View: 5115|Reply: 12
|
Potret Misteri.... Masihkah Lagi Wujud?
[Copy link]
|
|
Jika disebut tentang potret atau gambar yang dilukis, pasti ramai yang tidak percaya bahawa potret itu sebenarnya mempunyai misteri tersendiri. Malah ada potret yang cantik tetapi sangat mengerikan. Setiap lukisan memberi maksud yang tersembunyi yang kadang-kadang di luar pemikiran kita.
Pelukis akan melukis seperti yang digambarkan dalam pemikirannya dan menjadi sebuah kisah yang misteri di dalam dunia nyata. Begitulah kehebatan seorang pelukis.
Mari kita kenali 3 kisah melalui 3 buah potret misteri ini yang masih wujud.
1. Potret Monalisa
Jika disebut mengenai potret, pasti ramai yang mengenali potret Monalisa yang sangat terkenal di dunia ini. Menurut kajian, potret Monalisa ini berusia 500 tahun dan dilukis oleh Leonardo Da Vinci pada tahun 1505. Potret ini dipamerkan di Muzium Louvre, Paris dan dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh dunia.
Menurut sekumpulan penyelidik Kanada mengatakan bahawa senyuman Mona Lisa itu tanda kegembiraan seorang wanita selepas melahirkan anak kedua. Identiti sebenar Mona Lisa ialah Lisa Ghererdini iaitu isteri seorang pedagang bernama Francesco Giocondo.
Tetapi akhirnya misteri potret Mona Lisa terungkai. Teori terakhir mengatakan bahawa wanita itu adalah Bianca Giovanna Sforza iaitu anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan seorang bangsawan Inggeris.
2. Potret Misteri Banduan Akhir di Penjara Pudu
Potret banduan akhir di Penjara Pudu ini mempunyai kisahnya seram yang tersendiri. Pelukis potret itu merupakan seorang banduan akhir yang menunggu hukuman gantung sampai mati. Dia melukis potretnya sendiri di dinding penjara itu.
Menurut cerita daripada seorang banduan yang bernama Nasyitah, lukisan di dinding penjara itu nampak bercahaya apabila semua lampu dipadamkan. Potret itu seolah-olah hidup dan menangis apabila hukuman gantung seseorang banduan semakin hampir.
Seorang petugas penjara mengatakan mereka sering melihat bayangan hitam, bayangan kanak-kanak berlari, bayangan seorang perempuan yang berjalan dan banyak lagi kejadian aneh yang berlaku di penjara itu pada suatu ketika dahulu.
3. Potret Isteri Pham Duc Nong
Wanita cantik ini telah membunuh diri akibat daripada perbuatan suaminya yang curang. Selepas kematian isterinya, Pham Duc Nong telah mengurung diri dan melukis gambar wajah isterinya. Kemudian, Pham Duc Nong pula yang membunuh diri dengan terjun dari tempat yang tinggi.
Potret itu dikatakan berpuaka kerana banyak kejadian bunuh diri terjadi selepas melihat potret itu.
Insiden pertama melibatkan seorang polis yang menyiasat kes itu telah menembak dirinya sendiri apabila sudah melihat potret itu. Begitu juga kejadian kedua, Seorang petugas telah membunuh diri dengan terjun ke dalam sungai setelah menyimpan potret itu. Selepas itu, banyak lagi kematian yang berlaku setelah melihat dan menyimpan potret tersebut.
Dari mana datangnya misteri itu kita masih tertanya-tanya. Semua yang berlaku di luar jangkauan pemikiran manusia. Bagaimana sebuah potret boleh menjadi begitu bermisteri dan menyeramkan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak masuk bod seram misteri? |
|
|
|
|
|
|
|
Scary la potret yg kat penjara tu.... potret monalisa tu byk kali omputeh wat troll.. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali baca macma potret mistik lakonan erra pajira dengan cico dan zamarul hisham
memang teringat2 sampai sekarang.
kes suami bunuh isteri sebab cemburu dengan pelukis. |
|
|
|
|
|
|
|
besttt.. ada sambungan potret lain tak? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada lagi kisah potret misteri akan disiarkan nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
I tak pernah tengok potret2 misteri ni..cuma masa kecik2 dulu member pernah cakap,kalau lukis orang kena tanda x dekat leher dia,kalau tak lukisan tu akan hidup malam2..so sejak tu bila i lukis orang i akan tanda x kat leher dia.wuwuwu... |
|
|
|
|
|
|
|
for me yg plg misteri yg no 3 tu...seriau plak ble tgk lama2 gambr tu huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
cantik nya gambar no3 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
No 3 tu cantik... pelik kenapa pulak laki dia curang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|