CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Exoskeleton

Pengalaman budak2 nakal (Update 15/8/21)

  [Copy link]
 Author| Post time 14-12-2020 07:20 AM | Show all posts
Kisah Am Bahagian 9

Dalam masa yang sama, Lan dan Am menceritakan masalah yang dihadapi mereka kepada Haji Yusof setelah usai saja solat subuh. Seterusnya meminta pandangan beliau bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Lan: Tolonglah kitorang Haji, saya nak hidup normal dan graduate dengan tenang sepertimana insan2 yang lain.
Hj Yusof: Iye, saya faham...gangguan dari makhluk2 macam ni dah dikira perkara biasa...masa awal2 bangunkan kawasan ni dulu, macam2 cerita yang saya dengar.
Am: Mana ada biasa lagi Haji...ni dah kira luar biasa dah ni. Dah 2 kali saya tidur kat surau. Silap2 saya pindah terus ke sini nanti karang.
Hj Yusof: Sabar...sabar...jangan terburu2 macam ni. Macam ni je lah...malam nanti, saya buatkan dari rumah saya. Tapi kamu berdua kena ikut saya ke rumah dulu...kamu simpan barang yang saya bagi nanti kat rumah bujang kamu. Mudah mudahan...semuanya selesai.
Lan: Terima kasih Haji... (salam tangan sambil menangis sebak)

Lan ni memang kuat dramanya, sikit2 nangis, sikit2 pengsan. Namun setelah mengambil barang dari rumah Haji Yusof tadi, boleh lah mereka kembali ke rumah dengan hati yang senang.

Disebabkan mereka berdua terasa sangat mengantuk, Lan dan Am juga memonteng kelas sepertimana Farid...bagi mengqada’ tidur mereka. Hanya Fendi saja yang pergi ke kampus pada hari itu...pelajar contoh lah katakan.

Kita skip ke waktu malam...keadaan budak2 rumah bujang itu sangat2 lah ingke. Yelah, Haji Yusof pun dah cakap nak tolong settlekan masalah kat rumah diorang. Bukan main hepi lagi diorang...sambil main gitar, nyanyi2, gelak huha2.

Dah terlalu lama diorang tak berparti sedemikian rupa dek kerana masalah2 yang timbul. Namun, kegembiraan itu bertukar menjadi sunyi sepi apabila tiba2 saja ada makhluk muncul di sebelah Lan yang leka memetik gitar.

“Woii...apesal senyap tiba2?”, tanya Lan yang masih tidak perasan akan kewujudan makhluk disebelahnya itu.

“Kawan kau ke tu, Lan? Kata malam ni kita2 je yang hepi2. Tiba2 pulak Lan ni bawak member”, ujar Fendi yang dense tahap gaban itu.

Peluh turun bercurah curahan di dahinya apabila mendengar ayat tak logik dari si Fendi itu...ditambah pula dua lagi rakannya yang tak dense itu memberi riak muka pucat. Maka haruslah di sebelahnya itu ada makhluk yang tak diundang.

Lan tidak mahu menoleh ke arah makhluk itu, tapi lehernya seakan2 bergerak sendiri...perlahan2 lehernya menoleh ke sebelah. Dia juga cuba untuk memejamkan matanya namun tidak berhasil.

Terpampang jelas di matanya rupa makhluk tersebut...cekungnya sehingga menampakkan tulang2 di badannya. Manakala kulit dan dagingnya kering ibarat seperti beef jerky. Korang google la sendiri ye...haha.

“one, two, three, four...dari kerana mataaa~...yang memmm~punyai kuasaaaa~...”, tiba2 saja Fendi menyanyi di dalam suasana yang intense itu.

Am dan Farid cuba memberikan jelingan maut kepada Fendi supaya dia menghentikan kerja terkutuknya itu. Akan tetapi kalau makhluk seumpama itu pun tidak dikenalinya, apatah lagi jelingan maut dari budak berdua itu.

Perasaan Lan tidak mampu lagi untuk digambarkan, ibarat mimpi ngeri yang tidak mampu untuk dia hentikan atau elakkan...dan di dalam mimpi ngeri tersebut terdapat pula nyanyian sumbang.

“Kau kata dah minta tolong kat Haji Yusof?”, tanya Farid kepada Am yang cuba meminimakan bukaan mulutnya ala2 ventriloquist supaya tidak disedari oleh makhluk tersebut.

“Aku pun tak tau apa yang dah jadi sekarang ni...mungkin benda tu melawan balik kot?”, ujar Am yang juga tidak mempunyai jawapan tentang apa yang sedang berlaku.

Belum pun reda degupan jantung mereka yang masih bergerak kencang seperti genderang mahu perang...tiba2 saja Fendi mengangkat kerusi meja makan lalu diletakkannya di bawah kipas ruang tamu. Tujuannya adalah untuk menurunkan lembaga perempuan yang tergantung di situ.

