengan tangan yang terketar2, pemandu bot itu menarik tali untuk menghidupkan enjin bot. Kakinya pula seperti tidak mampu lagi berdiri kerana masih gerun melihatkan ular besar tadi.

Kali ini bot mereka dapat dihidupkan dan seterusnya mereka selamat sampai ke tebing tasik.


*Kembali sewaktu Jimi bercerita

“Hahaha...merasa jugak kau jumpa naga”, ujar Pak Mud sambil gelak terbahak2.

“Eh? Kata tadi ular besar?”, tanyaku ringkas.

“Sebenarnya naga tu ular besar la...kalau rupanya bermisai atau bersayap macam wayang gambar yang kau tengok tu, hanya jin merupa2 je”, terang Pak Mud kepadaku.

“Kita ni kalau dah dibuka dan diizinkan melihat macam2, dah tak ada surprise lagi dah. Sekalipun kalau nampak UFO muncul, kita dah tau tu kenderaan jin...yang bawa tu pun jin juga lah”, terang Jimi.

“Dunia ni kat mana2 pun ada penghuni, rupa pun macam2...tak kiralah kat dalam air, hutan, gua2, atas gunung atau kat langit pun ada penghuninya”, terang Pak Mud pula.

“Jangankan kata langit, kat bulan pun ada...hahaha”, tambah Jimi sambil tergelak2.

Bila aku teringatkan masa2 yang aku luangkan bersama Jimi dan Pak Mud, timbul rasa sebak. Masa itu telah pun lama berlalu dan aku tidak lagi dapat berborak2 sambil bergelak ketawa bersama sama mereka.

Dalam aku tengah feeling2 tu tiba2 kelong itu seperti berombak. Apa yang aku nampak tadi, yang mengembalikan gitar itu kepada Ah Chan mula memunculkan dirinya.

Datangnya dari arah belakangku yang sedang duduk bersila di atas pangkin. Tidak jauh dari pipi kananku terdapat ular yang teramat besar sedang memerhatikan kami bertiga sambil mendesis panjang.

Lidahnya pula sentiasa keluar dan masuk dari mulutnya. Aku terpaku dan tidak dapat menggerakkan tubuh badanku. Lain macam gerun yamg ku rasakan waktu itu. Hanya anak mataku saja yang dapat melihat ke arah kananku.

Di dalam situasi yang agak cemas macam tu, Paksu dan Ah Chan masih boleh tidur seperti tiada apa2 yang berlaku. Berdengkur bukan main kuat pula tu.

Tidak lama kemudian, ular itu terus saja memasuki air melalui hadapanku. Aku hanya melihat tubuhnya yang tersangat2 panjang menyusur masuk ke dalam air semula.

Apabila bahagian ekornya melintasi di atas kami bertiga, beberapa titis air menitik mengenai muka Paksu dan Ah Chan. Lantas membuatkan mereka terjaga.

“Woi...jangan main2 air la”, kata Paksu sambil matanya masih terpejam.

Seterusnya mereka berdua berbaring semula dan menyambung mimpi mereka tadi. Tak boleh pakai dua2 orang tua tu.

Tidak lama setelah ular itu pergi dari kelong itu, tali pancingku mula ditarik. Umpan yang ku pasang telah pun mengena. Satu per satu ikan aku naikkan ke atas kelong. Sehinggakan aku terlupa pengalaman seram yang kami alami malam itu.


Keesokan paginya...

Paksu: Eh? Banyak kamu dapat ikan? Sedap ni bau ikan siakap goreng.
Aku: Kalau nak, pergi la pancing sendiri.
Ah Chan: Jangan itu macam la kawan...kita sama2 tengah lapar maaa...tengok apa ikan lagi lu dapat. Wah...ada siakap, kembong, kerapu...lu sorang makan pun tak boleh habis maaa.

Tu lah dia perangai dua orang tua tu...yang cadang pergi mancingnya diorang. Yang penat2 mancingnya aku sorang, last2 habis diorang bedal semua ikan2 yang aku pancing tu. Sudah lah tukang masaknya pun aku jugak.

Usai saja kami sarapan di atas kelong tu, kedengaran sayup2 bunyi enjin bot dari jauh.

Tidak lama kemudian bot tersebut tiba di kelong kami dengan muka brader tu terkebil2 je nak menghadap kami bertiga.

“Banyak bagus lu punya perangai...sama macam itu puaka”, kata Ah Chan kepada brader tersebut sambil mencekak pinggangnya.

