CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 27-9-2023 09:53 PM | Show all posts
Bekas pelajar – pelajar Sekolah Sri Bangsar berkumpul kembali! Kali ini, kesemuanya sudah meningkat usia 28 tahun. Ada yang sudah berumah tangga seperti Farah dan Fahrin. Ada yang masih tercari-cari matlamat hidup seperti kebanyakan ahli The Wannababes yang lain. Semua menumpang gembira dengan kebahagiaan Fasharina binti Tan Sri Hisham yang mahu mengikat tali perkahwinan dengan Amir. Oleh itu, rancangan dan persiapan mula rancak dibuat.

Namun, tiada sesiapa menyangka pada saat akhir bahagia, Syarikat Impiana Sdn. Bhd. menjelma kembali! Kali ini, syarikat itu kekal bergerak walaupun berada di bawah pengawasan ketat pihak polis. Masih dengan misi dan mottonya yang sama iaitu mahu merealisasikan impian kliennya dalam masa tiga bulan walau dengan apa-apa pun cara. Semua bagaikan terlupa ada lagi tiga orang bekas pelajar Sri Bangsar yang belum bebas daripada cengkaman iaitu:

Nana Ilyana binti YusmanMohd

Faezal bin Rahiman

Fasharina binti Tan Sri Hisham

Ketiga-tiganya masih diburu, dikejar dan direncanakan untuk menerima pembalasan. Dapatkah mereka melepaskan diri dan mampukah mereka menumpaskan organisasi yang sebesar Syarikat Impiana?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2023 04:49 PM | Show all posts
Novel Impiana Finale menemui pembaca,

Karya penutup fasal impian manusia,

Kisah Tengku Affin dan Ina yang hampir bertemu bahagia,

Ada juga kisah Fazura yang tetap mahu memikat menggoda.


Linda kini dalam dilema,

Mengalami fenomena mata ala-ala misteri nusantara,

Masa hadapannya juga perlu dicorak semula,

Setelah tidak menjadi pendidik anak bangsa.



Impian Mimi Monira bagaimana pula?

Sudah dapat badan sekurus kerengga,

Tetapi hatinya kosong tidak terkira,

Mungkinkah Syazel tercipta untuknya?



Shasha dan Nana sama misinya,

Mengejar kejayaan kareer sebagai bukti kepada keluarga,

Namun sehingga kini masih solo tiada teman tapi mesra,

Mujur The Wannababes sentiasa ada menceriakan suasana.



Amir dan Fasha meniti hari menuju bahagia,

Bersiap mahu berkongsi hidup selama-lama,

Pada masa yang sama, semua menunggu tarikh yang mendebarkan dada,

Tarikh utama perbicaraan Syarikat Impiana.


Apakah nasib Syarikat Impiana?

Apakah penghujung impian semua watak yang ada?

Ketahui segalanya dalam pelabuh tirai siri terakhir novel Impiana!




yay ... finale!!




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2023 10:54 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 4-10-2023 10:56 AM

Bagi Nitara, dia hanya seorang manusia biasa tanpa sebarang keistimewaan. Malah, diuji dengan pelbagai kekurangan, dia tercari-cari arah hidupnya, sehinggalah takdir menentukan berlaku insiden yang membawanya ke satu alam yang tidak disangkanya benar-benar wujud, di mana dia dipertemukan dengan Andika, Ganda, Taming, Arga, Mantrin dan Genta, yang diasuh dan diketuai oleh Tok Tua. Gandera, sebuah negeri yang wujudnya hanya disangka adalah sebuah khayalan atau mitos, berdiri megah sebagai satu pertahanan bagi Tanah Melayu, menggalas tugas yang diamanahkan kepadanya, iaitu bagi menentang Sabdo Palon dan kuncu-kuncunya, yang sudah bersumpah akan menghancurkan Islam di nusantara apabila tiba tempohnya. Kisah yang tercatat di dalam jangka Sabdo Palon itu rupanya memang benar, dan pertembungan itu sebenarnya sedang menanti hari untuk terjadi. Tanpa sangka, Nitara terjebak di dalam kemelut itu, dan tidak sekali pernah dijangkanya, bahawa dia berada di tengah-tengah konflik itu sebagai satu elemen utama. Kecacatan dan kekurangannya rupanya adalah kunci kepada segalanya. Sungguh lagi nyata bahawa tiada sesuatu yang Allah jadikan, adalah sia-sia.
Bagaimana kesudahannya pertembungan di alam bunian yang ghaib itu? Siapa Tok Tua sebenarnya? Apa hubungannya dengan Tok Uban? Apakah Si Gumum dan sifat bengkengnya akan mampu membantu perjuangan mereka? Apa pula kaitan Nyi Gadung Melati dan Gandera itu sendiri? Siapakah wanita ini, yang memuja Sabdo Palon sebagai dewanya, tapi pada masa yang sama, punya perseteruan dengan Nyi Roro Kidul, anak kepada Sabdo Palon sendiri? Apakah Jentayu dan Rajawali sanggup membantu Gandera dan angkatan Bhayangkaranya? Dan apakah pula peranan keris hijau kerajaan Melayu itu?
Santai dalam penceritaan dengan babak-babak yang mampu membuatkan anda tersenyum sendiri, namun padat dengan falsafah, sejarah dan pengajaran, yang mampu membangkitkan rasa rindu anda pada asal-usul dan akar budaya bangsa. Adalah satu kerugian jika kisah ini tidak diangkat sebagai sebuah bacaan wajib anda. KERSANI..sebuah kisah yang meletakkan dunia Melayu setaraf dengan dunian ciptaan seperti di dalam kisah-kisah Lord of The Ring atau Harry Potter, terjalin daripada inspirasi anak Melayu sendiri.




