CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
 Author| Post time 16-1-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
meownni replied at 16-1-2021 01:59 AM
Alaa sorry lerr. Nk ckp am dgn farid.. tp tersilap ckp fendi.. ampunnn ya bapak bapak ibuk ibuk {:1_ ...

insyaAllah...ade lg update dlm weekend ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-1-2021 06:54 AM
diorg ni ade kt mana2 je...biasenye diorg membesar2kan org2 alam sebelah ni. ckp lbh pandai psl al ...

Jgn tak tau dlm ni.. Ada yg acah tak percaya semua tu lps tu gelakkan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 16-1-2021 08:00 AM
Jgn tak tau dlm ni.. Ada yg acah tak percaya semua tu lps tu gelakkan lagi

tu biasa...mcm perubatan jgk
ade yg pcaya vaksin, ade yg anti vaksin
manusia ni kan masing2 brbeza2 pendapat/pegangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2021 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-1-2021 06:55 AM
insyaAllah...ade lg update dlm weekend ni

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2021 05:10 PM | Show all posts
Sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku dan Paksu memang berborak panjang diselangi dengan ketawa berdekah2. Setelah sekian lama kami tak berjumpa. Borak dalam fon tak sefeeling macam tu.

Paksu: Huii...udah lama tak nampak kamu, rope pun udah len macam. Udah rope macam Tom Hanks dalam wayang gambor Castaway...Hahaha
Aku: Ater...siape pulak awok nak mintak tolong potongkan rambut? Takkan pulak si Minah?
Paksu: Haipp...Minah tu jangan usik ye. Paksu dengor dia udah single balik. Hahaha.
Aku: Ajernye orang tua ni...kabor kat Maksu karang tau ler nasib.
Paksu: Alah...kamu ni sikit2 Maksu, macam takde modal lain. Ater ngape idak mintak tolong kat Pak Mat?
Aku: Huishh...mau hilang kepala awok nanti dibuatnya. Nak beli barang dekat kedai tu pun sikit punya payah...boleh mental awok dibuatnye.
Paksu: Oh ye...sebelum PKP dulu Paksu ade lepak borak2 dengan Ah Chan.
Aku: Aih...bukan Paksu memang biasa borak2 dengan dia ke? Ngape pulak nak kabor kat awok?


Kisah Ah Chan Bahagian 1

Ah Chan ni salah sorang dari sub contractor yang biasa berurusan dengan syarikat Paksu bekerja. Boleh kata agak rapat juga la dengan Paksu sampaikan pergi memancing pun sama2 dan selalu borak2 dalam fon atau lepak2.

Masa awal2 dulu aku dengar dari Paksu cerita pasal Ah Chan ni...aku macam pelik, aku ingatkan aku salah dengar nama dia sebab bila Paksu telefon dia, caller ringtonenya lagu “sakitnya tuh di sini”.

Ye lah...cina mana pulak letak lagu dangdut moden sebagai caller ringtone dia kan?

Rupa2nya isteri dia orang Indonesia, cuma agamanya bukan Islam lah. Maybe buddha juga seperti Ah Chan.

Jadinya mengikut pada cerita Paksu, pada satu malam yang aman damai lagi permai...Ah Chan sedang memandu kereta Hiluxnya untuk pulang ke Kuala Lumpur setelah menyiapkan kerja di Pulau Pinang.

Nak dijadikan cerita, Ah Chan dah rasa macam nak terkucil sangat dah masa tu. Jadi dia pun singgah ke hentian Gua Tempurung. Setelah meletakkan kereta di parking, dia bergegas mendaki tangga menuju ke toilet.

“Haiya...wa sulah mau kincing lagi mau naik tangga tinggi ini macam”, ngomelnya sendirian.

Oleh kerana tidak ada kenderaan lain yang turut singgah di situ dan dia juga tidak nampak ada pekerja cleaner berdekatan dengan tandas tersebut, maka Ah Chan masuk ke dalam cubicle bagi mengelakkan dirinya dirompak sewaktu sedang kencing berdiri.

“Aiyooo...manyak syok woo...patutla politician kuat kencing punya”, kata Ah Chan sendirian di dalam cubicle tersebut.

Oh ye...semua yang Ah Chan cakap ni dalam bahasa cina tau.

Tiba2 je Ah Chan terdengar suara dari cubicle sebelah berkata, “iya ka?”.

Lantas Ah Chan membalas, “Ya lorh...”. Dan seterusnya dengan semangat dia bercerita tentang politik di dalam cubicle tersebut.

Lebih bersemarak lagi apabila cubicle di sebelah kanannya pula turut sama join topik berkenaan walaupun dia bercakap dalam bahasa tamil.

Walaupun Ah Chan tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki yang berbahasa tamil itu, namun dia terus saja membalasnya dengan bahasa cina.