Dengan pantas Am menarik badan Fendi untuk menghalangnya dari melakukan kerja yang tidak berfaedah itu.

“Jangan Fendi...jangan...bila masa pulak perempuan tergantung ni datang balik”, kedengaran suara pujukan dari Am.

“Eh? Kenapa pulak jangan? Kau tak kesian ke tengok dia tergantung sepi macam tu?”, tanya Fendi kehairanan.

Kaki Farid terus saja longlai menyebabkan dia jatuh terduduk...kepalanya pula automatik menoleh ke sebelah kirinya, kelihatan bayi yang masih belum cukup sifat serta badannya pula masih berdarah lagi sedang merangkak ke arah Farid.

Bayi tersebut hanya mampu menggunakan tangan kanannya sahaja untuk menarik tubuhnya mendekati Farid. Manakala pada kaki bayi tersebut pula terseret tali pusatnya beserta dengan uri.

Mulut Farid seakan2 terkunci...tidak mampu baginya untuk mengeluarkan sebarang suara...air matanya pula mengalir berjuraian ke pipinya.

Black Screen.


Semasa Am menceritakan kisah ini

Aku: Banyak la kau punya black screen tak habis2 dari tadi.
Am: Alahh...barula dramatik. Maka bermulalah flashback di dalam pemikiran Farid ketika itu...

6 bulan sebelumnya...

Farid menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Hana, yang juga tinggal di dalam blok yang sama.

Pada satu hari, Hana memberitahunya yang dia telah mengandung...hasil daripada keterlanjuran mereka sebelum ini.

Namun Farid tidak mahu bertanggungjawab serta meminta Hana menggugurkan sahaja kandungannya. Beberapa kali Hana cuba menghubungi Farid, tetapi dia hanya mengelak dan menjauhkan dirinya saja.

Tidak berapa lama kemudian, tiada lagi sebarang khabar berita dari Hana. Pada awalnya Farid berasa lega kerana Hana tidak menghubunginya lagi. Namun lama kelamaan dia mulai terasa runsing memikirkan kenapa Hana tidak lagi menghubunginya.

Adakah Hana telah melarikan diri bersama lelaki lain? Adakah dia bukan ayah kepada kandungan Hana? Hanakah yang curang dengannya?

Black Screen. (lagi?)

Kali ini kepala Farid automatik menoleh ke arah lembaga yang tergantung pada kipas angin rumah mereka. Rupanya seakan2 Hana tetapi matanya berlubang, manakala perutnya pula bolong tanpa ada apa2 isi.

Farid mula menangis teresak2 sambil menyebut nama “Hana” berulang2 kali, sedarlah dia akan kesalahan yang telah dilakukannya ke atas Hana.

Bukanlah dia tidak sayang akan Hana, tetapi dia merasakan tidak mampu untuk memikul tanggungjawab dari kesilapannya sendiri. Dia hanya mahu menenangkan dirinya seketika saja dari Hana...namun, segala2nya telah terlambat...

Perlahan Farid menyokong badannya untuk bangun, lalu berjalan menghampiri ke arah lembaga yang menyerupai Hana itu. Sekaligus membuatkan Am bertambah2 sibuk. Tidak cukup dengan Fendi yang masih lagi meronta2 hendak menurunkan lembaga itu, sekarang Farid pula hendak menambah kerjanya.

“Lan! Kalau kau tak ada buat apa2...baik kau tolong aku, Lan!! Dari kau main mata je dengan makhluk tu dari tadi!”, Am cuba meminta tolong apabila dirinya sudah tidak mampu lagi untuk menghalang kedua2 kawannya itu dari mendekati Hana.

“T...long...Am...”, nada Lan terputus2 meminta tolong kepada Am.

“Aku nak tolong macam mana? Aku pun tengah sibuk ni”, Am meninggikan suara sambil badannya masih menolak Fendi dan Farid.

Di saat2 getir itu, tiba2 saja tali yang menggantung Hana itu putus. Sekaligus rumah mereka menjadi gelap gelita, terputus bekalan elektrik.

Sewaktu Am menceritakan kisah ini

Aku: Black screen lagi?
Am: Blackout la...!

Cerita Am disambung semula

Kegelapan tersebut sekaligus membuatkan rumah mereka yang hiruk pikuk tadi berubah menjadi sunyi sepi.

Kesunyian itu membuatkan Am boleh mendengar degupan jantungnya sendiri. Tidak tahu nama siapa yang harus dipanggilnya di dalam gelap itu.

Di dalam dirinya masih terpinga2 di dalam kegelapan itu, tiba2 dia terdengar suara serak Farid menyebut nama “Hana” berulang2 kali.