baca kali kedua sebab Kersani II : Bantara Sukma dah keluar
boleh cari kat shopee ... harga RM 55 ...
ada free shipping
Kersani sudah out of stok tunggu reprint ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2023 06:41 AM | Show all posts
Bersambung daripada KERSANI, KERSANI II: BATARA SUKMA menelusuri kesinambungan perjuangan Nitara dan Andika serta saudara-sauara mereka, Taming, Mantrin, Arga, Ganda dan Genta, bersama-sama Parmawira Gandera yang baru, Tok Uban dalam berjuang menentang angkatan batil yang dipimpin Sabdo Palon. Kembali ditolak ke dalam mokhsanya, peperangan Sabdo Palon untuk mengembalikan alam Melayu kepada agama leluhur dan memusnahkan Islam kini diteruskan oleh anaknya, Roro Kidul. Roro Kidul yang licik tidak mengetengahkan dirinya secara terus, sebaliknya menggunakan watak-watak lain seperti Sangkara dan Magerang, yang didorong ketamakan mereka sendiri. Kali ini, peperangannya bertumpu dalam usaha melindungi Gandera sendiri, terutamanya dengan kembalinya Kartadimejo dan Saktimuna yang telah dihidupkan semula oleh Roro Kidul. Sangkara dengan ilmu hitamnya telah menggunakan ilmu hitam yang amat tinggi tahapnya, Batara Sukma, untuk mencuri Sukma Nitara, lalu menjatuhkan semangat Andika sebagai Raja negeri.






my next book
hohoho ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2023 03:48 PM | Show all posts
Hikayat Iskandar Zulkarnain (Ḥikāyat Iskandar Dhū l-Qarnayn) adalah sebuah teks sastera klasik Melayu yang mengolah watak Iskandar Zulkarnain sebagai seorang pahlawan yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim. Teks hikayat yang disusun ini didasarkan atas micro-card Codex Orientalis 1696, yang diperoleh oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dari Perpustakaan Universiti Leiden, di negeri Belanda, merupakan salah satu hikayat dari rumpun-rumpun hikayat mengenai Iskandar Zulkarnain. Jenis hikayat ini mempunyai dua resensi, iaitu resensi Sumatera dan resensi Malaya dan hikayat yang penyusun jadikan bahan kajian ini berasal dari resensi Malaya.
Adalah sukar hendak diduga atau hendak dipastikan bilakah zamannya kisah Iskandar Zulkarnain ditulis dalam bentuk hikayat dan menjadi hasil sastera lama Melayu, dan sukar juga hendak diduga bahawa Hikayat Iskandar Zulkarnain sudah tercipta sezaman dengan Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Walaupun demikian, tidak boleh diragu-ragukan lagi bahawa kisah Iskandar Zulkarnain yang agung itu telah sampai kepada pengetahuan orang Melayu semenjak beberapa kurun yang telah lalu. Hal ini terbukti dengan adanya beberapa orang raja Melayu yang memakai nama Iskandar, misalnya Permaisuri Iskandar Syah, Raja Bentan, Sultan Iskandar Syah, Raja Melaka yang mula-mula, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam atau Iskandar Muda Johan Berdaulat, Raja Acheh, dan lain-lain lagi.
Permulaan daripada setengah-setengah hikayat Melayu lama ada menyebut tentang tokoh Iskandar Zulkarnain, malahan tokoh Iskandar Zulkarnain ini dianggap sebagai nasab raja-raja Melayu. Dalam buku Sejarah Melayu juga dikatakan bahawa keturunan raja-raja Melayu berasal daripada Iskandar Zulkarnain. Bukan sahaja di Timur, bahkan di negeri-negeri Barat juga tokoh Iskandar Zulkarnain ini dianggap sebagai nasab sekalian raja-raja. Dalam kesusasteraan Melayu, Iskandar Zulkarnain dianggap sebagai pahlawan Islam yang mengembangkan agama Nabi Allah Ibrahim. Dalam mengembangkan agama itu, Iskandar Zulkarnain dibantu oleh Nabi Allah Khidir yang menjadi penasihat dan pengiring baginda.
Dalam zaman pembangunan dan dalam menegakkan kebudayaan nasional kita seperti keadaan hari ini, kita seharusnya memberi perhatian yang berat terhadap kesusasteraan lama kita, dan penyelidikan dalam segenap bidangnya harus dijalankan, Mengenai Hikayat Iskandar Zulkarnain, penyelidikan dalam bidang sejarah mungkin dapat dilakukan, sekurang-kurangnya untuk menentukan sejauh manakah Iskandar Zulkarnain dapat dihubungkan sebagai nasab raja-raja Melayu.
Dari sudut kesusasteraan pula, harus kita kaji hubungan antara kebudayaan Melayu dengan kebudayaan asing seperti kebudayaan Arab, Parsi dan India dengan tujuan memperlihatkan keperibadian Melayu sendiri. Di samping itu, perlu juga ditinjau dari sudut penyebaran agama Islam dan sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Hikayat Iskandar Zulkarnain jika dibandingkan dengan Hikayat Iskandar Zulkarnain misalnya. Dalam buku Sejarah Melayu, dikatakan bahawa hulubalang-hulubalang Melaka membaca Hikayat Amir Hamzah dengan maksud supaya menaikkan semangat untuk menentang Portugis pada hari esoknya.
Diharap adanya Hikayat Iskandar Zulkarnain membawa erti bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka dapat memberikan lagi sumbangan kepada masyarakat terutama dalam bidang kesusasteraan sebuah hikayat yang boleh dikatakan terkemuka antara hasil-hasil kesusasteraan Melayu lama.

