CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1719|Reply: 2

Saksi Utama Kes Kontroversi Berlusconi Meninggal Dunia, Disyaki Diracun

[Copy link]
Post time 18-3-2019 03:00 PM | Show all posts |Read mode

Imane Fadil merupakan saksi penting melibatkan kes 'parti bunga bunga'. Kredit foto: Milano Republicca



Model Morocco, Imane Fadil, yang merupakan antara saksi penting kes pelacuran bawah umur melibatkan Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, telah meninggal dunia.


Pihak berkuasa menjalankan siasatan ke atas kematian model berkenaan selepas beliau dimasukkan ke hospital di Milan kerana 'sakit perut yang melampau' pada bulan Februari.


Di hospital, Fadil, 33, memberitahu rakan dan peguamnya yang dirinya telah diracun. Beliau meninggal pada 1 Mac, bagaimanapun kematiannya tidak dilaporkan sehingga hari Jumaat baru-baru ini.


Ketua pendakwaraya Milan, Francesco Greco menyatakan, "Doktor belum mengenalpasti sebarang patologi yang boleh menjelaskan kematian itu." Tambah Greco, terdapat 'beberapa perkara tidak normal' dalam rekod perubatan model itu.



Fadil meninggal setelah mendakwa dirinya diracun. Kredit foto: Sky News



Sebuah sekolah perubatan, Humanitas, dalam kenyataannya menyebut, ujian toksikologi Fadil menunjukkan 'campuran bahan radioaktif', namun keseluruhan keputusan autopsi belum disahkan.


Pada 2012, Fadil memberitahu pemberita bahawa beliau bimbang akan keselamatannya ekoran penglibatannya dalam perbicaraan itu.


Sewaktu pendakwaraya menyiasat gangguan yang dihadapi saksi sepanjang tempoh kes melibatkan Berlusconi, Fadil memberitahu yang beliau ditawarkan ganjaran wang sebagai balasan sekiranya mendiamkan diri tentang kejadian yang berlaku di dalam parti-parti yang dianjurkan oleh perdana menteri Itali itu.


Berlusconi telah didakwa atas kesalahan membayar pelacur-pelacur bawah umur dalam parti terkenal 'Bunga bunga' yang dianjurkannya pada 2012. Beliau disabitkan bersalah, namun kemudiannya dibebaskan selepas mahkamah memutuskan Berlusconi tidak mengetahui yang pelacur-pelacur berkenaan adalah di bawah umur.



Silvio Berlusconi dituduh membayar pelacur-pelacur bawah umur namun kemudiannya dibebaskan. Kredit foto: Sky News



Fadil sebelum ini memberitahu mahkamah mengenai parti-parti yang dianjurkan Berlusconi sering membabitkan gadis-gadis muda yang akan 'berbogel' untuk beliau.


Ekoran perbicaraan itu, dakwaan baru telah dibuat terhadap Berlusconi yang antaranya menuduh beliau memberi rasuah kepada wanita-wanita yang telah menghadiri parti-parti berkenaan daripada memberi maklumat yang betul - satu tuduhan yang dinafikan oleh beliau.


Akhbar-akhbar di Itali sebelum ini melaporkan Fadil sedang menulis buku tentang pengalamannya dan salinan manuskrip telah pun diberi kepada peguamnya sebelum beliau meninggal. - CARI



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2019 05:30 PM | Show all posts
very high profile kes sgt ni...

kesian model tu..x pasal2..

mcm dlm movie jek kisahnya...

keji jugak aiiihh......pedo sgt....

bawah umur tu budak2 berapa tahun ni...?

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2019 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka pun dah macam the black hand mafia gang. Memang susah nak lari if terjebak. Diorang akan cari sampai dapat even hapuskan ahli keluarga kalau perlu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.378244 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list