Suara Farid itu diselangi dengan suara sumbang Fendi yang juga menyebut nama “Hana”.

“Eh? Dah kenapa Fendi join sebut nama Hana? Hana tu siapa? Kenapa pula kena sebut nama Hana dalam gelap gelita ni?”, Am tertanya2 sendiri di dalam hati.

Kemudian Am teringat akan kotak lilin yang sememangnya diletakkan di atas meja makan sebagai persiapan sekiranya berlaku blackout.

Perlahan2 Am melangkah ke arah meja makan, manakala tangannya didepakan ke hadapan supaya dia tidak terhantuk pada dinding di dalam gelap tersebut.

Tapi dinding tu hanyalah salah satu dari halangan kecil di dalam rumah bujang mereka. Dengan tidak sengaja tangannya teramaskan sesuatu yang lembut.


Sewaktu Am menceritakan kisah ini

Aku: Woii...melucah nampak? Kau dengan hantu pun jadi ke? Spesis Zul ke ape ni?
Am: Kau jangan samakan aku dengan makhluk durjana tu. Aku mana tau apa yang aku raba masa tu. I is innocent u know?
Aku: Innocent lah konon.


Am kembali menyambung ceriteranya

Serta merta Am menarik tangannya kembali, sekaligus dia teringat akan sensasi yang pernah disentuh oleh tangannya sewaktu masa dahulu. Iaitu sewaktu Zul mengajarnya mencabul pontianak.


Sewaktu Am menceritakan kisah ini

Aku: What de demm hell? Kejadahnya kau ikut jantan tak guna tu?
Am: Alah...masa tu aku muda lagi, dia pula offer benda tu. Mana ada orang real nak bagi free2 je.
Aku: Astaghfirullah hal azim...ape la yang kome dah buat ni?
Am: Kisah lama tu...tapi aku takdela buat sampai habis macam apa yang Zul buat kat pontianak tu.
Aku: TMI bro...TMI. (too much information)


Am menyambung ceritanya kembali

Sentuhan tadi membuatkan dia tertanya2 siapa pula yang ada dada seperti perempuan kat rumah bujang mereka itu?

Maka sekali lagi tangannya meraba makhluk di hadapannya (gatal). Tetapi kali ini nasibnya malang kerana terabakan kepala makhluk tersebut.

“Waduh...kasar2 rambutnya ini...panjang pula tu”, ujar Am di dalam hatinya.

“Shliikkkk”, Am terasa kedua2 ibu jarinya termasuk ke dalam sesuatu seperti lendir tetapi pejal2.

Tiba2 saja terpancar cahaya dari tangan Lan...namun ia bukanlah cahaya nur, hanyalah cahaya dari api lilin. Dia berjaya menyalakan lilin biarpun di dalam kegelapan...tanpa melakukan sebarang kelucahan.

“Lan, kau tolong suluhkan jari aku...dah termasuk kat dalam apa entah ni?”,

“Kau ni...time2 saspen macam ni la nak buat hal”, Lan mengomel sendirian sambil berjalan perlahan2 ke arah Am di samping tangannya pula cuba menghadang api lilin tersebut dari terpadam.

“Hah...mana yang...”, belum sempat dia menghabiskan kata2nya...Lan tersuluhkan tangan Am yang sedang memegang kepala makhluk berambut panjang, tanpa badan.

Manakala kedua2 ibu jari Am termasuk tepat ke dalam kedua2 lubang biji mata makhluk tersebut. Suasana rumah mereka kembali sunyi, hanya ditemani bunyi titisan air kencing Lan yang mengalir ke lantai.

Mata mereka berdua terpaku keras pada makhluk tersebut, bau bendalir yang mengalir keluar dari lubang biji mata makhluk tersebut sangat busuk...melebihi bau bangkai manusia. Bau tersebut ditemani pula dengan bau hancing daripada Lan.

Belum pun sempat mereka memikirkan apa yang patut dibuat dalam situasi tersebut, Fendi pula muncul dari belakang mereka. Dia meneliti muka Am dan Lan...lalu dengan baiknya dia memadamkan api lilin tersebut dengan hembusan nafas berbaunya.

Keadaan menjadi semakin haru biru...sehingga kini Am dan Lan tertanya2 mengapa Fendi meniup api lilin tersebut. Itu bukanlah lilin yang diletakkan di atas birthday cake untuk ditiup2.


Bersambung...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2020 07:42 AM | Show all posts
Kisah Am Bahagian 10

Am mulai buntu apa yang patut dilakukannya di dalam gelap itu, apa2 pun dengan perlahan2 dia mengeluarkan kedua2 ibu jarinya dari mata makhluk tersebut dan melepaskannya ke lantai. Tetapi tiada apa2 bunyi pula yang jatuh ke lantai.

“Fendi, cuba kau tengok db box rumah ni, kot2 tendang ke...kau tolakkan la balik”, pujuk Am.