mula baca 27/10/23
mmm kalau dah nama hikayat .. berbunga sungguh jalan cerita
tapi so far boleh terima ..
tertanya .. adakah Jerjis ni adalah Xerxes, Raja Cyprus?
then raja apa namanya ... incest dengan anak perempuan dia
dapat anak .. tapi .. tak sure lelaki ke tidak
sebab lahir anak perempuan tapi tetiba lelaki .. (i confuse sikit)
sebab anak perempuan tak nak takhta diambil orang
dia buang anak dia ke sungai (dah macam nabi musa a.s) ... tapi diberi segala macam ..
orang yang dapat anak tu dijaga sebaik mungkin ..
then anak tu diberi nama Darab .. kemudian jadi Raja Darab
Darab ni jatuh cinta dengan anak puteri tapi mulut anak puteri tu berbau nak mateyyy
so dia suruh tabib ubatkan .. lepas ubatkan .. mmm dah tak cinta then nampak lagi seorang puteri kot
kahwin dan dapat anak lelaki
then anak puteri yang mulut dah tak berbau busuk dapat anak ...
so anak tu dinamakan Iskandar ....
then dia bertemu dengan Nabi Khindir ...
Nabi Khindir telah convert Iskandar menjadi orang Muslim
dan mereka berdua bersama berjuang untuk menyebar agama Islam ...
and semasa menyebar ... Iskandar jumpa dengan adik tiri dia
ayah dia tak bagi mak Iskandar beritahu siapa ayah dia siapa adik dia
at the end bila perang .. Iskandar bunuh adik dia sendiri ...
so sekarang Iskandar jelajah dari negeri ke negeri .. benua ke benua
untuk sebar agama Islam ...

kira Nabi Khindir jadi orang perutusan antara raja bukan Islam dengan Raja Iskandar
Nabi Khindir cabar raja kafir untuk minta pertolongan dengan patung berhala
beria benar ler raja ni dok sembah puja ... tapikan .. syaitan yang lepak kat patung berhala lari macam lipas kena kudung
bila diorang tahu Nabi Khindir datang ... lari bye bye ya ... takde toleh belakang dah
bila patung berhala takde respon raja pun stress ... and the end diorang pergi musnahkan patung berhala
sebelum upacara puja patung Nabi Khindir tanya .. kenapa patung dibina? dari bahan apa?
kira dia tanya kenapa wujudnya patung berhala tu? kalau dia tuhan kenapa manusia yang cipta?





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 12:31 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 27-10-2023 03:48 PM
Hikayat Iskandar Zulkarnain (Ḥikāyat Iskandar Dhū l-Qarnayn) adalah sebuah teks sastera klasik Me ...

You ada library kat rumah ke? Biasa beli new atau used books? Dlm sehari brp jam spend masa utk membaca? Impressed sgt dgn number of books yg uol dah baca

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-10-2023 11:27 AM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 28-10-2023 12:31 AM
You ada library kat rumah ke? Biasa beli new atau used books? Dlm sehari brp jam spend masa utk me ...

library? entah ... hahah
sebab dah penuh ..
both - new & used books
selalu sejam dalam train pergi balik kerja
kalau penat sangat time pagi baca ..
kat rumah tengok lah sempat ke tidak
takde lah banyak sangat ... tahun ni so far belum cecah 50 buku pun

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:14 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 28-10-2023 11:27 AM
library? entah ... hahah
sebab dah penuh ..
both - new & used books

I baru habis buku ke 2 utk tahun ni...ni bila betul2 fokus membaca la...if not always side tracked..put it down and then forgotten




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2023 09:47 AM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 2-11-2023 08:14 PM
I baru habis buku ke 2 utk tahun ni...ni bila betul2 fokus membaca la...if not always side tracked ...

ok lah tu ...
as long awak enjoy the reading
tak enjoy simpan buku tu elok-elok
then kata nanti kita baca ek ...
hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2023 07:38 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 7-11-2023 07:40 AM

Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci,
lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana ada hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.







baca Kelabu balik sebab nak baca Kelabu 2 nanti
buku iskandar zulkarnain rehat kejap


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 12:25 AM | Show all posts
Edited by cmf_jeangrey at 10-11-2023 04:35 AM

A crime fiction delivered with British wit and humor..book 1 of 4...first time baca crime fiction because i usually go for contemporary drama




In a peaceful retirement village, four unlikely friends meet up once a week to investigate unsolved murders. But when a brutal killing takes place on their very doorstep, the Thursday Murder Club find themselves in the middle of their first live case.