“Sori bang...saya ni tak biasa dengan benda2 seram ni”, jawap brader yang bawak bot itu sambil tangannya menyusun sepuluh jari.

“Habis tu ingat kitorang ni ape? Seekers ke dok cari2 hantu?”, Paksu pula meninggikan suaranya kepada brader tersebut.

Aku pula malas nak cakap apa2, diorang nak salahkan brader tu pun...diorang sendiri pun tak berapa boleh nak pakai.

Setelah puas Paksu dan Ah Chan membebel kat brader tersebut dari angkat2 barang ke dalam bot sehinggalah kami tiba di jeti, kami pun segera beransur pulang.


Sewaktu di dalam kereta...
“Ajer mengantuk...tak puas tido malam tadi”, ujar Paksu.

“Itu lah...belakang badan pun sakit2 tempat tak selesa...lagi ada puaka pula lagi”, tambah Ah Chan.

Aku hanya mampu memberi jelingan maut kepada Ah Chan dan Paksu dari seat belakang.

Apa dah jadi pada gitar tersebut? Ah Chan telah menyerahkannya kepada brader yang bawa bot tu tanpa menerangkan apa2.


Tamat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2021 11:21 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 8-7-2021 07:38 AM
Kelong Durjana Bahagian 3

Aku masih termenung seorang diri memikirkan apa yang telah aku lihat ta ...

habis lah brader tu.. jenuh tak boleh tdo malam asyik nak kena bersahut sahut duet dgn puaka.. uhuhhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 8-7-2021 07:38 AM
Kelong Durjana Bahagian 3

Aku masih termenung seorang diri memikirkan apa yang telah aku lihat ta ...

tt, mak mentua saya ada beberapa kali masak ikan petutu ni. Tapi saya tak pernah rasa sbb tak suka mkn ikan sungai. Dia buat masak lengat je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2021 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
zarasofia replied at 14-7-2021 10:00 AM
tt, mak mentua saya ada beberapa kali masak ikan petutu ni. Tapi saya tak pernah rasa sbb tak suka ...

ooo...x tau la pulak. Biasanya ikan temenung atau ikan uji rashid macam tu je buat masak lengat ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2021 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
akhirnya.... selesai baca cerita TT... bestla... ade gelak.. ade menangis.. alfatihah utk AM dan Farid..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2021 11:07 PM | Show all posts
tq John ko sajikan cerita2 ko tuk kitorg
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal baca rasa mcm kisah rekaan jer   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Nailparlor replied at 18-7-2021 09:24 PM
Apasal baca rasa mcm kisah rekaan jer

terpulang kalau rasa cerita2 ni mcm kisah rekaan je
memang ada banyak tambahan & gubahan supaya tak ade la terkena betul2 dekat tuan empunya badan. Tapi base cerita tu memang macam yang saya dah cerita
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
TT update Cite baru lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-7-2021 11:23 AM
ooo...x tau la pulak. Biasanya ikan temenung atau ikan uji rashid macam tu je buat masak lengat ni ...

Nama ikan confirm betul. Mungkin nama masakan salah hehe. TT sambung la citer. Abaikan lalat ituuuu. Lata kinjang ada kisah misteri tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nailparlor replied at 18-7-2021 09:24 PM
Apasal baca rasa mcm kisah rekaan jer

Alah boring la org macam kau ni,masuk tetiba cakap rekaan. kalau rasa rekaan ,takyah masuk bod misteri paranormal lah.
P masuk bod gossip or teka teki.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2021 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, terima kasihlah kongsi cerita kat bod ni. Lama betul rasanya tak beria nak habiskan baca benang.  Banyak benda aku belajar masa baca benang ni sesambil throwback timeline hidup sendiri. Innalillahi wainna ilaihi rajiun buat yang dah pergi meninggalkan kita. Jaga diri bebaik ye semua... Buat Exo, kalau ada cerita lagi, jangan lupa kongsi tau
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2021 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon update cerita baru....sentiasa menantikan TT update. Best gila baca!
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 01:05 AM | Show all posts
thanks John update story. Tak sia2 aku lalu bod ni tadi. CErita best macam biasa, jangan lupa update lagi nanti
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 10:12 AM | Show all posts
john jgn sepi lama-lama.. nak baca cerita baru lagi.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2021 02:54 PM | Show all posts
teruskan perkongsian ini ya tuan exo. Dapatla terhibur di kala PPN semua ini
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tergerak hati nak jengok bod ni.
Ada lak si john dgn cite baru. Kul 2 pagi pun aku sanggup baca cam ketagih lak
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 04:48 PM | Show all posts
tq abg jaws sambung cerita....bagi la cerita lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2021 08:24 PM | Show all posts
Edited by Exoskeleton at 15-8-2021 09:47 PM

Assalamualaikum...maaf ye kawan2 semua. Lambat pula aku update kali ni. Bila dah taip half way, kadang2 tu hilang semangat nak sambung. Tambah2 pula situasi pandemik tengah teruk sekarang ni.