“Eh? Kita bukan nak berparti dalam gelap ke?”, soalan bodoh yang ditanya Fendi ketika itu.

Hendak saja Am memberi sedas dua penumbuk keringnya ke rusuk kiri Fendi, namun ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mereka bergurau senda sedemikian rupa.

“Dah terang barulah boleh sambung balik...dalam gelap mana nak petik gitar”, Am berhelah dalam menjawap soalan Fendi tadi.

“Ooohh....ye...ok, aku tengok jap”, jawap Fendi ringkas.

Papp!! Suis db box dipetik, rumah mereka kembali terang benderang. Am dan Lan melihat di sekeliling ruang tamu rumah mereka, tiada lagi kelibat makhluk2 yang tidak diundang.

Namun apa yang mengejutkan mereka ketika itu, Farid sedang menggelupur pada tali gantung yang diikat pada kipas angin rumah mereka.

Dengan pantas Am memberikan bahunya sebagai tempat untuk Farid berpijak. Baharu saja dia hendak meminta kerusi dari Fendi, tetapi kerusi meja makan di rumah mereka tiba2 saja lesap. Seakan2 ada yang hendak menyukarkan usaha mereka yang hendak menyelamatkan Farid.

Manakala Lan dan Fendi masih lagi tergamam melihat apa yang berlaku di tengah2 ruang tamu rumah mereka. Mereka berasa pelik bagaimana Farid boleh tergantung sedemikian rupa tanpa ada bantuan kerusi.

“Korang...tolonglah aku cepat...!”, Am meninggikan suaranya untuk menyedarkan mereka berdua.

Maka dengan serta merta Fendi menghampiri Am untuk sama2 memberikan sokongan kepada kaki Farid. Ketika itu, baharulah dia sedar apa yang dipikul oleh Am selama ini.

“Eh? Beratnya? Berat dosa ke apa ni?”, ujar Fendi.

“Kau jangan nak bergurau time2 macam ni Fendi, Farid ni lagi kurus dari kita...kau faham2 je la”, terang Am memberi klu supaya sel2 otak Fendi berhubung.

“Ooo...urat dawai tulang besi ye”, itulah yang dikatakan oleh Fendi dense ya amat tu. Satu perbuatan yang sia2 telah dilakukan oleh Am.

Di samping itu, Lan pula bergegas memasuki dapur untuk mengambil pisau bagi memotong tali gantung tersebut. Namun langkahnya terhenti di separuh jalan, dan seterusnya berundur kembali ke ruang tamu.
Lan terlihatkan makhluk berbadan kurus berambut jarang2 sedang menyelongkar peti ais rumah mereka. Seandainya masih ada air di dalam tubuh Lan, sudah pasti dia akan terkencing lagi apabila melihat makhluk itu memusingkan kepalanya ke belakang.

Mulut makhluk tersebut terletak pada dahi, matanya pula liar melihat Lan yang terletak pada dagunya. Di lehernya terdapat beberapa liang yang berdengus seperti mengambil nafas.

Langkah Lan menjadi semakin laju apabila makhluk itu mula merangkak ke arahnya...lantas dia memeluk Am.

“Eh...kau dah kenapa menambah susah aku pulak ni? Tau tak betapa berat beban aku tengah tanggung ni? Eh...seluar kau basah laaa hancing!”, kata Am kepada Lan.

“Tu...tu...”, Lan hanya mampu menunjukkan makhluk tersebut dengan muncung mulutnya sahaja.

Am mula gusar apabila terpandangkan makhluk itu berdiri bongkok berhampiran dengan meja makan. Tidak cukup dengan itu, pintu bilik mereka pula terbuka...muncul 2 lagi makhluk iaitu yang telah dilihat oleh mereka sebelum blackout tadi.

Kemudian Am terasa seperti ada yang menarik seluarnya, perlahan2 dia menundukkan kepalanya untuk melihat...bayi yang badannya masih dibasahi darah dan masih belum cukup sifat sedang menarik2 seluar Am.

Perasaan Am menjadi kacau, dalam situasi ni dia nak terkencing seperti Lan pun tidak mampu.

Hanya suara sumbang Fendi saja yang didengarinya ketika itu, “budak ni anak kau ke, Am?”.

Di dalam detik2 cemas itu, tiba2 pintu depan rumah mereka terbuka luas. Satu susuk tubuh berbadan seperti lelaki sedang berdiri tegak di hadapan rumah mereka. Lelaki itu seperti sedang membacakan sesuatu.

Am mengamati akan rupa lembaga itu, rupa2nya Pak Akob yang berdiri di hadapan rumah mereka.

“Apa lagi orang tua ni nak? Takkan sampai mati budak2 kat rumah ni baru dia puas?”, bisik hati Am.

