CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 781|Reply: 0

[Politik] ROYALTI PETROLEUM #12 : Kelantan masih tunggu keputusan prosiding tarik balik sa

[Copy link]
Post time 18-4-2019 05:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 18-4-2019 06:00 AM


KOTA BHARU 16 April - Kerajaan Pas Kelantan masih menunggu keputusan prosiding penarikan saman royalti minyak pihaknya ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pencelah, hari ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya setakat ini belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara yang bakal diputuskan tersebut.




“Belum ada maklumat (keputusan prosiding), tetapi Kelantan memang tidak ada masalah. Jika Petronas betul-betul jujur mahu bayar royalti, maka mereka akan bersetuju dengan penarikan saman itu. Ia adalah perkara teknikal.

“Saya percaya Petronas bertindak atas nasihat kerajaan Pusat sebab ia sebuah syarikat yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia dan kita harap positiflah (keputusan hari ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Ganjaran Penghulu Bersara melibatkan 121 penerima dari seluruh negeri, di sini hari ini.

Dalam prosiding yang dijadual berlangsung hari ini, penarikan saman royalti minyak kerajaan negeri ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan kerajaan Pusat sebagai pencelah, dibenarkan jika Petronas bersetuju dengan tindakan tersebut.

Mohd. Amar dalam pada itu berkata, pada awalnya, Petronas tidak bersetuju dengan penarikan balik saman kerana tidak mahu Kelantan menyaman mereka semula atas sebab sama pada masa depan.

Namun kata beliau, kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan berbuat demikian sekiranya Petronas dan kerajaan Pusat menepati janji untuk membayar royalti kepada Kelantan.

“Kita sudah ikut apa yg mereka mahukan. Jika mereka tidak tunai perkara yang dijanjikan, kita akan fikirkan semula bentuk tindakan bakal diambil,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058409 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list