CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arasham

[Tempatan] Al-Fatihah untuk mu .. Nur Aisyah Aleya. Update : Dua batang gigi, kesan darah

  [Copy link]
Post time 7-3-2019 12:42 PM | Show all posts
yang laki bini tu lari ke ampang tu kan then pindahkan sekolah anak2. bini dia tu kan keja nurse kat hospital langkawi. dah mintak tukar sekali ke? so semasa lari ke ampang tu dia emergency leave ke apa ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 12:45 PM | Show all posts
dorang duk serumah tu trisum ke hape
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
chempaka.ayu replied at 7-3-2019 12:17 PM
Tu cuma pengakuan anak sbg saksi.. not sure what else they all nampak apa yg dh berlaku dalam rumah  ...


Bukan polis dah amik toto tempat tidor budak tu. Kalau dia mangsa pedo, adalah sperma jantan tu kat situ. Ahli kimia akan kesan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 7-3-2019 01:08 PM

Punca kes ni semua bermula dari lelaki tu...yg kedua indon tu....jadi nurse tu terlibat dlm pembunuhan sikecik. ..

terbit juga rasa simpati pada nurse tu...kita tak tahu apa yg dialaminya mempunyai suami yg jahat macam ni....cuma knp nurse ni x melarikan diri dari perkahwinan ni....mungkin dia dah minta cerai tapi suami x nak. ..

atau mungkin nurse ni yg membunuh adik aleeya ni sekali. .... (kebarangkalian dia membunuh tinggi)...


Sangat2 simpati pada anak2 mereka dan arwah adik.aleeya yg tak bersalah. ...lahir dari mak bapa yang jahat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:03 PM | Show all posts
yg kes doc dulu tu..polis offer jd saksi kan..so, dia x disabitkn bersubahat bunuh gf laki dia..betoi kan camtu..

yg kes ni..nape polis x offer misi tu jd saksi utama ek...mesti misi tu pon ada tempias bersubahat ms siasatan..betoi x apa yg i try faham kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Leen replied at 7-3-2019 01:42 AM
Sama mcm kes pengamal perubatan batin yg mati di Kluang awal tahun baru ni masa merawat isteri aba ...

Ada berita baru ke sis
Kata menurun kn waktu membunuh tu?
Pehtu kononnya org tu ustaz2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2019 04:06 PM | Show all posts
DyBBora2 replied at 7-3-2019 03:03 PM
yg kes doc dulu tu..polis offer jd saksi kan..so, dia x disabitkn bersubahat bunuh gf laki dia..beto ...

kes masih dalam siasatan...tunggu dulu siapa yang akan didakwa, suaminya sorang ke atau kedua2 lakibini...
tapi i suspek lakinya yg kena, bininya saksi...apa2 pun tunggu hingga tempoh reman selesai atau lebih awal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 replied at 7-3-2019 10:24 AM
Korang tak baik taw, tuduh missi tu jahat.
Pompuan yang didera, memang perangainya macam missi tu.
...

Yes. Mental abuse penyudahnya mcm ni. Dia akan di doktrin dan dikuasai dgn rasa suami dia betul. Dia lihat dunia dia dgn rasa takut sbb ada diktator (suami ) tunjuk kuasa mcm hebat. Org mcm ni hatta seorang pensyarah atau apa saja jawatan pun akan rasa dia manusia yg teruk. Dia hilang hak mandiri dan rasa percaya diri. Jauhkanlah dari lelaki mcm ni dan jodoh yg salah. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 04:50 PM | Show all posts
nuralisa replied at 6-3-2019 03:34 PM
Maknanya dah lama la budak ni mati .. bukan dr isnin aritu .. sbb dah tinggal tengkorak ..
Kalau ma ...

mak dia yg indon tu ada mimpi, anak dia mai dlm mimpi cakap " mama mai ambik adik"

2 minggu lepas, tu yg mak nye x sedap hati kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:51 PM | Show all posts
jahcomel replied at 6-3-2019 03:47 PM
sabar sis...tp mmg laki bini tu jahat...sian anak nih...