Elizabeth, Joyce, Ibrahim and Ron might be pushing eighty but they still have a few tricks up their sleeves. Can our unorthodox but brilliant gang catch the killer before it's too late?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2023 10:08 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 18-11-2023 10:13 AM

#1 Kru Paranormal: Baphomet


“Apa istilah cerita mistik yang disebarkan melalui sosial media ni? Lupa aku,” tanya Huda.


“Creepypasta! ” jawab Zamir. “Di Malaysia pun ada sekarang.”

“Kisah creepypasta Malaysia? Slender Man versi Malaysia? Hantu galah ke?” tanya Huda separuh berseloroh.

“Bukan,” jawab Zamir. “Hantu kepala kambing.”

Imtiaz dan Huda mengekek ketawa.

Imtiaz, Zamir dan Huda, tiga sahabat yang mengendalikan saluran YouTube mereka sendiri bernama Kru Paranormal, yang memfokuskan pada kisah-kisah misteri dan mistik. Tanpa disangka, perbualan mereka bertiga tentang hantu kepala kambing menjadi perbualan terakhir mereka bersama apabila Zamir terkorban dalam satu letupan feri.

Imtiaz yang berada di tempat kejadian sempat merakam seorang pemuda memanjat bumbung feri itu. Setelah meneliti rakaman itu, didapatinya ada bayangan manusia berkepala kambing di sisi pemuda itu sebelum letupan berlaku. Mayat Zamir ditemui, namun Huda sering menerima panggilan telefon daripada Zamir yang mengatakan dia tersesat dan tidak tahu di mana dia berada. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Sementara itu, Inspektor Rahil tidak menyangka kes letupan feri ini membuatkannya terpaksa menghadapi semula kegagalan masa lampau. 17 tahun lalu, dia telah gagal menyelamatkan anak Encik Halim, dan kini, dia perlu berhadapan semula dengan lelaki itu untuk membawa berita malang seorang lagi anaknya, Zamir. Maruahnya sebagai pegawai polis perlu ditebus semula. Bersama-sama Koperal Darina, penyiasatan mereka membongkar sesuatu yang tak masuk dek akal, dan ada suatu kuasa yang menakutkan sedang mencaturi banyak nyawa tanpa sedar.




#2 Kru Paranormal: Hantu Misi


“Mangsa bernama Farina. Berusia enam belas tahun. Masih bersekolah. Ibu dan ayahnya meninggalkan dia bersendirian di rumah pada jam dua petang tadi dan kembali ke rumah dalam jam lapan malam,” lapor Koperal Darina.
Inspektor Rahil menghampiri mayat gadis itu dan meneliti keadaannya. “Kesan kelar di leher, dan tidak ada banyak darah menitis di lantai. Sama dengan kes hantu misi?”

“Ya, tuan,” jawab Koperal Darina.

“Jadi, kita ada kes pembunuh bersiri,” kata Inspektor Rahil sambil mengenakan cermin mata hitamnya.

* * *
Bandar raya Johor Bahru dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan gadis-gadis sunti. Kecoh di media sosial kononnya ia angkara hantu misi apabila ada saksi yang mendakwa melihat kereta berwarna putih yang dipandu seorang wanita berpakaian jururawat di tempat kejadian. Kononnya hantu misi ini adalah seorang wanita yang wajahnya menjadi buruk kerana melanggar pantang ilmu hitam yang dipelajarinya untuk menjadi lebih cantik. Untuk memulihkan wajahnya, dia perlu membunuh dan meminum darah sembilan anak dara sunti.

Kisah hantu misi yang popular di Internet menarik Imtiaz untuk menjadikannya sebagai bahan dalam saluran YouTube Kru Paranormal. Dia memulakan penyiasatannya sendiri, dan ia membawa kepada pertemuannya dengan seorang gadis, yang tanpa pengetahuannya, dihantui oleh lembaga manusia berkepala kambing.

Dapatkah Inspektor Rahil dan Koperal Darina, dengan bantuan Imtiaz menghentikan kes pembunuhan bersiri ini dan mencari dalangnya yang bertanggungjawab?


#3 Kru Paranormal: Imaginary Friend

“Mak Uda kenal tak dengan budak lelaki bernama Ajin?” tanya Khairil.

“Dulu, masa kamu kecil dan selalu datang ke mari, kamu selalu bercerita tentang kawan kamu bernama Ajin,” beritahu Mak Uda Siah.
“Pada mulanya kami ingat memang betullah kamu ada kawan bernama Ajin. Tapi lepas tu baru kami sedar, Ajin ni rupa-rupanya kawan khayalan kamu saja,” sampuk Pak Uda Hamdan.
“Kami selalu nampak kamu bercakap seorang diri dan membahasakan orang yang kamu berlawan cakap tu sebagai Ajin. Tapi bila kamu dah semakin besar, kamu pun berhenti bercakap seorang diri,” ujar Mak Uda Siah.
Khairil berasa pelik kerana dia juga terasa seperti pernah bertemu dengan Ajin sebelum ini. Benarkah Ajin ini hanyalah rakan khayalannya?