Kemudian, Ah Chan merasakan dia sudah agak lama berborak di situ, makanya dia pun menamatkan perbualannya dengan mereka, lalu meminta diri dari dua sahabat cubiclenya itu.

Setelah Ah Chan menuruni anak tangga, dia melihat hanya keretanya saja yang ada di parking tersebut. Sekaligus bulu roma lengannya tegak berdiri. Di kepalanya mula terfikir dengan siapa pula dia bersembang tadi?

Dengan pantas dia masuk ke dalam kereta, lalu memandu pergi dari hentian itu.

Jantungnya masih berdebar2...namun mulutnya berkata, “gila...takda orang pun boleh sembang2”.

“Mau sambung cerita tadi ka?”, tiba2 saja suara itu berkata dari seat belakang keretanya.

Muka Ah Chan bertambah2 pucat, sehinggakan suara tersebut itu pun menegur warna kulitnya sudah hampir sama pucat sepertinya.

Ah Chan bagaikan tak keruan, apa yang patut dilakukannya dalam situasi ini. Apartmentnya di Genting itu pun tak seangker keretanya sekarang.

Dengan nada yang terketar2 dia berkata, “Aiyoo kawan...jangan ini macam la...wa mau hantar balik pun jauh mau pusing. Sikalang wa kasi slow ini kereta, lu kasi pelan2 turun balik sana ya”.

Tiba2 saja suara garau dari seat sebelahnya pula yang membalas dengan menggunakan bahasa tamil.

Ah Chan berusaha sedaya upaya untuk tidak menoleh ke sebelah dan cuba menenangkan dirinya.

“Jangan ini macam la kasi wa terperanjat...nasib baik talak eksiden. Kalau eksiden nanti kita tiga2 pun sekali mati woo”, ujar Ah Chan dengan nadanya yang masih terketar2.

Namun kedua2nya hanya tergelak besar saja bila mendengar kata2 Ah Chan itu. Sekaligus membuatkan Ah Chan teringat hanya dirinya saja yang masih bernyawa di dalam kereta tersebut.

“Errr...kawan, kita kasi cincai la...lu keluar ini kereta, nanti wa kasi bakar itu colok sama duit kasi lu”, pujuk Ah Chan lagi.

Tiba2 saja dia merasakan seperti lembaga di sebelahnya itu menghampirkan mukanya ke sebelah pipinya, lalu bercakap tamil kepadanya.

“Kawan...wa talak faham lu cakap apa ni...kasi can la sama wa...wa masih mau hidup lagi...wa mau tolong lu pun wa tak tau...lu orang india maa”, ujar Ah Chan.

Tiba2 saja kereta yang dipandu Ah Chan itu tersengguk2 seperti mahu terpadam. Lantas Ah Chan mengawal steringnya ke lorong kecemasan. Tidak lama kemudian keretanya itu pun mati dan tidak dapat dihidupkan.

“Haiyaa...lu orang memang kasik suwey la sama wa...apa macam wa mau balik sikalang?”, ujar Ah Chan dengan nada sedikit marah.

Dengan pantas dia menarik pembuka bonet hadapan, lalu keluar dari keretanya. Di dalam hatinya berkata, “manyak cilaka punya hantu...wa talak buat apa2 salah maa...”.

Dia memeriksa kalau2 ada apa2 kerosakan pada enjin kereta tersebut. Namun segala2nya nampak normal. Ah Chan menutup kembali bonet hadapan kereta tersebut. Sekaligus dia melihat ke ruang dalam keretanya...tidak ada siapa2 pun.

Pap! Tiba2 saja belakang badannya disentuh lembut. Menyebabkan Ah Chan melompat ke atas bonet hadapan keretanya.

“Encik...encik OK ke? Dari tadi saya panggil encik tapi tak ada apa2 respon pun”, tegur polis bantuan Plus Ronda.

“Aiyooo...nasib baik wa tak mati sakit jantung woo”, ujar Ah Chan sambil mengurut2 dadanya.

Punyalah serabut kepala Ah Chan sehinggakan kereta Plus Ronda lalu di sebelah dan parking di hadapan keretanya pun dia tak perasan.

“Incik kasi tolong sama wa...tadi ada dua hantu kacau sampai rosak wa punya kereta”, ujar Ah Chan yang mukanya masih pucat lesi itu.

“Boleh saya periksa dulu apa yang rosak?”, ujar Polis Bantuan tersebut. Ah Chan hanya menganggukkan kepalanya saja.

Setelah memeriksa kereta Ah Chan, polis bantuan itu kembali ke kereta peronda dan mengambil botol.

“Kereta encik ni dah habis minyak, saya isikan dulu yang dalam botol ni, nanti kat R & R Tapah encik isi lah lagi”, ujar polis bantuan tersebut.

