View: 1568|Reply: 5
|
Nampak Alim Berkopiah, Tapi Melencong Ke Port Hisap Dadah
[Copy link]
|
|
Nampak alim, siap berkopiah tapi hakikatnya melencong masuk 'port' untuk menghisap dadah.
Taktik ini digunakan oleh penagih dadah sebagai cara untuk mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa.
Bagaimanapun Harian Metro melaporkan, segalanya terbongkar selepas pihak polis menyerbu sarang penagih tersebut di Kampung Bakau Tua, Kuala Muda, di Kepala Batas.
Penagih yang sudah berusia memberi alasan, kononnya mahu mencari anak mereka yang menghisap dadah di kawasan tersebut.
Foto: Harian Metro
Seramai 15 penagih berusia 20 hingga 60 tahun berjaya ditahan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata,
“Hasil siasatan mendapati dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dijual kepada penagih dalam port terbabit.
“Pemeriksaan air kencing mendapati semua suspek positif dadah dan mereka kini ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara."
Heroin seberat 23.9 gram dan ganja seberat 2.3 gram yang bernilai RM1048 turut dirampas.
“Walaupun pelbagai alasan dan taktik digunakan suspek, namun mereka gagal mengaburi mata polis kerana kawasan terbabit memang diketahui sebagai lokasi melepaskan gian oleh penagih dadah.
“Kita akan menjalankan operasi secara berterusan bagi membendung gejala penagihan dadah di daerah ini." -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penunggang agama detected |
|
|
|
|
|
|
|
tah2 sohai pun sama kn dia pun penonggeng agama |
|
|
|
|
|
|
|
Knape xde pesta bogel sekali? |
|
|
|
|
|
|
|
macam pak maun pulak, pak maun gi menari twist, ini gi port dadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|