Slot drama Melayu memang banyak di stesen televisyen. Sementelah lagi sambutan yang diterima juga turut memberangsangkan. Namun yang menjadi masalahnya ialah pelakon sama sahaja membintangi hasil karya tersebut. Ia dikitar semula dengan menjarakkan beberapa drama kemudiannya mengambil pelakon yang sama dengan alasan "Itu yang penonton mahukan."
Persoalannya benarkah penonton mahu pelakon sama walaupun watak yang ditawarkan langsung tidak kena dengan pelakon tersebut? Betul kah kita ketandusan pelakon muda hingga terpaksa mengambil pelakon 30an sebagai pelajar kolej?
Kredit foto: Twitter
"eliklah, serupa tiada orang lain."
Drama yang dimaksudkan ialah kisah "Cinta Tanpa Henti" lakonan Aeril Zafril, Elizad Sharifuddin dan Faradhiya. Dengan memulakan kisah remaja kolej bercinta menyerlahkan ketidaksesuaian karektor tersebut berlakon. Ia seperti janggal melihat usian 30an memegang watak sebagai remaja. Apatah lagi apabila ibu dan ayah watak utama (Elizad) adalah Arash Mohamad dan Sherry Merlis. Netizen merasakan Arash dan Sherry sebenarnya boleh menjadi adik beradik atau pun suami isteri!
Bukan sahaja umur pelakon yang membawakan watak tersebut tidak kena, malahan jalan cerita yang tidak logik seperti sebuah keluarga yang memiliki syarikat penerbangan seolah-olah ianya tidak berpijak dibumi nyata. Malahan beberapa adegan juga dipersoalkan seperti menulis 'boarding pass" dengan tangan dan sebagainya.
Ia membawa kepada persoalan mengapa syarikat produksi masih di takuk lama dengan mengambil pelakon sama? Apa jadi dengan Akademi atau Institut Pengajian Tinggi yang memfokuskan pada industri seni? Kemana graduan-graduan ini? Hanya segelintir sahaja yang berada di dunia 'mainstream', selebihnya?
Kenapa? Mengapa? Tiada pelakon muda yang sesuaikah boleh membintangi drama ini? Atau memang produksi pilih kasih? Atau kita harus menerima pelakon memegang watak anak nampak sebaya dengan ibu dan ayahnya? Anda tentukan. - CARI
|