Ah Chan hanya menggaru2kan kepalanya yang tidak gatal itu dan kemudiannya berterima kasih kepada polis bantuan tersebut setelah enjin keretanya dihidupkan.

Sewaktu Ah Chan mengisi minyak di R & R Tapah, dia terlihat akan tulisan kapur berupa empat nombor pada seat belakang keretanya.

Keesokan harinya setelah Ah Chan pulang ke Kuala Lumpur, dia cuba membeli nombor ekor dengan nombor tersebut.


*kembali kepada waktu Paksu bercerita

Paksu: Ah Chan menang tiga ratus ribu lebih...hepi ending.
Aku: Kejadahnye hepi ending? Takde moral cerita Paksu ni.
Paksu: Dia siap beli rumah dengan 3 kali bayar, nak elak tax katenya. Haha.
Aku: Masih takde ape2 nilai moral.
Paksu: Dia cakap kalau kita nak lepak2 Genting, dia ada rumah kat sana. Kita boleh duduk free je. Tapi kena cakap awal2 la kat dia.
Aku: Hmmm...tu pun tak menjadikan cerita ni ada apa2 makna, Paksu.

Demikianlah cerita Paksu yang sangat2 membuang masa para pembaca sekalian...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 16-1-2021 05:10 PM
Sewaktu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku dan Paksu memang berborak panjang diselangi dengan ket ...

Tak buang masa pun cerita paksu tu. Best je baca haha..tak pernah pulak perasan hentian gua tempurung tu. Hentian sg perak tau la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-1-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
zarasofia replied at 17-1-2021 12:16 AM
Tak buang masa pun cerita paksu tu. Best je baca haha..tak pernah pulak perasan hentian gua tempur ...

hentian gua tempurung tu kt antara exit gopeng & tapah menghala ke kl
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2021 10:41 AM | Show all posts
Selalu lalu mmg tak singgah pun..situ sunyi kena cari rnr yg ramai org sikit. Kaki nombor suka ni baca cerita ni..he2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2021 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 18-1-2021 10:41 AM
Selalu lalu mmg tak singgah pun..situ sunyi kena cari rnr yg ramai org sikit. Kaki nombor suka ni ba ...

Tetibe ramai kaki nombor cari hantu tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2021 01:38 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 14-12-2020 07:56 AM
Kisah Am Bahagian Akhir

Selang beberapa hari lamanya aku tidak bertemu dengan Am...pada malam ray ...

al fatihah untuk Am dan farid.
Sedih pulak kisahnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2021 11:22 AM | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-1-2021 07:40 AM
hentian gua tempurung tu kt antara exit gopeng & tapah menghala ke kl

Bertahun2 aku ulang-alik KL-Gopeng, tak pernah singgah pun hentian gua tempurung tu. Tengok dr highway pun suram...ai is serammm
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian Am.. x dpt lihàt anaknya membesar..

teringat kisah bidan kampong yg merawat kakak bersalin..x dpt tgk dua org cucunya, langsung krn menantunya terpengaruh dgn kata kata bomoh.. isterinya meninggal krn bidan tersebut (yg buat anak sdri..).
semoga Allah pertemukan mrk dlm keadaan yg terbaik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2021 11:19 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...sedar tak sedar dah kali ke berapa PKP dah? Hahaha. Disebabkan aku tersangat2lah boring duduk rumah hari2, jadinya aku sambung balik cerita aku yang tak habis dulu.

Bila dah lama tak menulis ni rasa macam kekok pulak. Jadi kalau macam kurang perisa atau kurang best tu aku minta maaf je lah ye?


Kelong Durjana Bahagian 1

Cerita aku dan Paksu di sambung sewaktu kami pergi memancing di kelong. Masa tu kesemua sektor perniagaan telah pun dibuka kembali dan juga masih boleh merentas negeri.

Aku tak berapa ingat kat mana lokasi kelong tu, sebabnya Paksu yang uruskan semuanya dan dia juga yang drive ke lokasi. Tapi yang aku perasan kami ada merentasi sebuah kampung dan seterusnya menaiki bot ke kelong.

Turut serta di dalam aktiviti yang macam tak ada anak bini kat rumah itu ialah Ah Chan.

*BBB – Brader Bawak Bot

Ah Chan: Abang...ini bot boleh kasi tinggal sama kitorang ka?
BBB: Eh? Mana boleh bang...Nanti macam mana saya nak amik orang kat kelong2 yang lain? Nanti kalau abang rasa nak balik tu call je la saya.
Paksu: Woi Ah Chan...kau nak pinjam bot ni buat ape? Bukannya kita reti bawak pun?
Ah Chan: Wa tanya saja maaa...

Aku hanya mendiamkan diri saja sewaktu di atas bot...karang kalau aku join kekarutan Paksu dan Ah Chan, silap2 boleh terkeluar semua isi perut. Udah lain macam nugeinya masa tu.