Setelah sepuluh tahun merantau ke Australia, Khairil pulang ke kampung halamannya kerana ibunya, Mak Hajah Munah sakit. Sewaktu menjaga ibunya, Khairil sering mengalami kejadian aneh. Malah, pak ciknya memberitahu ibunya sering hilang dari rumah, tetapi muncul semula beberapa hari kemudian, sedangkan ibunya sedang sakit dan tidak mampu bergerak.

Terdengar juga cerita-cerita jahat yang menuduh ibunya mengamalkan ilmu hitam dan dia tidak boleh mati selagi ilmu itu tidak diturunkan kepada pewaris seterusnya. Khairil juga sering bertemu dengan seorang budak lelaki bernama Ajin di kawasan rumahnya dan Ajin mendesak Khairil agar mencabut nyawa ibunya. Khairul menjadi bingung, dan ada masanya dia tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan.

Siapakah Ajin? Apa kaitan Ajin dengan perlakuan pelik ibu Khairil? Dan benarkah Mak Hajah Munah mengamalkan ilmu hitam?

Dalam kes ini, Darina menjumpai sesuatu yang memeranjatkan!




#4 Kru Paranormal: Shadow People

“Saya selalu nampak makhluk hitam menyerupai bayang-bayang. Makhluk tu berjari tajam macam pisau dan cuba menikam saya, bang,” cerita Ajin.

“Ini makhluk bayang-bayang yang sama yang kamu kata bawa lari Tam?” tanya Ehsan.

“Ya….” Ajin mengangguk.

“Makhluk tu yang muncul dalam mimpi kau?” tanya Ehsan.

“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.

“Kadang-kadang dalam mimpi. Kadang-kadang saya nampak betul,” Ajin berterus terang. Ehsan menelan liur. “Sejak Tam hilang, bayang-bayang hitam tu lebih kerap menunjukkan diri. Dia macam mahu membunuh saya,” kata Ajin.

* * *


Ajin dan abangnya, Aloy melarikan diri daripada ibu kandung serta ayah tiri mereka yang selalu mendera mereka. Sewaktu meninggalkan rumah ibunya, Ajin melihat kelibat bayang-bayang hitam. Sejak dari itu, makhluk itu sering menunjukkan diri di hadapan Ajin. Dan setiap kali ia muncul, pasti akan ada orang-orang yang rapat dengannya mati.

Setelah beberapa tahun berlalu, Ajin hidup bergelandangan dan bersahabat dengan Tam. Suatu malam, bayang-bayang hitam itu muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri. Dan dalam masa yang sama, Tam pula hilang.

Ehsan, seorang pemuda yang baru dikenali cuba membantu Ajin. Namun siasatan Ehsan telah membongkar rahsia di sebalik kemunculan bayang-bayang hitam itu dan juga kejadian bunuh yang sering berlaku dalam kalangan orang-orang yang rapat dengan Ajin.

Dalam masa yang sama, muncul Maimunah yang kematian anak lelakinya, Aril yang sebaya dengan Ajin. Maimunah memerlukan pertolongan Ehsan, yang melibatkan Ajin. Apakah rahsia di sebalik bayang-bayang hitam itu dan apakah agenda sebenar Maimunah?


#5 Kru Paranormal : Hantu Kilang Lama

“Dulu, sekumpulan budak-budak muda dari KL datang sini cari kilang lama tu. Bila jumpa, mereka bermalam di kilang tu sebab nak rakam suasana tempat tu pada waktu malam. Tapi, katanya sampai sekarang mereka tak dijumpai. Hilang macam tu saja. Tak tahulah betul ke tidak cerita tu,” beritahu Pak Man.

“Ah, konon cerita budak-budak tu datang ke kilang lama tu sebab nak berpesta pora, bercampur jantan betina tak ada batasan. Agaknya tercabarlah hantu puaka kilang tu bila dia tengok budak-budak tu perangai lebih puaka daripada dia,” ujar Pak Rok pula.

* * *

Kru Paranormal menjejaki sebuah kilang lama di Jeram, Kuala Selangor, lokasi mistik yang sukar ditemui namun selalu disebut dalam kalangan peminat aktiviti paranormal. Rancangan awal mereka hanyalah untuk merakam persekitaran kilang itu, namun disebabkan kereta Zamir tiba-tiba mengalami masalah, mereka terkandas di tempat itu.

Pada tengah malam, Imtiaz diganggu dua lembaga yang hampir hangus. Kemudian dia menjumpai bangunan asrama yang hampir runtuh kerana terbakar, yang menyimpan banyak misteri dan kisah tragis penghuninya.

Dapatkah Kru Paranormal membongkar misteri kilang lama dan asrama yang terbakar itu? Apakah kaitannya tempat ini dengan pelbagai kes pembunuhan hilang kepala di Johor sebelum ini? Ada tragedi besar yang menimpa Kru Paranormal. Adakah mereka akan kembali sama seperti dahulu?