Baru2 ni dapat berita ayah salah seorang kawan masa tinggal kat Wangsa Maju dulu meninggal dunia sebab covid. Abang kawan sekampung pun ada yang meninggal sebab covid. Tapi yelah...ada covid ke tak ada ke, mati itu tetap pasti.

Apa2 pun aku ucapkan terima kasih atas sokongan semua pembaca benang ni...tambah2 lagi yang sudi ikut dari awal sampai lah ke sekarang. Sepanjang aku update cerita dalam ni, macam2 juga yang aku alami.

Pernah satu ketika tu aku asyik tak sihat je, kena ganggu pun pernah juga. Tapi tu semua perkara biasa...nak fikir sangat atau nak dilayan pun tak boleh juga.

Terima kasih juga dulu ada yang sudi offer untuk novelkan cerita ini dan juga ada yang offer nak masukkan cerita2 ni dalam content youtube channel dia. Tapi aku rasa, buat masa ni biarlah aku just share dengan pembaca setia benang ni je.

Cerita2 yang aku ada kali ni tak banyak, hanya beberapa saja dan mungkin tak berapa panjang. Kisah kali ni terjadi selepas beberapa minggu aku pulang ke rumah setelah stuck di kampung semasa PKP yang pertama dulu.


Jerangkung Dalam Almari (Tajuk je Gempak)

Satu malam tu, sedang aku asyik melayan perasaan di ruang tamu rumah...sambil melihat kaca televisyen yang masih tidak di“on”kan. Kenapa aku tak on TV tu? Bukan ada cerita pun...ngabihkan boreh yo.

Sedang aku asyik melayan perasaan seorang diri, tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi ringtone handphoneku...lantas aku mengangkat handphone itu untuk melihat siapa pula lah yang gatal call malam2 macam ni.

Nombor yang tak dikenali...video call pula tu. Perasaan aku bercampur baur...hatiku pula berdebar2 seakan2 aku tak patut accept video call tersebut.

Tapi disebabkan perasaan ingin tahu aku lebih kuat, makanya aku accept video call tersebut.

Sekaligus terdengar suara perempuan, “abang jaws! Kenapa lambat jawap vc Mira?”.

“Ya Allah...bala apakah ini”, bisik hatiku sambil melihat ke arah kiri dan kanan. Lalu dengan pantas aku berlari pecut ke luar rumah melalui sliding door. Nampak macam orang yang ada buat salah je.

“Eh? Abang Jaws sorok apa tu? Abang jangan...berani2 nak curang ye?”, ujar Mira lagi.

“Curang kemendenye? Kamu ni Mira...aku ni laki orang lah. Kemendenya kamu vc aku malam2 ni?”, tanyaku kepada Mira.

“Abang ni...romantisnya...Mira tau yang Abang Jaws takkan curang dengan Mira”, jawap Mira sambil gambar videonya agak huru hara.

Barangkali dia sedang menggoyangkan badannya ke kiri dan ke kanan sambil memegang phone.

Sekali lagi aku menerangkan kepada Mira, “Mira...dengar sini baik2 aku cakap, aku ni suami orang...dah ada anak dah pun”.

“Iye ke bang...? Abang Jaws nak berapa anak? Eh...malu lah Abang Jaws ni”, ujar Mira sambil gambar videonya huru hara lagi.

“Astaghfirullah hal azim...apa lah dosa aku kena melayan vc mengarut macam ni...syaitonnirrojim mana lah yang bagi nombor fon aku kat budak ni?”, kataku di dalam hati.

Tiba2 aku terdengar suara kasar lelaki dari video call tersebut, “Meh ayah nak cakap dengan John sekejap...”.

Muncul Pak Mat pula dari video call Mira, lalu dia menyapaku, “assalamualaikum yeop...ape kabor kamu? Kemain lagi ye lepas dapat balik idak ler nak nyinggah ke mari lagi.”.