Tidak lama kemudian kami tiba di atas kelong...ketika itu hari telah pun menjelang asar. Sayup je aku tengok bot yang dibawa brader tadi pergi meninggalkan kami di kelong tersebut.

Suasana bertukar menjadi sunyi setelah hilang bunyi enjin bot tadi, ibarat petanda akan ada cerita seram yang bakal terjadi.

Ah Chan: Apa pasat lu punya anak sidala macam ambik feeling saja?
Paksu: Biasa la tu...perasan konon2 hero cerita ni.
Ah Chan: Anak sidala lu apa nama?
Paksu: Punya lama korang duduk bersembang dalam kereta, nama pun tak tau lagi? Ape ke namanya ye...? Ahh...kau panggil je la dia John.
Ah Chan: Wah...kulit melayu nama mat saleh...

Sekali lagi aku hanya memekakkan saja telinga di atas kekarutan makhluk berdua itu. Dari petang sampai ke senja suara deme berdua je lah yang memecah suasana sunyi di kelong tersebut.

Sedang kami bertiga kusyuk menyiapkan joran masing2, tiba2 saja Paksu bangun dari duduknya.

“Boss...mana mau pigi?”, tanya Ah Chan.

“Nak pergi kencing la...itu pun mau tanya”, jawap Paksu bersahaja.

“Sikijap...sikijap...wa pun mau ikut”, ujar Ah Chan sambil membuat isyarat “tunggu” dengan tangannya.

Mereka berdua pergi ke bahagian yang agak jauh pada kelong tersebut, secara tiba2 Ah Chan berkata, “latuk, nenek...wa tumpang kincheng...!”.

Aku pun tak tau kenapa cerita pasal Ah Chan ni asyik tengah kencing aje.

Paksu terdengar Ah Chan meminta izin sedemikian rupa, dia pun segera menjauhkan dirinya dari Ah Chan.

“Woi...lu mau pigi mana? Kincing pun mau jalan2”, tanya Ah Chan.

“Apasal nak kencing pun kena dekat2? Lu pegi jauh2 sikit la”, jawap Paksu sambil melangkah ke tepi menjauhi Ah Chan.

Ah Chan pun melangkah ke tepi menghampiri Paksu sambil berkata, “haiyaa kawan...jangan ini macam maaa...hari sudah mau gelap malam. Lagi pula tak ada orang lain dekat sini, wa takut maa...

Aksi kejar mengejar ala2 ketam itu berterusan sehinggalah Paksu selesai urusannya. Lalu dia berlari ke arahku sambil berkata, “siapa lambat kena kacau dengan hantu...hahaha”.

Ah Chan hanya mampu berteriak, “woi...woi...tunggu la kawan. Jangan ni macam maa”.

Manakala aku hanya mampu menggeleng2kan saja kepalaku. Sungguh buruk ye kawan2, perangai dua orang tua yang dah menjangkau 5 series ni. Boleh main kejar2 atas kelong pula lagi.

Tanpa membuang masa aku melemparkan umpanku ke dalam air. Seterusnya aku menghidupkan api dapur portable untuk memasak megi.

Tidak lama kemudian, Paksu dan Ah Chan pula selesai dengan joran mereka, kemudiannya mereka duduk berhampiran denganku untuk menunggu megi mereka siap.

Aku: Ewah2...masak la sendiri. Banyak cantik muka korang?
Paksu: Alah kamu ni...tu pun nak berkira.
Ah Chan: Wa sangat lapar ni. Kita mau makan megi saja ka?
Paksu: Nanti kalau ada hasil, kita masak la.
Ah Chan: Kalau tak dapat? Apa macam?
Paksu: Kita orderla food panda! Hahaha.

Maka berdekah2 lah kedua2 manusia ingke tersebut ketawa. Dah lah lawak hambar pulak tu.

Ah Chan terlihat akan surat khabar yang aku telah alaskan di tempat duduk kami itu.

Ah Chan: Lu tau baca ni tak?
Aku: Mana lah aku tau baca tulisan cina. Bukan kau ke yang patut tau?
Ah Chan: Hahaha...eh? Yaka?
Paksu: Hahahaha

Malas aku nak melayan kedua2 ekor orang tua bergurau lawak hambar dan tak kena masa ni.

Usai saja makan megi kami duduk berhampiran dengan joran masing2 sambil menyalakan rokok. Suasana syahdu, sunyi...tak kelihatan apa2 pun di hadapan kami.  

Tiba2 Ah Chan memecah kesunyian dengan cadangan karutnya.

“Hei...kita celita hantu la”, cadangan Ah Chan.

“Eh...ape kejadah? Karang apa2 jadi nak lari ke mana pun tak boleh”, bisik hatiku sendirian.