uii mmg hensem... tgk dlm video kt fb pdrm.. soft spoken je.. hensem giler.. ketua pulis langkawi kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
I sangat tak yakin yg pesalah2 dalam kes ni akan kena hukuman setimpal
Sbb knowing malaysia ni , senang2 je pembunuh kanak2 terlepas bebas hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Polis rakam percakapan lima anak suspek
Aizat Sharif Zuliaty Zulkiffli dan Hamzah Osman

PIHAK berkuasa mencari saki-baki cebisan mayat mangsa. FOTO IHSAN PDRM
POLIS sudah mengambil keterangan daripada lima anak suami isteri yang disyaki terbabit dalam pembunuhan kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, anak suspek terbabit berusia antara tiga hingga 12 tahun dirakam percakapan mereka di Pusat Temuduga Kanak-Kanak(CIC) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata, rakaman semua anak pasangan itu mungkin akan membantu siasatan.

“Percakapan kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa, jadi kita terpaksa membawa mereka ke IPK Kuala Lumpur untuk merakamkan percakapan mereka,” katanya ketika ditemui di Langkawi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Aisyah Aleya dilaporkan hilang ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi.

Bagaimanapun, polis menemui tengkorak dan cebisan rambut kanak-kanak terbabit di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya jam 11.30 semalam.

Ia hasil penahanan sepasang suami isteri ditahan di sebuah inap desa (homestay) di Ampang, Selangor, kelmarin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes Aleya: Polis jumpa dua gigi, gumpalan rambut

DUA gigi dan dua gumpalan rambut antara penemuan terbaru pada hari kedua pencarian mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di gaung Jalan Gunung Raya, di Langkawi, hari ini.

Penemuan bukti baru itu ditemui dengan bantuan anjing jenis German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan K-9 dari Balai Polis Bukit Kayu Hitam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi pencarian bermula 9 pagi tadi membabitkan 31 anggota termasuk polis dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi.


Menurutnya, penemuan dua gigi dan gumpalan rambut itu dipercayai milik kanak-kanak terbabit dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

“Gigi dan gumpalan rambut itu ditemui pada 11 pagi tadi selepas dua jam operasi dilakukan di kawasan berhampiran tengkorak dan cebisan rambut semalam.

“Radius pencarian cebisan mayat mangsa dilakukan pada jarak 500 meter dan anggota polis serta bomba turun ke cerunan akhir hingga ke kawasan landai yang mempunyai anak sungai kering,” katanya pada sidang media di lokasi penemuan rangka mayat mangsa di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Mohd Iqbal berkata, jarak kedalaman gaung dari atas ke bawah adalah pada kira-kira 200 meter.

Beliau berkata, di kawasan hutan ini terdapat banyak binatang liar, biawak dan mungkin cebisan anggota badan mangsa sudah dibawa lari jauh.

“Disebabkan itu kita melepaskan anjing pengesan dan hasil daripadanya kita menemui barang bukti milik mangsa di kawasan pencarian.

“Sekiranya radius pencarian dibesarkan lagi, ia akan mengambil masa yang lama, namun penemuan bukti ini sudah cukup untuk membantu siasatan,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, gigi gumpalan rambut yang ditemui hari ini akan dibawa bersama tengkorak untuk proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) esok.

Beliau berkata, setakat ini ibu kandung mangsa hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk memberi keterangan dan semuanya sama seperti yang dimaklumkan melalui media.

“Kita akan memanggil kakitangan Hospital Langkawi untuk membantu siasatan dan setakat ini kita sudah mengambil keterangan dari lapan orang saksi untuk membantu siasatan.

“Berkemungkinan besar bilangan saksi akan bertambah bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, setakat ini ibu mangsa dan suspek suami isteri itu sudah mengambil sampel darah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, pasangan itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Operasi ini berakhir 1 tengah hari tadi dan berkemungkinan akan dilakukan semula jika ada keperluan,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kanak-kanak berusia tiga tahun, Nur Aisyah Aleya Abdullah dilaporkan hilang ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi.