“Wa’alaikummusalam...kabor baik, Pak Mat. Ater cer Pak Mat tolong nyakapkan kat Mira tu, awok ni udah berbini...anak2 pun udah besor”, ujarku kepada Pak Mat.

“Aih...tak sampai hati ler pulok awok ni nak nyampaikannye. Ater kalau kamu layan je tak boleh ke?”, tanya Pak Mat kepadaku kembali sambil memandang sebentar kepada Mira.

“Ater...takkan nak aku main2kan perasaan anak dia pulak? Haishh...orang tua ni pun”, bisik hatiku sendirian.

“Oh ye...aku ada benda nak buktikan kat kamu malam ni”, ujar Pak Mat tegas.

“Eh? Nak buktikan apa ni, Pak Mat? Macam saspen je?”, tanyaku kehairanan.

“Kamu ni memandai je ngatakan si Mazlan tu udah meninggai. Kemain lagi kuat beda’ah kamu ye...aku yang dah tua ni pun nak ditipunya”, ujar Pak Mat dengan nada keras.

“Eh...apa pulak beda’ahnya, Pak Mat? Betui ler awok kaborkan hari tu...si Leman yang ngaborkan kat awok yang Radhi Kulop nyeritekan kat dia dari si Adi Pelat dengor dari mulut Zairil Gagap yang abang si Mazlan tu sendiri yang mintak tolong kat Imam Senin Rambo nguruskan jenazah adiknya”, jawapku dengan panjang lebar kepada Pak Mat.

Pak Mat loading sekejap setelah mendengar penjelasan aku tadi.

“Ahh...lantak kamu nak kata apa”, bentak Pak Mat sambil menepiskan tangannya.

“Kalau betui Mazlan tu udah meninggai, ni siapa?”, sambung Pak Mat sambil menarik bahu kiri Mira dengan tangannya.

“Eh? Ayah nak nikahkan Mira dalam vc ni ke? Tapi Mira tak rela di“PJJ”kan”, ujar Mira sambil bahunya digoyangkan ke kanan ke kiri.

Aku hanya mampu menggeleng2kan kepala sahaja sambil merenung nasib, “apa sajalah peserta Maharajalawak dua orang ni meragas aku time2 macam ni”.

“Eh...silap pulak...”, ujar Pak Mat sambil menolak bahu kanan Mira.

“Ni apa ni...?”, tanya Pak Mat sambil menarik sekujur tubuh berbungkus kain kapan putih.

Dalam masa tidak sampai 5 detik itu, aku melihat Mira rebah pengsan sebelum rumah Pak Mat menjadi gelap seperti power trip. Seterusnya video call kami pun terputus.

Seriau darah aku tiba2...aku amat2lah tidak ready untuk menghadapi situasi semacam ini. Dari persembahan Maharajalawak tiba2 tukar channel cerita seram.

Bila aku angkatkan muka, baharulah aku perasan yang lampu2 tepi jalan di sekeliling rumah telah pun terpadam.

“Astaghfirullah hal azim...”, terus saja terpacul keluar dari mulutku apabila melihat sekujur tubuh berbungkus kain kafan telah tiba dan terpacak berdiri di hadapan pagar rumahku.

Darah mengalir dari mata, hidung serta mulutnya dan terlihat jelas urat pada kulit mukanya seperti sedang menahan kesakitan.

Perlahan2 dia membuka mulutnya seperti menyebut perkataan “tolong”.

“Ayah...ayah...kenapa ayah berdiri kat luar ni sorang2?”, tanya anak bongsuku sambil menggoyangkan tangan kiriku.

Sekaligus aku melihat lembaga tadi telah pun hilang, manakala lampu tepi jalan di sekitar rumahku menjadi terang kembali seperti sediakala.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah sambil menyentuh bahagian belakang anakku. Di dalam benak fikiranku pula seakan2 terngiang2 akan pesanan Pak Tahir kepadaku dahulu.


“Kita ni...asal tak nampak je, cakap tak wujud. Sampaikan ada yang berani cakap, tak ada seksa kubur. Sekadar cerita2 dongeng tauladan katanya. Seandainyalah kita boleh mendengar teriakan mereka yang meminta tolong, meminta dihidupkan kembali...mesti tak lalu makan dan tak lalu nak tidur kita dibuatnya. Silap2 tak nak bangun tinggalkan sejadah...”.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.076092 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list