Namun Paksu pula bersetuju dengan cadangan Ah Chan tersebut. Maka bermulalah kekarutan kami di kelong tersebut.

Paksu dengan bersemangat bercerita tentang seorang rakan sekerjanya yang bernama Munir. Aku juga pernah berjumpa dengan Munir ni, seperti kebiasaan karekter yang aku kenalkan dalam benang ni mesti pelik2...aku je yang normal dalam cerita ni.

Munir ni aku pun tak tahu apa masalah dia, tapi kalau ditengokkan gayanya tu macam serius orangnya. Aku pernah buat lawak dengan dia, haramnye dia gelak. Sedangkan itu bukannya lawak hambar seperti yang biasa disajikan Paksu.

Keesokkan harinya sewaktu aku kembali ke ofis Paksu atas urusan kerja, tiba2 saja Munir menepuk bahuku sambil tergelak2.

Dah tentu2lah hati aku berkata, “neraka apakah ini?”.

Lepas dia gelak2 tepuk bahu aku dia pun blah macam tu je tinggalkan aku terkulat2 seorang diri.

“Dia memang macam tu...”, Paksu tiba2 saja bersuara, kebetulan berada tidak jauh dariku.

“Apa yang macam tu nya?”, aku bertanya kembali.

“Paksu pun pernah buat lawak atau cerita benda kelakar kat dia, biasanya esok baru lah dia gelak”, jawap Paksu kepadaku.

Aku tak tahu apa reaksi yang sepatutnya aku berikan dalam situasi itu. Macam2 fe’el manusia di alam yang terbentang luas ni.


Munir Oh Munir

Menurut cerita Paksu, satu hari tu Munir stay back di dalam gudang syarikat untuk mencari beberapa stok lama yang dikehendaki bosnya.

Jam telah pun menunjukkan pukul 11 malam, tetapi Munir masih lagi sibuk dengan kerja2 mencari serta mengira berapakah jumlah stok di dalam kotak2 tersebut.

Turut sama menemani Munir ialah Majid, merupakan pengawal keselamatan warganegara Bangladesh.

“Bila mau habis ni abang?”, pertanyaan Majid memecah kesunyian gudang tersebut sambil tangannya menyuluh ke kanan dan ke kiri.

Gudang tersebut agak malap kerana lampu2nya yang terletak agak jauh di antara satu sama lain. Kebiasaannya di siang hari pintu shutter gudang dibuka, lalu memberikan sumber cahaya masuk tanpa perlu bantuan lampu.

Pada malam harinya pula tiada pekerja gudang yang bekerja, jadinya lampu yang ada hanya sekadar cukup untuk pengawal keselamatan membuat rondaan.

Peluh mula mengalir dari dahi sehingga ke celah ‘Bedah’nya. Dia tidak pernah berada di dalam gudang selama itu. Kebiasaannya dia membuat rondaan dalam bentuk larian supaya tidak terlihat akan makhluk2 selain daripada penyamun.

“Berapa lama mau tunggu ni...”, katanya dalam bahasa Bangladesh sambil tangannya masih lagi menyuluh ke sana sini.

“Ni semua u punya salah Salam...”, sambungnya lagi dalam bahasa Bangladesh.

Salam merupakan salah seorang pengawal keselamatan di gudang itu yang juga warganegara Bangladesh. Sebelum ini Salam bertugas shif malam, sehinggalah satu hari itu dia bermati2an tak nak kerja malam.

Sehinggakan dia sanggup dibatalkan kontrak kerjanya dan balik ke Bangladesh semula. Lalu Majid menawarkan dirinya untuk bertukar shif dengan Salam, yang mana juga rakan baiknya.

Perkara itu diterima baik oleh Salam dan disebabkan mereka berkawan baik, Salam memberitahu Majid bahawa dia pernah ternampak hantu di dalam gudang itu.

Khabar gembira itu membuatkan Majid tak keruan apabila tiba shifnya. Seumur hidupnya tidak pernah dia mengalami apa2 pengalaman angker. Di Bangladesh cerita seram pun tidak banyak seperti di nusantara ni. Paling2 pun cerita hantu balas dendam je.

Kisah seram mereka bermula apabila Munir mengambil salah satu kotak dan kemudiannya meletakkannya di lantai, betul2 di hadapan Majid. Dengan suspennya Munir membuka kotak itu sepertimana kotak2 yang sebelumnya.

Tetapi kali ini apa yang dilihat mereka di dalam kotak tersebut ialah kepala seorang wanita berambut panjang. Tidak semena2 Majid jatuh terduduk...kakinya longlai.

Dia cuba berundur ke belakang, namun terdapat satu lagi jasad berupa wanita di belakangnya. Degupan jantung Majid bertambah2 kencang...apa yang menghairankan dirinya, Munir nampak tenang saja mengeluarkan kepala tersebut dari kotak dan kemudiannya menulis sesuatu pada buku notanya.

