View: 1869|Reply: 12
|
Sesat Hampir Dua Hari Dalam Hutan Tebal, Kanak-Kanak 5 dan 8 Tahun Dijumpai Sela
[Copy link]
|
|
Dua orang adik beradik perempuan masing-masing berumur 5 dan 8 tahun dijumpai selamat di sebuah hutan yang tebal di California setelah hilang selama 44 jam. Operasi menyelamat berjaya mengesan lokasi mereka melalui pembalut makanan dan jejak tapak kaki mereka sepanjang denai.
Kredit foto: Buzzfeed
Caroline dan Leia Carrico dilaporkan hilang Jumaat lalu sekitar jam 6 petang dan dijumpai hampir 2 hari kemudian kira-kira 1.4 batu dari rumah mereka menurut jurucakap pasukan penyelamat.
"Ini satu keajaiban kerana mereka dijumpai masih hidup dalam keadaan hutan yang tebal," katanya lagi.
Kredit foto: Buzzfeed
Kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi sebarang kecederaan kecuali sedikit dehidrasi. Pasukan penyelamat percaya kanak-kanak itu terselamat kerana pernah mempelajari kelas survival yang melatih remaja bertahan dalam keadaan ekstrim.
Kredit foto: Buzzfeed
Lebih 250 anggota penyelamat dari 14 agensi terlibat dalam operasi menyelamat. Mereka mendapat petunjuk selepas menjumpai cebisan pembalut makanan dan tapak kaki mereka berdua. Setelah sampai di pinggir Taman Negeri Richardson Grove, mereka terdengar suara kanak-kanak tersebut menyahut seruan meminta tolong.
Kredit foto: Buzzfeed
Menurut polis, mereka berdua sesat selepas cuba menjejak laluan seekor rusa. Dipercayai selama hampir dua hari di dalam hutan, mereka hanya meminum air yang terperangkap pada daun tumbuhan. Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada keluarga mereka selepas pihak hospital mengesahkan mereka berdua dalam keadaan sihat.
Satu peringatan buat ibubapa untuk sentiasa berwaspada kerana malang tidak berbau. Dalam kes ini mereka bernasib baik kerana dijumpai dalam keadaan selamat. -CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anak akak biasa sesat kt shopping mall bahagian mainan |
|
|
|
|
|
|
|
hebat laa
kecik2 lagi dah boleh survive sehelai sepinggang dalam hutan tebal
|
|
|
|
|
|
|
|
aku yang dah tua pun selalu sesat kat bahagian mainan
habit
|
|
|
|
|
|
|
|
heabtnye adik2 ni! kalau akak, x sure survive ke tak 24jam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 asli yang dulu lari dari asrama berapa lama survive?
Sorang aje jumpa masih hidup..
Pun hebat jugak sorang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
takde org bunian nk wat bdk ni menantu kt sana agknye..
klu kt sni, abis bunian disalahkan |
|
|
|
|
|
|
|
nasib takde binatang buas
mcm mana lah 2 mlm tido dlm utan sejuk?? |
|
|
|
|
|
|
|
hebat survival skill dia orang. |
|
|
|
|
|
|
|
untoong la sesat kat negara omputih...
tak der hantu kopek...
cuba sesat kat hutan malaysia ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
bijak bdk2 ni..nsb baik berdua.ada gak kawan buat peneman
|
|
|
|
|
|
|
| |
|