CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Remyda

[Tempatan] [Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan

  [Copy link]
Post time 14-3-2019 11:33 AM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 11:04 AM
Itu lah sebabnya jgn letak manusia tarak kredibiliti dan integriti sebagai pemimpin. Time bencana pu ...

pliss la jgn salahkan benda2 dah lepas.
tolong la jgn ulang2 sebut pasal penjenayah yg buang sisa toksik tu.


jom salahkan doktor dan nurse yg merawat.
janji mcm2.
tapi budak2 suma takpulih2 jugak.  
kejamnya doktor dan nurse tu.  
takberperikemanusiaan langsung.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 11:33 AM | Show all posts
8 toxic bahaya lagi mau duduk situ kaa ? Aiyaya ...... fikirkan laa kesan jangka panjang hokayy.

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:34 AM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 11:24 AM
doktor2 pakar di malaysia nih awat diam membisu je dah tau benzene ada dlm pencemaran tu , takkan ta ...

Saranan utk memindahkan penduduk bukan dari job scope doc pakar kan.

Medical team hanya melaporkan finding dari lab result, condition pesakit, tahap kesihatan. Local Autority la kena decide.

Jgn jadi menteri skrg, org lain py isu pun dia jawab..sudahnya decision x selaras...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:35 AM | Show all posts
bangcak replied at 14-3-2019 11:33 AM
pliss la jgn salahkan benda2 dah lepas.
tolong la jgn ulang2 sebut pasal penjenayah yg buang sis ...

penjenayah awat plak tak boleh disalahkan ....fake degree tu jenayah tau dak ....masuk akta penipuan ..patut ke lokap tapi jadi menteri dan MB lah plak .

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:36 AM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 11:09 AM
kerajaan PH dan kerajaan negeri johor kan comolot dgn property developers kaw kaw selama ni .....  ...

tp kat pasir gudang kan mmg ada klang bahan kimia titan tu..my bos penah ckp kalau kilang tu terbakar teruk,kesannya satu pasir gudang meletup
ntah laa my bos tipu ke x

my fren ada rumah kat masai.masa dia nak jual balik sbb dah bcerai dgn spouse dia, rega rumah dia jatuh dekat 30%
patutnya rega rumah makin lama makin naik,tp my fren ckp agen bgtau sbb kawasan rumah dia area pasir gudang mmg selalu drop xde naik
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:36 AM | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 09:25 AM
Ini dalam zon tu la rawat dalam zon tu jugak la buat keja. Sedut oksigen, rawat, tapi dalam zon benc ...

MB sekarang ni mmg plain stu*id kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2019 11:36 AM | Show all posts
Edited by blastoff at 14-3-2019 11:41 AM
PrinCessMaya replied at 14-3-2019 11:34 AM
Saranan utk memindahkan penduduk bukan dari job scope doc pakar kan.

Medical team hanya melapor ...

bukan jobscope pun boleh haih pakat ramai2 bagi suggestion utk demand agar kerajaan bertindak .....boleh bagi nasihat dari segi kesihatan lah hokay agar kerajaan consider dari sudut kesihatan penduduk .

Kan doktor2 pakar ramai yg merawat mangsa2 yg hidu gas tu kat hospital ... sure depa tahu kann kesan jangka panjang apa dia berkaitan dgn gas toxic tuh ....jadi depa boleh guna pengetahuan depa utk buat suggestion agar kerajaan pindahkan segera penduduk dari area tu atas alasan kesihatan .

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:39 AM | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 11:35 AM
penjenayah awat plak tak boleh disalahkan ....fake degree tu jenayah tau dak ....masuk akta penipu ...

penjenayah mana bleh dipersalahkan sbb benda DAH LEPAS.
sisa toksik dah dibuang pon.

yg patut dipersalahkan tu doktor dgn nurse yg merawat.
tabur janji ubat mcm2 boleh pulih tp anak2 terlantar mcm tu jugak.

kejam punya doktor!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendakwaan Suspek Pencemaran Sungai Kim Kim
Ditangguh

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof
mohdfahmi@bh.com.my
Share

Tweet

Share
JOHOR BAHRU: Pendakwaan terhadap pengusaha kilang tayar kitar semula yang juga suspek utama kes pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang tidak dapat dilakukan hari ini.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Negeri, Dr Sahruddin Jamal, ketika dihubungi sebentar tadi.

“Kertas siasatan mahkamah sudah dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, tetapi pihak berkenaan meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menambah beberapa lagi maklumat.


“Pendakwaan masih boleh belum dibuat sehingga mendapatkan arahan lanjut dari pihak Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret, di sini seawal jam 7 pagi untuk membuat liputan mengenai pendakwaan berkenaan.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, sekiranya penelitian selesai dibuat, suspek yang ditahan baru-baru ini akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat seawal hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini mb banyak suwei lah..dah kesan toxic awal..takdak mau nutralize kan dulu..reason sangat mahal tada budget...mesti ada emergency budget dari kdn/mkn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kami nak pindah, tapi.....

“KALAU mereka (petugas) hentikan kerja pembersihan sungai pada hari kedua kerana tidak tahan bau gas kimia, apatah lagi kami penduduk kampung di sini, yang terpaksa menghadap udara tercemar setiap hari,” kata suri rumah, Sabariah Kasmin, 52.

Sabariah antara penduduk Kampung Bukit Pulai yang paling terkesan akibat pencemaran gas kimia apabila sisa toksik dibuang di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Kedudukan kampung itu paling hampir dengan sungai itu dan hanya kira-kira 300 meter dari lokasi pembuangan sisa berkenaan.


Sabariah berkata, dia dan penduduk kampung paling terjejas dan bimbangkan kesihatan masing-masing.

Katanya, mereka akur sekiranya diarahkan berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) sekiranya mendapat arahan pihak berwajib, namun sehingga kini tiada sebarang arahan dikeluarkan.

“Siapa pun risau jika kesan pencemaran sungai ini menjejaskan kesihatan. Paling tidak pun, pihak berwajib kenalah usaha untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat.

“Kalau disuruh berpindah, kami akan ikut arahan dan akur, namun sehingga kini tiada sebarang arahan walaupun mereka sedar kami dan warga Kampung Pasir Putih paling terkesan dengan isu pencemaran ini,” katanya yang tinggal di kampung itu sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, disebabkan tidak ada kata putus mengenai perpindahan, penduduk tidak mempunyai pilihan lain kecuali menghidu bau pencemaran meskipun sedar risiko kesihatan terjejas.

“Kalau nak pindah sendiri pun kami tak tahu nak ke mana, tak ada kenderaan mengangkut kami, sedangkan setiap hari kami terpaksa menghidu bau kuat hingga mengakibatkan sesak nafas dan loya,” katanya.

Katanya, pada masa sama penduduk berharap petugas kesihatan datang memeriksa kesihatan mereka berbanding mendapatkan rawatan sendiri di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.

“Kalau mereka sendiri bimbang dengan keselamatan diri ketika berada di kampung kami, bayangkan betapa risaunya kami yang menjadi penghuni kampung ini,” katanya yang tinggal serumah bersama sembilan ahli keluarga.

Suri rumah, Zaharah Yahya, 45, berkata, penduduk kampung dalam dilema sama ada memilih berpindah atau kekal di kawasan berisiko terhidu gas kimia dari sungai tercemar.

“Kalau nak pindah sendiri pun sekurang-kurangnya mengambil masa panjang, sedangkan penutupan sekolah anak-anak belum pasti sehingga bila.

“Tapi kalau nak diikutkan kesan pencemaran, nak saja kami berpindah kerana tidak sanggup berdepan pencemaran dalam jangka masa panjang sedangkan sehingga kini proses pembersihan sungai masih belum selesai,” katanya.