Majid cuba beralih ke kanan, ke arah pintu hadapan gudang tersebut...kelihatan lebih banyak lagi kelibat berupa perempuan di situ. Majid bertambah2 kaget...walaupun dia tidak tahu apa maknanya “kaget” itu.

Di dalam kekalutan itu, tiba2 Majid teringat sesuatu...gudang syarikatnya itu memang menyimpan banyak stok2 dan spare part mannequin.


*semasa Paksu menceritakan cerita ini

Aku: Hek eleh...cerita seram kemende namanya ni?
Ah Chan: Buang masa sajala lu punya celita ni.
Paksu: Belum habis lagi lah. Cer kome bawak2kan bersabor.


*cerita kembali disambung...

Darah mula kembali ke wajah Majid yang sedang pucat itu, di dalam hatinya masih menyumpah2 sahabatnya, Salam kerana menjadikannya takut tak kena tempat. Sampaikan terlupa antara barang2 yang sememangnya normal ada di dalam gudang tersebut.

“Hah...kenapa duduk kat lantai ni?”, tanya Munir yang tiba2 saja berdiri di hadapan Majid.

Majid hanya terdiam seribu bahasa...dia secara tak sengaja telah ter‘prank’kan dirinya sendiri.

“Jom kita lepak hisap rokok kejap kat luar”, pelawa Munir.

Majid bingkas bangun dan menurut saja pelawaan Munir tersebut walaupun dia tidak menghisap rokok.

“Hei...hisap rokok sini saja la...buat apa pigi sampai sana?”, tanya Majid melihatkan Munir berjalan ke arah bangunan sebelah.

“Aku nak pergi toilet sekejap”, jawap Munir ringkas.

Majid berfikir sejenak, lalu dia mengikuti Munir memandangkan dia juga terasa macam nak ke toilet setelah ter‘prank’kan dirinya tadi.

Munir cuba memetik suis lampu di luar toilet berkenaan, tetapi ianya tak menyala.

“Mentol sudah rusak la, bang...bos teda mau ganti”, kata Majid kepada Munir.

Munir hanya mengangguk tanda faham dan kemudiannya membasuh tangannya dahulu di sinki memandangkan tangannya telah kotor dari memegang kotak2 yang berhabuk.

Manakala Majid tanpa membuang masa, berjalan ke arah kawasan membuang air kecil.

Tidak jauh dari dirinya itu terdapat mannequin terpacak di tepi dinding. Dia tak mengendahkannya memandangkan itu sememangnya antara barang yang terdapat di dalam gudang tersebut.

“Banana don’t fruit two times”, bisik hatinya ketika itu.

Tetapi ketika itu juga sel2 otaknya sedang berhubung...timbul pertanyaan2 seperti, “mana ada orang simpan stok kat toilet?” dan “skop kerja dia jaga gudang saja...bukannya jaga toilet”.

Wajah Majid kembali pucat...tetapi kali ini peluhnya tidak lagi mengalir keluar dek kerana telahpun habis air di dalam tubuhnya.

Dari ekor mata majid, dia terlihat lembaga yang disangkakannya mannequin tadi bergerak menghampirinya dengan sangat smooth. Tidak sama seperti langkah manusia mahupun mannequin (?).

Sebaik saja lembaga itu meletakkan tangannya pada bahu Majid, satu kawasan gudang tersebut boleh mendengar jeritan histeria Majid yang berlari sambil tangannya sedang menahan goyangan perutnya dan menuju ke arah gate keluar kawasan gudang tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh Munir yang baharu saja selesai mencuci tangannya. Segala2nya kelihatan seperti tidak ada apa2 yang terjadi, Munir pulang ke rumah tanpa menyambung kerjanya. Tetapi dia hanya termenung sewaktu memandu. Sehinggakan bila telah tiba di rumah pun dia masih lagi termenung.

Sedar2 je dia kena marah dengan isterinya sebab hisap rokok di atas katil. Pada keesokannya harinya dia tetap bekerja seperti biasa walaupun dia dan Majid dimarahi bos kerana tidak siapkan kerja serta meninggalkan gudang tak berjaga.

Munir hanya mendiamkan diri saja, sehinggalah Paksu bertanya, “kau OK ke?”.

Wajah Munir tiba2 saja pucat dan terus datang demam panas. Dalam nada terketar2 dia menjawap, “a...aku nampak han...hantu”.

*Kembali sewaktu kami di kelong

Ah Chan: Haiyaa...itu macam punya olang pun ada ka? Sama hantu pun lagi mau slow.
Paksu: Itulah...masa tu kitorang terus call ambulans...3 hari jugak la dia kena tahan kat wad.