Bagaimanapun, polis menemui tengkorak dan cebisan rambut kanak-kanak terbabit di kawasan gaung di Jalan Gunung Raya 11.30 semalam selepas suspek suami isteri ditahan di Ampang, Selangor, kelmarin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek bunuh Aleeya direman

SUAMI isteri yang disyakit terbabit dalam pembunuhan kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, direman seminggu bermula hari ini sehingga 14 Mac.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 37 tahun dan isterinya yang berusia 40 tahun dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret Langkawi, Mohd Ridzwan Salleh selepas membenarkan permohonan polis.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Langkawi kira-kira 9 pagi tadi diiringi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi sebelum keluar dari kamar mahkamah satu jam 45 minit kemudian.


Suspek sebelum ini ditahan di Ampang pada Selasa 4 petang selepas gambar mereka dikeluarkan polis.

Sementara itu, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi, mengesahkan reman ke atas suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
[UPDATE] Suspek bunuh Nur Aisyah Aleya bebas dadah

UJIAN saringan air kencing terhadap lelaki yang disyaki membunuh Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, didapati negatif dari pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan suami isteri yang disyaki suspek dalam kes itu akan direman 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Langkawi untuk membantu siasatan.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki bebas daripada pengaruh dadah.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, hujung bulan lalu sudah ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Mayat mangsa ditemui hanya tengkorak dan rambut di kawasan gunung berkenaan hasil soal siasat terhadap pasangan terbabit yang ditahan di sebuah inap desa di Ampang, Selangor, semalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2019 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Update : Panik punca buang mayat

LELAKI yang membuang mayat Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, mendakwa melakukan perbuatan itu kerana panik selepas isterinya yang juga seorang jururawat memberitahu kanak-kanak berkenaan sudah tidak bernyawa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, siasatan awal polis, suspek mendakwa mangsa tiba-tiba jatuh sakit dan dia meminta isterinya memeriksa kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun, menurutnya, wanita itu memberitahu mangsa sudah mati menyebabkan lelaki terbabit panik kemudian membuang mayat mangsa ke Jalan Gunung Raya, Langkawi.


“Setakat ini dia (suspek) mendakwa mangsa jatuh sakit, namun kita masih menyiasat motif sebenar dia bertindak sedemikian.

“Dakwaan mangsa mengalami sawan juga tidak boleh disahkan lagi kerana masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kehilangan Nur Aisyah Aleya disedari ibunya, Rosmaliah Samo, 31, selepas pergi ke kediaman pasangan itu di kuarters Hospital Langkawi untuk mencari anaknya, minggu lalu.

Rosmaliah kemudian membuat laporan polis pada Ahad lalu selepas seorang daripada suspek memberitahu kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan mayat Nur Aisyah Aleya yang hilang ketika dalam jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi, Kedah, hujung Februari lalu ditemui di Gunung Raya, Langkawi, hari ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 05:28 PM | Show all posts
binatang pun tau sayangkan anak

manusia ni ada anak ditinggal2 kan, didera2 saja..

syruga tempat mu dik..

semoga keturunan aku pun dijauhkan dari perkara2 sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 6-3-2019 02:54 PM
I pernah naik 2x aje ke menara tinjau atas tu. Memang betul-betul nak sorok kematian budak tu, Gun ...

Gunung Raya  tu yg naik dgn cable car tu ke?
I am speechless dan tergamam sungguh bila baca berita penemuan anak ni.. Kejamnya manusia! I doubt anak tu sawan. Sorry. X boleh nak bersangka baik bila dpt tahu si pelaku boleh campak anak yg x berdosa ni ke gaung yg dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gujiwa replied at 6-3-2019 03:40 PM
LANGKAWI 6 Mac - Tragis dan kejam.

Tanda tanya kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun yang dip ...

Wife dia nurse tapi x buat perkara yg sepatutnya? Duduk quarters hospital kot! Why??? Why???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.087870 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list