(sumber: Internet)
Kalau dahulu, apa-apa saja makanan yang ditambahkan "cheese" atau keju pasti menjadi kegilaan ramai. Namun, kini fenomena "salted egg" atau telur masin pula menjadi pilihan rakyat Malaysia di seluruh negara apabila pelbagai rangkaian makanan popular berlumba-lumba mempromosikan perasa telur masin di dalam hidangan mereka.
KFC, McDonalds malahan Domino Pizza juga turut tidak kentinggalan mengeluarkan perasa telur masin di dalam menu mereka, baru-baru ini.
(sumber: Internet)
Sebelum ini, kita hanya boleh melihat keropok kulit ikan perasa telur masin yang dijual di pasar raya. Dan ia amatlah digemari kaum Cina. Kini, keropok kentang, nugget, tempura, kesemuanya boleh didapati di dalam perasa telur masin dan ianya bukanlah pemandangan yang asing lagi!
(sumber: Internet)
Malah, anda juga boleh mendapatkan mi segera keluaran Indomie yang turut mengeluarkan perasa telur masin yang khabarnya laku keras di Malaysia! Mi segera ini dengan mudahnya menjadi mi segera kegemaran penulis ketika ini! Rasa telur masinnya yang kuat dan enak pasti menjadi kegemaran anda juga!
(sumber: Internet)
Apa macam? Sudahkan anda merasa makanan-makanan di atas? Yang manakah menjadi kegemaran anda? - CARI |