Dengan wajah yang garang Pak Akob melangkah masuk ke dalam rumah, seterusnya dia meninggikan suaranya, “aku dah pernah bagi amaran dahulu...jangan kacau budak2 ni!!”.

Pergerakan makhluk2 di rumah itu seakan terhenti apabila ditempik oleh Pak Akob. Seterusnya Pak Akob menarik nafas sedalam2nya sebelum menghembuskannya ke arah makhluk2 itu seperti naga menghembuskan apinya.

Serta merta makhluk2 di sekeliling mereka itu hilang dan tidak semena2 tali yang menggantung leher Farid itu juga putus. Menyebabkan dia terjatuh ke atas mereka bertiga.

Ketika ini sedarlah Am bahawa Pak Akob lah yang menolong mereka selama ini. Hanya mereka saja yang bersangka buruk terhadap Pak Akob.

“Mana barang tu?”, tanya Pak Akob kepada mereka.

“Barang...apa?”, tanya Am yang masih lagi tergamam dengan apa yang berlaku.

“Kotak kayu yang kamu berdua bawa masuk ke rumah ni pagi tadi”, jawap Pak Akob dengan nadanya yang keras.

Lan bergegas memasuki biliknya dan membawa kotak kayu tersebut ke ruang tamu. Lalu dia meletakkannya di hadapan Pak Akob.

Pak Akob membuka kotak kayu tersebut untuk melihat isi kandungannya. Sekaligus dia beristighfar panjang setelah membukanya.

Dari apa yang Am nampak, terdapat balang kaca berisi bayi yang masih bersambung dengan urinya, sebatang paku pontianak, segumpal rambut panjang dan juga kain pengikat kain kafan yang masih ada kesan2 tanahnya.

Timbul tanda tanya di dalam diri Am dan Lan, “kenapa Haji Yusof memberi barang2 ni kepada mereka?”.

Tiba2...dengan saspennya Pak Akob menoleh ke belakang, ke arah pintu hadapan rumah tersebut. Terdapat satu sosok lembaga seperti sedang merengus marah melihat mereka berempat. Lembaga itu tidak lain dan tidak bukan, Haji Yusof.

Fendi menyinggung Farid yang masih tercungap2 mengambil nafas itu dengan sikunya...lalu berkata, “ni pak mertua kau kan”.

Kata2 Fendi itu membuatkan Am, Farid, Lan serta Pak Akob membuat jelingan maut kepadanya.

Namun bukannya dia faham, siap bertanya, “kenapa? Kenapa?”.

Seterusnya Pak Akob mula mengeluarkan kata2, “jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar...jangan sebab salah budak ni, kau sanggup buat benda2 syirik macam ni, Yusof!”.

“Kerana budak jahanam ni lah anak aku, Hana mati bunuh diri! Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Kau jangan nak masuk campur!! Ni urusan aku!”, jawap Haji Yusof dengan nada yang keras.

“Kau bukan Tuhan nak hukum budak ni, Yusof! Bertaubatlah...serahkan saja urusan ini kepada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil”, pujuk Pak Akob.

Namun pujukan itu tidak dihiraukan Haji Yusof, dia tiba2 saja menghembuskan sesuatu ke arah Farid. Tidak semena2 Farid dan Lan memuntahkan darah.

“Eh? Kenapa aku? Aku tak ada kena mengena dalam ini cerita...”, bisik hati Lan yang merupakan mangsa keadaan.

Seterusnya Pak Akob pula berkumat kamit membacakan sesuatu...lalu tangan kanannya seperti menggenggam sesuatu dari Farid sebelum merentapnya.

“Eh? Farid je? Aku macam mana?”, bisik hati Lan sambil membuat puppy eye melihat ke arah Pak Akob supaya menolongnya pula.

Tanpa disedari mereka, Haji Yusof telah terlebih dahulu berlari dan melompat ke atas Farid. Kedua2 belah tangannya sedang mengcekik leher Farid.

Sambil itu dia juga berkata, “kau mesti mati! Kau kena mati!!”.

Am dan Fendi sedaya upaya cuba menghalang Haji Yusof dari membunuh kawan mereka itu, tetapi mereka merasakan kudrat orang tua tu bukan main luar biasa lagi. Tidak ubah seperti sewaktu mereka bergelut dengan Rafik dahulu.

Lan tidak mampu untuk menolong kawan2nya memandangkan dirinya sendiri sudah agak lemah dan pandangan matanya juga semakin pudar.

Pak Akob cuba menarik Haji Yusof dari terus mengcekik Farid, namun hanya sebelah tangan saja yang mampu digunakannya. Manakala sebelah lagi tangannya masih lagi menggenggam apa yang direntapnya dari Farid tadi.

