Jumlah korban serangan tembakan masjid di Christchurch, New Zealand kini mencatatkan angka kematian seramai 49 orang. Manakala, yang cedera parah adalah 20 orang.
Jumlah mangsa yang masih lagi dalam perkiraan ini adalah disebabkan kejadian tembakan di dua buah masjid iaitu Masjid Al Noor dan Masjid Linwood.
Menurut salah seorang pelajar Malaysia yang berada di salah sebuah universiti berkenaan, jumlah suspek kesemuanya adalah 12 orang. Bersama dengan dua biji bom yang dijumpai polis, keadaan bandar Christchurch kini dalam kucar kacir.
Tembakan Di New Zealand, Kenapa Penembak Digelar Sebagai Gunman Bukan Terrorist?
Ditambah pula dengan kenyataan daripada Senator Fraser Anning yang bersifat Islamophobia, ramai umat Islam sedunia menyatakan ketidak senangan mereka terhadap tindakan senator Queensland itu.
Tapi, yang paling tidak boleh diterima akal, kenapa media barat seperti CNN menggelar para penyerang sebagai 'gunman' (penyerang bersenjata) dan bukannya pengganas?
Jika berita mengenai penyerang beragama Islam, laju sahaja mereka melabelkannya sebagai pengganas. Kenapa tidak pada penyerang kali ini? Adakah kerana CNN turut mempunyai fahaman Islamophobia?
Jika anda melakukan carian di laman Google berkenaan tragedi berdarah ini, pasti akan terjumpa tajuk berita panas sebegini.
Disyaki sebagai salah satu bentuk penindasan agama, mereka melihat bahawa sebagai media barat, merekalah yang paling berkuasa jika dibandingkan dengan yang lain.
Tembakan Di New Zealand, Kenapa Penembak Digelar Sebagai Gunman Bukan Terrorist?
Tambahan pula, serangan ini sebenarnya tidak wajar digelar sebagai tembakan rambang. Sedangkan hakikatnya, para penyerang bersenjatakan senapang seakan sudah merancang serangan itu terlebih dahulu.
Jika tembakan secara rambang, pastinya mereka tidak akan merakamkan secara live dan sempat menulis manifesto sebanyak 74 helai, kan? - CARI |