Seorang pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 maut dalam satu kemalangan.
Pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS) yang memperoleh 6A itu kemalangan berhampiran usur keluar Bandar Darulaman, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kira kira jam 6.15 petang ketika dalam perjalanan menghantar salah seorang rakannya pulang ke rumah di Jitra.
Hakimie, (kanan sekali). Foto: Facebook
Astro Awani melaporkan, Muhammad Hakimie Ifwat Sabarudin, 18 sebelum itu sempat meluangkan masa bersama tiga rakannya, Aqil Amzar Mas'ad, Amzar Amran dan Qumail Saini Suhaimi, di Aman Central, Alor Setar sebaik sahaja selepas mengambil keputusan peperiksaan.
Ketika kejadian, Hakimi yang menunggang motosikal bersama Amzar tidak sempat mengelak apbila motosikal yang dinaiki Aqil dan Qumail, brek mengejut di hadapan.
Hakimie terpelanting dan tak sedarkan diri manakala Amzar kesakitan akibat patah kaki.
Aqil menyatakan, "Saya naik motosikal dengan kawan yang selamat ini. Kami tekan brek untuk mengelak sebuah motosikal dinaiki seorang warga emas di hadapan kami. Mungkin mangsa di belakang tak perasan kami nak brek, jadi dia mungkin tak sempat brek dan terlanggar kami."
Jenazah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra bagi proses bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dibawa pulang bagi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Pekan Pendang.
Foto: Facebook
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI |