View: 2514|Reply: 14
|
Wanita Jerut Leher Pemandu Bas Dengan Skarf Lepas Ditegur Merokok
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mabuk menjerut leher pemandu sebuah bas awam selepas ditegur merokok di dalam kenderaan itu dalam kejadian minggu lepas.
Memetik Shanghaiist, kejadian di bandar Shaanxi di Tongchuang itu berlaku selepas seorang penumpang berang apabila ditegur pemandu bas kerana merokok.
Kredit foto: Shanghaiist
Dia yang naik angin mula memaki hamun pemandu berkenaan sebelum menggunakan skarfnya untuk menjerut leher lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kesemua penumpang berada dalam keadaan selamat kerana kenderaan itu sudah diberhentikan sebelum pergelutan berlaku.
Difahamkan, situasi tegang itu berlaku selama lebih kurang 30 minit sebelum polis tiba dan menahan wanita terbabit yang kini direman 15 hari bagi membantu siasatan.
Serangan terhadap pemandu bas di China mula berlarutan sejak tragedi di Chongqing tahun lalu, di mana sebuah bas hilang kawalan sebelum terjatuh dari jambatan di Sungai Yangtze menyebabkan 15 penumpang maut.
Sebelum ini, seorang wanita ditahan selepas menyerang pemandu bas di Hubei kerana disifatkan tidak bertamadun apabila membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam bas. - CARI
BACA JUGA: Ibu Mengamuk Dipanggil Tak Bertamadun Lepas Biar Anak Kencing Dalam Bas |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mainland kan.. What u expect? |
|
|
|
|
|
|
|
kan.. baca tajuk, terus terlintas negara mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Tegur pun tak boleh terima susah ni sebabkan dia orang lain yang jadi mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya jg keje sebagai pemandu bas di china
Hari2 citer kena serang je |
|
|
|
|
|
|
|
ganasnya, mabuk ke apa amoi jinjang |
|
|
|
|
|
|
|
pelik2 perangai negara maju tapi rakyat ada yg tk bertamadun lagi |
|
|
|
|
|
|
|
femes sesgt dah diaorg ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee jahatnya nyonya nie... Tak mengambarkan seorang wanita.. Tak kena tegur buat salah sepatutnya minta maaf bukan gi serang orang yang menegur.. Helok digilis leper saja dengan bas kalau taknak ikut peraturan.
Kesian kat drebar bas tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Camtuh sekali agresif kalau mabuk iya? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti tak pasal pasal diharamkan pakai skarf atau tudung..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu mat salleh bila dengar berita pelik2 dorg akan kata it only happens in America...
skrg giliran Asian pula bercakap pasal China...
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan terhadap pemandu bas di China mula berlarutan sejak tragedi di Chongqing tahun lalu ada disebutkan sebabnya di situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bodoh bukan cina mainland namanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|