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 09:46 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 27-6-2021 03:19 PM
Assalamualaikum semua...sedar tak sedar dah kali ke berapa PKP dah? Hahaha. Disebabkan aku tersangat ...

yay tq tt john ada update citer baru. cepat sambung lagi iols nak baca buat isi masa sesambil mereput dalam rumah sampai habis pkpd 16 julai ni hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2021 10:00 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 27-6-2021 03:19 PM
Assalamualaikum semua...sedar tak sedar dah kali ke berapa PKP dah? Hahaha. Disebabkan aku tersangat ...

motip munir ni lambat sungguh dia punya delay mengalahkan train ktm pulak? cemana lah bini si munir ni hadap dah macam order guna shopee express jah tunggu hari esok barang sampai? compare dengan fendi at least fendi tu dense2 gitu jah tapi munir ni lambat betul delay dia tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2021 11:25 AM | Show all posts

RE: Pengalaman budak2 nakal (Update 5/7/2021)

Edited by Exoskeleton at 5-7-2021 11:43 AM

Kelong Durjana Bahagian 2

Selepas cerita karut Paksu tadi kami kembali senyap, masing2 memeriksa umpan yang dipasang pada joran kalau2 habis dimakan anak ikan. Nampaknya seperti tak ada rezeki kami pada malam itu.


Aku terbaring melihat bintang2 di langit, sekali sekala aku teringat akan waktu2 aku berseorangan sewaktu PKP tahun lepas. Terbaring di laman rumah Opah dan kemudiannya termenung melihat langit.


Paksu dan Ah Chan juga sedang asyik melayan perasaan sambil menghembuskan asap rokok masing2. Petikan gitar bersama nyanyian lagu Yesterday dari kumpulan The Beatles seperti amat2 sesuai dengan suasana tersebut.



Yesterday...
All my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday


Suddenly...
I'm not half the man I used to be
There's a shadow hangin' over me
Oh, yesterday came suddenly


Why she had to go, I don't know, she wouldn't say
I said something wrong, now I long for yesterday...




Suasana kelong kembali menjadi sunyi. Ah Chan memecah kesunyian dengan berkata, “wahh...banyak sedap itu lagu...XPDC kan? Kasi main satu lagi lagu la...banyak layan”.


“Itu lah...kemain sedap lagi suara kamu. Cer main satu lagi lagu”, ujar Paksu pula.


Ketika ini aku macam hairan, kenapa pula dua orang tua ni expect aku buat konsert unplugged kat atas kelong ni?


Aku bingkas bangun, dalam posisi duduk itu aku bertanya kepada Paksu dan Ah Chan, “tadi tu bukan korang pasang lagu kat fon ke?”.


“Eh? Kamu ni...mana ada line tenet nak bukak youtube. Ngapenye?”, jawap Paksu.


“Sikijap...mana lu punya gitar?”, tanya Ah Chan.


“Mana ada siapa2 bawak gitar...bawak barang2 pancing dengan beg pun dah penuh tangan”, jawapku.


Muka kami mula dibasahi peluh...malam yang tenang itu bertukar menjadi mimpi ngeri. Tak bolehlah aku nak ada apa2 aktiviti dengan aman bahagia. Mesti ada je peristiwa2 angker macam ni.


Kami bertiga terdiam seribu bahasa, masing2 seperti memikirkan bagaimana nak lari dari situasi angker itu.


Belum pun reda kegusaran kami, tiba2 bunyi gitar itu berkumandang kembali. Bukan main sedap lagi petikan gitarnya.


Kemudian lantunan suara misteri pula menyanyikan bait2 lagu.



Di sini...kau dan aku
Terrrbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia...ku denganmu




“Aiseymen...dia melayan lagu jiwang pulak”, bisik hatiku.

Suara tersebut terhenti di situ, petikan gitar berulang2 ibarat menunggu orang masuk berduet dengannya.


“Ape ke gaye kite ni? Patut ke kita sambung nyanyi?”, tanya Paksu sambil tangannya yang terketar2 itu memegang lenganku.


“Kejadahnya?Awok bukannya reti lagu jiwang2 ni”, jawapku.


Tiba2 saja AhChan dengan muka cuak serta suaranya yang terketar2 itu menyanyikan part perempuan dalam lagu tersebut.



Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah?
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita...



Seterusnya Ah Chan meneruskan duetnya dengan suara puaka tersebut sehingga ke akhir lagu. Sehingga ke hari ini aku macam tak faham kenapa Ah Chan berduet dengan suara tu dan kenapa pula dia boleh tahu lagu tu.


Selesai saja duet di antara Ah Chan dan suara itu, suasana kelong kembali sunyi. Paksu dengan handalnya menyuluh ke arah bilik kecil di atas kelong itu. Ibarat saja2 je nak nyuluhkan ke muka hantu.


