CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1130|Reply: 2

[Politik] PAS KEDAH #12 : Kerajaan PH Kedah takut bayang-bayang

  [Copy link]
Post time 18-4-2019 07:24 AM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah dianggap takut bayang-bayang sendiri apabila mengarahkan lori menghantar air tajaan wakil rakyat PAS menghentikan operasi.

Ketua Pembangkang Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, tindakan itu tidak melambangkan sikap kemanusiaan terhadap penduduk yang berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan air.

"Awalnya diarah agar lambang bulan diturunkan, hari kedua pemandu lori menurunkan lambang tetapi tidak sampai separuh hari operasi itu diarah diberhentikan," katanya pada sidang media sempena persidangan Dun hari ini.

Lori yang mengangkut air tajaan wakil rakyat PAS sebelum ini membekalkan air kepada penduduk di beberapa kampung di Dun Tanjung Dawai.

Sumber air dan tangki yang digunakan dipinjam daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan dibiayai Sekretariat Adun dan Wakil Rakyat PAS Kedah.
Sanusi yang juga Adun Jeneri berkata, tindakan kerajaan PH tersebut dianggap tidak matang.

“Penduduk yang mengalami masalah air tidak mengira bantuan datang dari siapa sebaliknya mengharapkan kesusahan mereka dibantu dan diambil peduli,” ujarnya. - HARAKAHDAILY 16/4/2019


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2019 07:48 AM | Show all posts
yang penting air dapat...nak letak logo ke apa biar laa

dari tak buat aper ...asyik mengadu kat papa
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mukhriz ni mcm x wujud la di kedah.
dia x berminat pun jd mb kedah.
aku igt lg time sebelum federal ministers n mb dipilih, he openly kata dia lebih berminat jd federal minister.

i want to believe he's a good guy so really hope that the directive wasnt from him but it is too obvious he just doesnt have the cut nor interest to be the kedah mb. period.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051555 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list