“Kau jangan paksa aku Yusof! Kalau aku tiada pilihan, aku akan kembalikan ilmu ini kepada kau semula!”, Pak Akob memberi amaran dengan nadanya yang keras.

Manakala Lan pula telah meniarap di atas lantai berhampiran dengan darah yang dimuntahkannya tadi. Jarinya sedang menulis perkataan “help” dengan menggunakan darah tersebut. Drama betul mamat ni.

Tidak semena2 Pak Akob menepuk belakang Haji Yusof menggunakan tangan kanan yang digenggamnya dari tadi. Serta merta Haji Yusof memuntahkan darah. Namun dia nekad untuk terus mengcekik Farid biarpun mata, hidung dan mulutnya masih mengalir darah.

Pergelutan Am, Fendi dan Pak Akob berlaku selama beberapa minit, sehinggalah pergerakan dari Haji Yusof dan Farid terhenti. Kedua2nya menghabiskan nafas mereka di situ.

Am hanya mampu mengalirkan air matanya apabila Pak Akob menggeleng2kan kepalanya setelah memeriksa nafas mereka. Fendi pula cuba menenangkan Am yang masih memanggil2 nama Farid.

Manakala Lan pula pengsan setelah kehilangan banyak darah dan hanya sedar setelah beberapa hari di wad hospital.

“Apa dah jadi?”, tanyanya kepada orang di sebelahnya.

“Biasalah...lumba haram...nyaris tak putus nyawa anak makcik ni, nak...”, jawap makcik yang sedang menunggu anaknya bersebelahan dengan katil Lan.

Itu bukanlah jawapan kepada soalannya tadi, mereka dan keluarga mereka tidak ada kena mengena di dalam ini wayang gambar. Begitulah juga dengan dirinya yang telah berada di wad itu.

Sewaktu Am menceritakan kisah ini, riak mukanya bertukar seperti kesal dan sedih. Sepupunya itu biarpun tinggal jauh dari rumahnya, tapi mereka rapat seperti adik beradik.

Namun dia tidak mampu untuk menyelamatkan Farid...

Am tidak menyambung ceritanya, dia hanya terdiam lama sebelum berjalan meninggalkan aku yang sedang memancing di hutan.  

Tapi apa yang aku dapat tahu dari Fendi, Am dan Lan tidak menghabiskan pengajian mereka. Hanya Fendi saja yang meneruskan pengajian sehingga graduasi. Dia tinggal di hostel setelah rakan2nya keluar dari rumah sewa tersebut.


Bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2020 07:56 AM | Show all posts
Kisah Am Bahagian Akhir

Selang beberapa hari lamanya aku tidak bertemu dengan Am...pada malam raya itu, dia datang menjengukku.

Am: Haii...masak rendang nampaknya? Itulah...disuruh kahwin tak mau. Hahaha
Aku: Datangnya tu idak ler nak bagi salam dulu ye? Main sergah je. Kau pergi mana? Baru nak nampak batang idung.
Am: Biasalah...sibuk sikit. Hehehe.
Aku: Kau duk kacau aku malam2 raya ni, bini kau tak mintak tolong itu ini ke?

Wajah Am kembali suram sebelum berkata, “kau tak tau lagi kan...tu lah...tak ramai orang2 kampung yang tau pasal ni”.

Am bercerita yang dia pernah bekerja di Klang sewaktu umurnya awal 20an dan telah bernikah dengan seorang wanita Aceh. Majlis pernikahan tersebut dibuat serba sederhana sahaja mengikut kemampuannya yang hanya bekerja kilang.

Genap 3 tahun mereka mendirikan rumah tangga, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki. Sekaligus memberikan motivasi kepada Am untuk bekerja lebih keras bagi menyara isteri dan anaknya.

Penat lelah dia bekerja dari pagi ke malam seakan hilang apabila melihat anaknya yang daripada boleh merangkak sehinggalah dapat berjalan. Apa lagi bila anaknya sudah boleh berkata2 dan memanggilnya Ayah.

Namun, Am tidak tahu apa yang kurang pada dirinya. Kebahagiaan yang dirasainya itu tidak kekal lama.

Suatu hari...dia pulang ke rumah lebih awal dari kebiasaannya. Dia memanggil2 nama anaknya setelah membuka pintu rumah.

Kebiasaannya anak lelakinya akan menjerit2 memanggil “ayah...ayah” kalau mendengar Am sedang membuka pintu rumah. Namun pada hari itu, suasana rumah itu sunyi saja.

Am mula mencari dan memanggil nama isteri dan anaknya di segenap ruang rumah. Tetapi tidak ada siapa2 pun...suh saja.

“Mungkin diorang pergi kedai kot? Beli barang dapur...”, bisik hati Am.

Am menanti dengan sabar di ruang tamu, lalu dia terfikir ada lebih baik dia mandi dahulu. Tak adalah nanti anaknya memeluk badannya yang masih berbau itu.

