Seorang lelaki menuduh saiz kemaluan menantunya yang terlalu besar sebagai punca kematian anaknya. Lelaki itu, Nedi Sito , 55, menjumpai anaknya Jumantri mati di rumah mereka di Probolinggo, Indonesia. Nedi kemudiannya menuduh menantunya Barsah sebagai punca kematian anaknya ketika berhubungan seks kerana saiz kemaluannya yang dikatakan terlalu besar.
Kredit foto: Carian Google
Nedi telah membuat laporan ke balai polis berdekatan dan sepasukan pegawai penyiasat telah diarahkan untuk memeriksa kesahihan tuduhan itu. Menurut sumber, perkara pertama yang dilakukan oleh penyiasat itu ialah memeriksa kemaluan Barsah.
Kredit Foto: Carian Google
Menurut sumber Detik Today, si mati telah mengalami sawan pada malam kejadian ketika dia dan suaminya sedang melakukan hubungan intim. Dua minggu kemudian, khabar angin mula bertebaran di kejiranan mengatakan puncanya ialah kemaluan gergasi si suami, menyebabkan Nedi membuat laporan polis.
Kredit foto: Carian Google
Susulan itu, Barsah telah dipanggil ke balai polis untuk diperiksa oleh pegawai penyiasat dan disaksikan oleh Nedi dan pemimpin kampung lainnya. Menurut Riyanto, Ketua Unit Penyiasatan Jenayah selepas semua saksi puas hati bahawa saiz kemaluan Barsah hanyalah standard lelaki Asia, Nedi bersetuju untuk menarik balik laporannya.
Kredit foto: Carian Google
'Selesai sahaja pemeriksaan, si mentua telah bersetuju untuk menarik balik laporannya terhadap Barsah dan mereka saling meminta maaf' kata Riyanto lagi. Polis kini percaya punca kematian Jumantri ialah penyakit sawan yang telah dideritainya sejak berumur 14 tahun.
Semoga keluarga Jumantri kini dapat menerima punca sebenar kematian anak mareka. - CARI |