Menurutnya, kesihatan penduduk kampung memang terjejas, malah tanda keracunan akibat terhidu gas kimia itu berlaku sejak hari pertama, termasuk sesak nafas, pening, loya dan muntah.

“Paling merisaukan, kedudukan kampung kami terlalu hampir dengan kawasan sungai tercemar itu dengan jarak dari lokasi pembuangan sisa toksik hanya kira-kira 300 meter.

“Sebab itu kami masih menunggu arahan dan mahu berpindah, jika tidak pun berikan peruntukan menerusi Dana Bencana Alam supaya kami pindah sendiri hingga keadaan selamat.

“Paling tidak, pindahkan kami ke PPS jauh dari sini kerana boleh dikatakan seluruh Pasir Gudang menghirup udara sama,” katanya.

Menceritakan pengalaman hari pertama kejadian, katanya penduduk kampung terjaga dari tidur selepas terhidu bau kuat.

“Pada malam itu, satu kampung boleh bangun dari tidur sebab terhidu bau yang sangat kuat hingga menimbulkan kerisauan kerana bimbang kesihatan masing-masing.

“Keesokannya baru berlaku kekecohan apabila ada penduduk kampung membuat laporan polis sebelum melihat ambulans bertali arus melalui kawasan kampung kami.

“Hari pertama hingga ketiga keadaan amat sesak apabila kami terpaksa hidu gas kimia yang kuat dan reda pada hari keempat kerana hujan lebat, namun ramai pula terkesan akibat udara tercemar,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
PrinCessMaya replied at 14-3-2019 11:34 AM
Saranan utk memindahkan penduduk bukan dari job scope doc pakar kan.

Medical team hanya melapor ...

Doktor pakar le paling banyak beli rumah kat pasir gudang . Sbb rumah situ value for money berbanding tempat lain kononnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 14-3-2019 11:33 AM
8 toxic bahaya lagi mau duduk situ kaa ? Aiyaya ...... fikirkan laa kesan jangka panjang hokayy.

...

Slogan depa cost first, safety later
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 11:57 AM | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 11:51 AM
Slogan depa cost first, safety later

depa tak peduli penduduk situ nak jadi apa mutant pun mutant lah dek kerana penuh toxic dlm paru2 ,  janji kroni terjaga investment kekdahnyaaa ....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2019 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 14-3-2019 10:53 AM
harap negeri lain pun turun berikan bantuan .... mereka perlu keluar monitor tahap kesihatan pendu ...

Kandungan gas beracun di dalam oksigen masih belum dapat keputusan. Hanya 8 merbahaya di dalam sungai ja setakat ni dikenal pasti.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:00 PM | Show all posts
kes camni pernah berlaku ka di negara ni? Sebelum ni gas toxic sehebat ni mana pernah di buang ke sungai kannn hingga jejaskan beratus org... kilang yg pollute tu buang kat mana sebelum ni ? Awat lani je depa decide nak buang manyak2 gitu ke sungai tu ? Atas sebab apa ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2019 12:06 PM | Show all posts
kroni sapa la ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:07 PM | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 11:47 AM
Kami nak pindah, tapi.....

“KALAU mereka (petugas) hentikan kerja pembersihan sungai pada hari k ...

org2 kpg dah separuh mati, si katik ni masih lagi terpelik2..







[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.3)]
  • 1,144
  • 79






Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:12 PM | Show all posts
adeqbun replied at 14-3-2019 08:06 AM
mls nak komen pasal sultan diorg..kang ummah JDT serang..sultan diorg kan maksum..cukup je la stak ...

wah wah wah...aku sbg rakyat situ pun sakit hati. kang komen lebih ken ausung laptop plak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 12:14 PM | Show all posts
Remyda replied at 14-3-2019 09:25 AM
Ini dalam zon tu la rawat dalam zon tu jugak la buat keja. Sedut oksigen, rawat, tapi dalam zon benc ...

aku ingat aku sorang je yang berfikiran mcm ni. zon rawatan berdekatan dengan kawasan tercemar. bingung dibuatnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.461578 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list