Usai saja mandi dia membuka almari pakaian untuk mengambil baju. Am tergamam seketika...kemudiannya dia terduduk di atas katil. Pakaian2 isteri dan anaknya telah tiada dari almari tersebut.

Am segera menyarung tshirt berserta seluar tracksuitnya lalu memberi salam kepada jiran sebelah rumahnya.

Am: Assalamualaikum...Kak Bee ooo Kak Bee.
Kak Bee: Wa’alaikummusalam...eh? Kenapa kamu kat rumah lagi?
Am: Kenapa pula Kak Bee? Ada nampak isteri dengan anak saya tak?
Kak Bee: Astaghfirullah hal azim...dalam pukul 11 pagi tadi, isteri kamu keluar dengan beg besar...bawa anak kamu sekali.
Am: Dia ada bagitau nak pergi mana2 ke Kak Bee?
Kak Bee: Dia cakap nak balik kampung, katanya kamu dah tunggu dia di stesen bas nak ke airport.

Am tidak mendengar apa2 lagi setelah perkataan “airport” disebut oleh jirannya itu. Tiba2 saja dia kehilangan isteri dan anaknya.

Tetapi dia masih bersangka baik, kemungkinan isterinya akan pulang ke rumah tersebut. Dia menanti dengan penuh sabar, bekerja dan pulang ke rumah seperti biasa.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan...sedar2 telah genap 2 tahun isterinya membawa anaknya pergi meninggalkannya.

Kenyataan yang sukar untuk dihadapinya...dia tidak tahu bagaimana untuk mencari isterinya di Aceh. Apa lagi cara untuk menghubunginya.

Sekali lagi insan yang tersayang buat diri Am meninggalkannya. Am merasakan sudah tiada sebab lagi untuknya terus berada di situ. Dia pulang ke kampung halaman untuk menjaga ayahnya yang tidak berapa sihat setelah ibunya meninggal dunia.

Kembali sewaktu Am bercerita...mood ketika itu agak berat. Aku pun tak tahu apa yang patut aku katakan kepadanya. Rasa2nya kalau aku cakap pun, pasti dia pernah mendengarnya dari orang2 di sekelilingnya.

Tiba2 Am bersuara memecahkan kesunyian malam itu, “agaknya anak aku dah besar panjang dah sekarang...”.

Sekali lagi Am meninggalkan aku tanpa berkata apa2...hanya tangannya saja dilambaikan kepadaku.

Keesokan paginya aku beraya seorang diri hanya ditemani dengan video call dari isteri dan anak2 yang sedang menjamu juadah hari raya.

Aku menunggu juga kalau2 Am datang seperti kebiasaannya...ada lah juga kawan untuk bersembang2. Tetapi lain yang aku tunggu, lain pula yang datang.

“Abang Jaws...ni Mira ada bawa mangkuk tingkat nak bagi Abang Jaws makan”, ujar Mira kepadaku sambil tubuhnya bergoyang ke kiri ke kanan.

Aku hanya tersenyum saja...kalau aku cakap apa2 nanti lain pula diinterpret Mira.

“Abang Jaws sedih ke? Jangan la sedih...Mira kan ade? Dalam ni Mira isikan ketupat palas dengan rendang kerang...fevret abang kan?”, Mira cuba memujukku.

“Terima kasih ye, Mira”, kata2 tersebut terlepas di bibirku, sekaligus di dalam hatiku berkata, “aiseymen...”.

“Abang Jaws ni...tau je nak buat Mira malu di pagi2 raya ni. Mira pun kasihkan abang juga”, jawap Mira dalam tersipu2 malu dan seterusnya berlari pergi dari situ.

Aku hanya mampu menggeleng2kan kepalaku sehinggalah aku terpandangkan Aminah yang menyaksikan drama karut aku dan Mira tadi.

Aminah: Kau...kau...sampai hati kau, John.
Aku: Eh? Apesal pulak ni?
Aminah: Setakat ni je lah cinta kita (sambil memalingkan badannya)
Aku: Mula pun tak...kejadahnyaaaaa?!!
Aminah: Hahaha...aku gurau je la...kau ni John...dengan Mira sound trouble pun kau ayat.
Aku: Aku tak pernah mengayat dia lah!!
Aminah: Ok...ok...aku gurau je.
Aku: Ajer penat aku...belum tengahari dah macam2.
Aminah: Eh...ni aku ada bawakan makanan, kau makan la nanti ye?
Aku: Wah...alhamdulillah. Banyak rezeki aku dapat hari ni. Nak habiskan sorang2 memang tak mampu ni. Nanti aku ajak Am makan sekali.
Aminah: Eh? Am? Kau ni pehal John?
Aku: Dah kenapa? Tak boleh ke pulak?
Aminah: Bukan tak boleh je...mustahil pun ada. Am dah lebih setengah tahun dah meninggalnya. Eksiden motor masa dia nak balik kerja.
Aku: Aii...Minah. Tak habis2 lagi nak bergurau dengan aku nampaknya? Kot iye pun janganla sampai kau cakap orang yang hidup tu mati pulak.
Aminah: Astaghfirullah hal azim...aku tak tipu...tak gurau ni. Kalau kau tak percaya mari aku tunjukkan kuburnya.

