Ramai netizen terutama warga Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati apabila Ahmad Idham diangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Kredit foto: IG Aziz M Osman
Ekoran itu, mereka mula memetik pelbagai nama pengarah yang dikatakan lebih layak menggalas tanggungjawab itu berbanding Ahmad Idham.
Nama pengarah Aziz M Osman turut dipetik sebagai individu yang layak menyandang jawatan CEO Finas. Namun, Aziz dengan santai menolak cadangan orang ramai itu.
Kredit foto: Twitter
Khamis lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Gobind Singh Deo mengumumkan pelantikan Ahmad Idham sebagai CEO Finas menggantikan pemangku Shakib Ahmad Shakir. - CARI |