** layan kru paranormal sepanjang MC dan masa lepak kat wad
so memang menarik .. dan memang gila ..
tu jer la mampu cakap
ada lagi belum habis
buku ni ada 12 siri .. baru layan buku #5
nak tahu sangat siapa manusia kepala kambing ni ...










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2023 06:17 PM | Show all posts
#6 Kru Paranormal : Hantu Jarang Gigi



“Dari dulu lagi banyak orang cerita kononnya terserempak dengan makhluk berbulu lebat dan berbadan besar, berjalan-jalan di dalam hutan. Tapi setahu aku, tidaklah pula dia mengganggu orang. Kecuali ada juga khabar angin hantu gigi jarang ni menculik anak dara orang asli sebab dia berkenan dengan anak orang asli tu,” cerita Ridhuan.

Ghazali terdiam. Dia tidak menyangka Malaysia juga mempunyai versi makhluk seperti bigfootnya yang tersendiri. Kalau di barat ia dikenali dengan pelbagai nama. Bigfoot, sasquatch, yeti, skunk ape dan pelbagai lagi nama. Namun di sini ia popular dengan nama hantu jarang gigi.

* * *

Misteri kehilangan beberapa gadis remaja di daerah Bekok telah menimbulkan kegusaran penduduk tempatan. Malah, cerita yang mengaitkan kehilangan gadis-gadis remaja ini yang kononnya diculik oleh hantu jarang gigi telah menambahkan sensasi kes ini.

Adam yang cacat pendengaran dan buta sebelah matanya baru sahaja berpindah ke Bekok mengikut ayahnya, seorang renjer hutan. Adam bersahabat dengan Shukor dan Amri. Kerana kes kehilangan gadis-gadis ini sedang panas, Shukor dan Amri merancang masuk ke dalam hutan Endau Rompin untuk mencuba nasib mencari mereka. Untung-untung mereka dapat wang ganjaran jikalau berjaya.

Namun, sewaktu di dalam hutan, mereka menemui sesuatu yang tidak dijangka. Amri pula telah hilang dan Shukor cuba menebus rasa bersalahnya atas kehilangan Amri. Dalam pada itu, Adam sering melihat sesuatu yang menggerunkan berhampiran seorang pemuda yang tidak waras bernama Nazri yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Benarkah hantu jarang gigi ini wujud dan gadis-gadis ini diculik olehnya?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 08:02 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 19-11-2023 08:05 PM

#7 Kru Paranormal: Upacara Helang Darah

Imtiaz dapat merasakan yang Zamir menyalahkannya atas kematian Huda. “Aku cuba buat apa yang termampu. Pada masa tu Huda sudah dianggap suspek kes pembunuhan mak dan nenek kau, Zamir. Aku tak boleh buat apa-apa,” dia menjelaskan.
Zamir menghampiri Imtiaz dengan riak jengkel dan berang membuatkan Imtiaz gementar. “Kalau aku ada, aku takkan benarkan semua ini berlaku!” tegasnya.
Selepas berbulan-bulan dilaporkan hilang, Zamir muncul kembali setelah membongkar rahsia hitam keluarganya. Kini dia sudah mengerti semuanya. Apakah yang telah didedahkan arwah ayahnya dalam rakaman video yang diberikan Jagjit Singh sebelum KRU PARANORMAL mencari kilang lama di Jeram? Bagaimanakah hubungan Zamir dan Imtiaz setelah kematian Huda? Apakah masih ada lagi KRU PARANORMAL?
Detektif Aris menjumpai satu mayat tergantung dalam keadaan mengerikan dalam sebuah banglo tinggal. Mangsa telah diseksa dengan kaedah seksaan bangsa Viking yang amat kejam. Siapa yang melakukannya dan kenapa? Lebih memeningkan, Koperal Darina yang menyiasat kes itu mendapati terdapat satu kes lama berusia 30 tahun di mana seorang wanita dibunuh dengan kaedah yang sama dan penjenayah yang melakukannya pula telah disahkan mati dalam kemalangan. Adakah pembunuhnya masih hidup atau ada generasi baharu yang menyambung legasinya?

Imtiaz mendapat maklumat nyawa Darina dalam bahaya. Siapakah atau apakah yang mengancam Darina? Mampukah Imtiaz menghalangnya atau Darina akan menerima nasib yang sama seperti Huda?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 08:07 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 19-11-2023 08:12 PM