Kami sembunyi2 berjalan ke tanah kubur kampung, kalau kantoi nanti tak pasal2 pula kena saman. Lain macam rasanya...rasanya kalau buat bukan2 dengan Minah pun tak perlu sampai sembunyi2 macam tu.

Aminah membuka padlock pada pagar kawasan kubur tersebut dengan menggunakan kunci yang “dipinjam” dari bapa saudaranya. Kemudian Aminah menunjukkan batu nisan yang tertulis nama penuh Am.

Aku terdiam sebentar dan kemudiannya beristighfar panjang. Sepanjang bulan Ramadan ni aku tak berborak dengan manusia rupa2nya. Tapi cerita kisah hidup Am tu memang sama seperti yang telah di“fill-in”kan oleh Fendi dan Aminah.

Pada tanggal 8 Mei, aku berjaya pulang ke rumah setelah meminta tolong  Paksu untuk mengambilku di kampung. Ketika itu kerajaan membenarkan rentasan negeri selama 4 hari. Tamatlah kisah dua bulan aku terkandas di kampung sewaktu PKP yang lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:57 AM | Show all posts
Terkedu hakak baca citer ko dik tt...di akhirnya. Alfatihah utk arwah am...sedih kisah hidupnya. Moga dia tenang di alam sana

Terima kasih story yg best ni...jgn serik bercerita lagi menyerikan bod yg sendu ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Best cite ni.. Sebenarnya mmg dapat rasa Am tu dah arwah masa exo cite. Semoga ditempatkan di kalangan org yg beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2020 10:08 PM | Show all posts
tq Jon

ade 'teman' la ko ye masa ramadan tu dgn pagi raya.

tgu next episod lak. hihihi

keep it up jon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2020 10:47 AM | Show all posts
“Abang Jaws...ni Mira ada bawa mangkuk tingkat nak bagi Abang Jaws makan”, ujar Mira kepadaku sambil tubuhnya bergoyang ke kiri ke kanan.

Tetiba aku terbayang gaya si mira ni hahahahahah!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 03:19 PM | Show all posts
jaws lain kali ko ajak mira tu sembang sure byk cite angker nye. ngn masalah saun trabel die. meriah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2020 04:12 PM | Show all posts
bestttttttttttt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2020 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
havovasta replied at 15-12-2020 03:19 PM
jaws lain kali ko ajak mira tu sembang sure byk cite angker nye. ngn masalah saun trabel die. meriah

terlalu brutal tu...mau mental aku tak pasal2 karang
entah apa yang dia dengar, lepas tu cerita pulak pasal masa depan bersama
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 04:25 PM | Show all posts
kalau bercerita pasal Mira, aku tingat pasal Kampung Pisang Bersiri-Siri..part pompuan nak Mee Kari kuah laksa tu..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 14-12-2020 07:20 AM
Kisah Am Bahagian 9

Dalam masa yang sama, Lan dan Am menceritakan masalah yang dihadapi mereka ke ...

Setan betul Fendi ni ingat likin besday ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sia2 aku masuk balik nak baca sambungan.
John, boleh tak setiap kali ang update kat thread, update sama kat tajuk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
maybe arwah am rindukan ang John...

aku seru @Kurex masuk join baca citer hantu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 17-12-2020 01:59 PM
tak sia2 aku masuk balik nak baca sambungan.
John, boleh tak setiap kali ang update kat thread, up ...


haha...ok, insyaAllah next time ye
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Exoskeleton replied at 17-12-2020 04:43 PM
haha...ok, insyaAllah next time ye

Tq John....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2020 12:55 PM | Show all posts
Done baca... mintak lah tak kenal atau jumpa org macam fendi....hahaha tekanan perasaan di buat yer
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2020 04:19 PM | Show all posts
Fun terbaiklah john..puas haku membacanya. Cuma tak sangka pulak yg temankan ko tu bukan manusia. Dah takde rupanya si Am. Ko ni memang special buat ramai makhluk tertarik, yg kasar dgn yg halus. Setakat ni citer ko aku bg rate 5 bintang...mmg best dan lain dari yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik nnt share lah lagi cerita lain kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah untuk Am. kesiannya dia. masa dia cerita tu kau xde rasa pelik ke ape ke John dekat Am? yela sebab dia bukan manusia kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.091614 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list