Baru berusia 14 tahun, seorang budak lelaki bertindak kejam membunuh rakannya.
Kejadian yang berlaku di Ukraine itu menyaksikan Vasily Turda yang juga anak jutawan tidak berpuas hati akibat kalah dalam permainan video.
Vasily Turda, Foto: Daily Mail
Media tempatan melaporkan, dia baru dibelikan bapanya satu set permainan video dan mengajak rakannya, Vasya Pop, 15, untuk bermain bersama.
Bagaimanapun dia sering kalah dengan Pop dan kemudiannya mengambil sebilah pisau untuk membunuh.
Vasya Pop, Foto: Daily Mail
Saksi menyatakan Turda menikam leher Pop di rumahnya di Nizhnyaya Apsha, sebuah kawasan elit di Ukraine.
“Dalam keadaan leher berlumuran darah, Pop melarikan diri ke tingkat bawah dan dikejar Turda.
“Mayat mangsa ditemui dengan 27 kesan tikaman."
Foto: Daily Mail
Polis juga ada menunjukkan gambar kesan jejak darah di rumah tersebut.
Bapa mangsa, Mikail menyatakan Turda terus-terusan menikam anaknya walaupun sudah mati.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan namun pihak pendakwaan merayu mahkamah untuk meningkatkan hukuman penjara kepada 15 tahun. -CARI |