#8 Kru Paranormal: Draugr
“Masa aku kemalangan jalan raya di Sweden dulu, doktor telah mengisytiharkan aku mati. Tapi sejam kemudian doktor dapati aku bernafas kembali. Sejak dari itu kawan-kawan aku menggelar aku Draugr,” cerita Jai.
“Draugr? Apa tu?” tanya Sardon.
“Draugr ni hantu dalam budaya Skandinavia. Manusia yang hidup semula setelah mati. Lebih kurang macam zombi. Tapi Draugr ni kadang-kadang boleh berubah rupa. Kadang-kadang jadi kucing hitam, anjing hitam atau kambing hitam,” jelas Jai.
* * * * *
Setelah mengalami kemalangan jalan raya yang menyebabkannya mati selama sejam, Jai sering bermimpi sebuah menara tangki air di tengah-tengah kawasan perumahan elit yang sedang dibangunkan. Dan dalam setiap mimpi itu, dia dapat mendengar bunyi ketukan besi penuh amarah dari puncak menara itu.
Apabila tamat pengajiannya di Sweden dan kembali ke Malaysia, Jai menubuhkan kumpulan muzik metal yang dinamakan Al Jassasah. Sikapnya yang tidak mahu bekerja dan cuma mementingkan muzik membuatkan ibu dan ayahnya, Datuk Hisham dan Datin Norin pening kepala. Bagaimanapun, hidup Jai yang bebas tanpa kerunsingan mula berubah apabila Al Jassasah mula kehilangan ahli, dan Baphomet muncul di hadapannya…

Polis menjumpai mayat-mayat yang telah dibunuh dengan kejam menggunakan kaedah seksaan kuno Viking dan semua siasatan menjurus ke arah Jai. Namun, apakah benar Jai Sjalsatare yang melakukannya? Apakah rahsia di sebalik mimpi Jai tentang menara tangki air itu? Dan sekali lagi Ehsan memainkan peranannya mencaturi hidup manusia. Apa sebenarnya matlamat yang mahu dicapainya?



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2023 08:24 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 19-11-2023 08:27 PM

#9 Kru Paranormal: Hantu Air
“Wai Hung, kau perasan tak?” tanya Siu Lun dengan suara yang hampir berbisik.
“Perasan apa?”
“Kesemua mayat-mayat ini membengkak seolah-olah mereka dah beberapa hari mati,” beritahu Siu Lun. Wai Hung mula menyedari hal itu. Namun kesemua mereka baru hilang malam tadi. Aneh!
* * *
Siu Lun, seorang anggota Parti Komunis Malaya terpaksa kembali ke dalam hutan Ulu Kinta atas arahan komandernya, Tsui Ka Long, meninggalkan kehidupan mewahnya di bandar Ipoh. Dia sudah terlupa betapa getir dan payahnya kehidupan di dalam hutan. Sehinggakan ada masanya dia juga terlupa yang dia adalah anggota Parti Komunis Malaya.
Markas lama mereka sudah tiada kerana diserang pasukan polis, dan markas baru telah dibangunkan berhampiran sebuah tasik. Namun tasik itu amat misteri kerana seorang perempuan berambut panjang sering kelihatan timbul di tengah-tengah tasik itu. Wai Hung, rakan Siu Lun percaya perempuan berambut panjang itu adalah May Li, anggota pasukan PKM yang ditembak oleh ahli pasukannya sendiri. Dan Wai Hung percaya roh May Li tidak tenang dan kini mahu menuntut bela. Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa orang anggota PKM ditemui mati terapung di tasik tersebut.
Dalam satu serang hendap, Wai Hung dan Siu Lun telah berjaya membunuh seorang anggota pasukan keselamatan. Namun sejak dari itu, tragedi sering menimpa markas mereka dan seorang demi seorang rakan-rakan mereka mati dibunuh. Siapa yang melakukannya? Apakah ada pengkhianat dalam kalangan mereka? Atau, adakah ia angkara perempuan dari dalam tasik itu?

Nang bo ti nang, kui bo ti kui.


#10 Kru Paranormal: Keranda Terbang

“Apa yang kau berdiri saja di depan pintu? Pergi masuk, tunggu jenazah, baca Yasin!” suruh Pak Samsul apabila melihat Shaari merenungnya dengan renungan sayu.

“Tak boleh ke saya ikut Pak Sam?” tanya Shaari.

“Kalau kau ikut aku, siapa yang nak jaga jenazah?” soal Pak Samsul.

“Orang dah mati buat apa nak dijaga? Bukannya dia nak pergi pasar malam pun!” bidas Shaari.

* * *

Mak Wok, seorang bidan kampung ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Kepalanya hilang, dan gagal ditemui. Setahun kemudian, berlaku beberapa kematian misteri. Menurut saksi, sebelum mangsa-mangsa menemui maut, mereka telah melihat kemunculan keranda terbang. Ia dikaitkan dengan Mak Wok apabila Adam, seorang remaja bisu yang memiliki kemampuan deria keenam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan terbongkar dan mayat Mak Wok pula hilang.

Sementara itu, Ghazali, ayah angkat Adam berasa kurang senang dengan sikap Ehsan dan keluarganya yang sangat baik terhadap Adam. Dia merasakan ada sesuatu yang keluarga itu sembunyikan. Sebaliknya, Adam pula berasa senang dengan perhatian yang diberikan.

* * *

“Kebencian itu realiti… kebencian itu realiti… tahukah kau mereka membenci kau?” ujarnya sebelum berundur sambil menjeling.

Bersedia dengan kisah asal di sebalik lembaga berkepala kambing yang memakai sut!