Tapi mujur tak nampak pemilik suara yang memetik gitar dan menyanyi tadi, hanya ada sebuah gitar yang ditegakkan pada dinding papan bilik tersebut.


Paksu: Cer kamu tengokkan gitar tu...kot2 ade penjelasan saintifik kejadian malam ni.
Aku: Eh? Kenapa awok pulak yang kena pergi check?
Paksu: Kamu ni...itu pun nak berkira. Paksu ni dah tua...bagi la can masa2 yang tinggal berbaki ni. Kamu tu lain la...ada 9 nyawa.
Aku: Eh? Kejadah?


Disebabkan aku malas nak bertekak dengan Paksu, aku menurutkan saja. Perlahan2 kakiku melangkah menuju ke arah bilik itu. Hatiku berdebar2, fikiranku pula mengharapkan kami sedang di‘prank’ oleh pemilik kelong tersebut.



Gedebuk!!



Bunyi botol air Ah Chan terjatuh ke lantai kelong tersebut. Nyaris nak tercabut nyawa aku dan Paksu. Ah Chan hanya mampu menyusun sepuluh jarinya membuat isyarat 'sorry'.

Tekaknya haus setelah berduet dengan suara tadi.

Paksu kembali menghalakan lampu suluhnya ke dalam bilik tadi, manakala muncung mulutnya pula menyuruh aku menyambung kembali operasi memeriksa gitar itu.


Haaaahhhh...aku menghembuskan nafas sehabis2nya sebelum melangkah masuk ke bilik tersebut.


Dengan pantas tangan aku menyambar bahagian leher gitar tersebut dan menolakkannya ke badan Paksu.


“Eh? Kenapa pulak bagi kat Paksu?”, tanya Paksu terkejut.


“Kata nak check tadi? Awak dah tolong amik tu dah OK la tu”, jawapku.


Dadaku masih berdebar2...rasanya inilah benda paling mengarut yang aku pernah buat. Nak lari balik pun tak dapat.


Paksu mula memeriksa gitar tersebut kalau2 ada penjelasan saintifik yang boleh menjelaskan apa yang terjadi kepada kami malam itu.


“Paksu tengok macam OK je? Tak ada apa2 yang suspicious. Takde pulak pasang apa2 speaker kat gitar ni. Mungkin ke gitar ni berbunyi sebab terkena hembusan angin?”, Paksu tertanya2 sambil memaling2kan gitar yang dipegangnya.


“Tang mana angin bunyi cord siap plucking tali gitar? Heck! Tali gitar pun tak mandang nak bunyi kejadahnye?”, terangku sambil menunjukkan jariku ke arah gitar tersebut.



Kedekangg!!



Paksu terus melepaskan gitar tersebut dari pegangannya, kemudiannya berundur beberapa langkah.


“Hallo? Boss...kasi angkat kitaolang sekarang...kenapa? Lu punya kelong banyak puaka la boss...”, dengan pantas Ah Chan menelefon brader yang bawa bot tadi.


“Aiyaaa...dia terus letak saja”, sambung Ah Chan sambil menepuk dahinya.


Paksu pula memandang tepat ke arah mukaku.


Lantas aku berkata, “takde...takde...tadi awok dah tolong amikkan gitar ni. Takde keje aih nak gi letak balik”.


Melihatkan aku dan Paksu tidak berani buat apa2 pada gitar itu, Ah Chan pula dengan selambanya melemparkan gitar tersebut ke dalam air.


Lalu berkata, “problem suda setel”.



Kedekukk!!



Gitar tersebut mengenai tepat pada belakang kepala Ah Chan.


“Aiyaaa...banyak suwey la ini gitar”, kata Ah Chan sambil tangannya memegang belakang kepalanya yang terkena gitar tadi.


“Kita buat tak nampak je la gitar ni”, cadang Paksu.


“Kita pindah ke pangkin sebelah sana pulak”, sambungnya lagi.


Aku dan Ah Chan bersetuju dengan cadangan Paksu itu, lalu mengangkat barang2 kami dan memindahkannya ke sana.


Jauh di sudut hatiku yang paling dalam, ada suatu benda yang lebih merisaukan aku dari gitar puaka tersebut. Aku mengharapkan yang aku hanya tersalah lihat saja.




Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 10:25 PM | Show all posts
Exoskeleton replied at 5-7-2021 03:25 AM
Kelong Durjana Bahagian 2
Selepas cerita karut Paksu tadi kami kembali senyap, masing2 memeriksa um ...

sambung lagi tt. lawak la weh. hantu pon gigih feeling nyanyi lagu jiwang bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citer tt, lama betui tggu update . Mesti bnyk cerita kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 03:19 PM | Show all posts
Yahuuulayan hantu kelong pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2021 12:37 PM | Show all posts
Seperti selalu, cerita tt tak pernah mengecewakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.088822 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list