#11 Kru Paranormal: Kolam Dewa
“Kau cerita yang kau bermimpi kolam tu minta dijamu. Mungkin apabila darah ular sawa yang kau tetak tu masuk ke dalam kolam, ia dianggap sebagai jamuan kepada kolam tu. Itu menjadikan tanaman penduduk kampung subur. Dah setahun berlalu, tanaman penduduk kampung kembali tak menjadi. Mungkin kolam tu perlu dijamu lagi?” ujar Muin.
“Kau percayakan benda-benda macam tu? Syirik, Muin!” tegur Salleh.
* * * * *
“Aku cuma katakan saja,” balas Muin sambil menggaru kepala.

“Hish! Mengarut semua tu. Apa yang berlaku semuanya kehendak Tuhan. Tak ada kena-mengena dengan kolam tu!” tegas Salleh.

Tahun 1863.
Salleh, penghulu muda Kampung Sungai Cerah yang baru dibuka bingung apabila tanah kampung itu tidak lagi subur, tanaman tidak menjadi dan ternakan banyak yang mati. Lebih malang lagi apabila penduduk kampung terpaksa berhadapan dengan ancaman harimau liar.
Salleh mengalami mimpi pelik, dua kanak-kanak mendakwa mereka adalah anak-anaknya yang telah meninggal suatu ketika dulu. Mereka menyatakan, jika Salleh mahu mengubah nasib Kampung Sungai Cerah, maka Salleh dan penduduk kampung harus menjamu sebuah kolam yang dipanggil Kolam Dewa.

Apabila Salleh tidak mempedulikan mimpi itu, nasib Kampung Sungai Cerah menjadi lebih buruk. Sekumpulan penyamun menceroboh dan mengancam penduduk kampung. Salleh terus didatangi mimpi-mimpi aneh dua kanak-kanak itu yang menuntutnya menjamu Kolam Dewa atau semua penduduk kampung itu akan menerima malapetaka. Adakah Salleh akan akur pada tuntutan Kolam Dewa itu?


#12 Kru Paranormal Finale: Jamuan Berdarah

​Episod terakhir siri Kru Paranormal.
Berdasarkan sebuah cerita yang dimuat naik seorang blogger bernama Abang Syafiq dalam blog Aduka Puaka, Darina menyiasat kes kehilangan pengunjung sebuah pesta hip-hop yang diadakan di sebuah bangunan tinggal iaitu Wisma Suria yang dikatakan berpuaka. Siasatan itu membawa kepada penemuan berpuluh-puluh mayat yang tidak berkepala yang ditanam di tapak bangunan tersebut.
Seorang lelaki bernama Howard Ho membuat pengakuan yang dia terlibat menguruskan syarikat-syarikat milik satu kumpulan pengamal ilmu hitam yang dikenali sebagai Kultus Ba. Salah satu syarikat itu, Dewa Suria Sdn. Bhd. dimiliki oleh seorang lelaki bernama Ehsan yang didakwa sebagai orang kuat dalam Kultus Ba. Malah, bangunan Wisma Suria juga dimiliki oleh Syarikat Dewa Suria.
Ehsan mula menggerakkan buah catur terakhirnya. Apakah matlamat utama yang ingin dicapainya? Semua kematian yang melibatkannya, untuk apa?
Berjayakah Koperal Darina dan Inspektor Rahil menyelesaikan misteri kes Kultus Ba ini?
Bagaimana pula dengan nasib Imtiaz? Adakah dia akan selamat? Atau dia juga adalah sebahagian daripada buah catur Ehsan yang akan dikorbankan?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 05:14 AM | Show all posts
Beli tahun 2020, baru tahun ni baca
Unputdownable



Eleanor Oliphant leads a simple life. She wears the same clothes to work every day, eats the same meal deal for lunch every day and buys the same two bottles of vodka to drink every weekend.

     
Eleanor Oliphant is happy. Nothing is missing from her carefully timetabled life. Except, sometimes, everything.

     
One simple act of kindness is about to shatter the walls Eleanor has built around herself. Now she must learn how to navigate the world that everyone else seems to take for granted – while searching for the courage to face the dark corners she’s avoided all her life.
     
Change can be good. Change can be bad. But surely any change is better than fine?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2023 08:28 PM | Show all posts
Seperti kebanyakan pasangan kembar seiras, hubungan antara Adam dan Muhammad sangat erat. Ada ikatan batin yang kuat mengikat mereka sehingga apa yang dirasakan salah seorang juga turut akan dirasai pasangan kembarnya.

Adam dan Muhammad membesar menjadi remaja yang kacak dan pintar, walaupun kadang-kadang agak nakal. Mereka berkawan baik dengan Raif dan Danish, dua sahabat dari latar belakang berbeza, namun keakraban mereka terjalin seperti adik-beradik yang selalu bersama.

Mereka berempat pergi ke Kampung Gerbang Pusara untuk membantu Danish menyiapkan sebuah dokumentari tentang Kubur Terapung. Perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan itu bertukar tragedi apabila pada suatu malam, pasangan kembar itu menghilang dari khemah mereka.
.


baca ni kejap


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2023 04:56 PM | Show all posts
Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...


baca buku ni selepas habis Jelik
Jelik ada sambungan ... sabar jer lah
Portal pun ada sambungan ... lagi lah sabar jer lah


Demi Dara dah habis ...
endingnya sabar jer lah




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2023 06:54 PM | Show all posts
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!


kita mula dengan slow

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 1.264570 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list