CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5105|Reply: 12

6 Pekerjaan Pelik yang Ditawarkan Oleh Kerajaan China

[Copy link]
Post time 18-2-2019 05:09 PM | Show all posts |Read mode


1. Hakim porno
Bagi sesiapa yang sering meluangkan masanya untuk melakukan carian video lucah atau porno di internet, kerajaan China mempunyai tugasan yang sempurna untuk mereka.
Kerajaan China telah lama menggunakan pemantau filem. Mereka dibayar untuk menonton setiap video yang ditemui di internet sekiranya mempunyai sebarang unsur lucah.
Sesetengah daripada pemantau ini menonton sebanyak 700 video seminggu untuk menentukan sama ada ianya perlu ditapis atau tidak. Mereka juga menonton filem porno untuk mengetahui sama ada ianya dihasilkan di China atau dari luar. Ini kerana kerajaan China mengharamkan sebarang bentuk aktiviti berkaitan pornografi sama ada menghasilkan, menjual atau mengedar.
Sekiranya video itu didapati tidak menepati piawaian Lembaga Penapis China, para pemantau atau hakim porno ini akan membuang kandungan lucah itu daripada laman web agar internet di China dalam keadaan "bersih dan selamat."
Anda perlu membatalkan hasrat untuk memohon pekerjaan ini sekiranya anda bujang. Ini kerana semua 'hakim porno' ini mestilah berstatus sudah berkahwin. Kerajaan China membayar gaji sebanyak purata USD 2,600 sebulan untuk pekerjaan ini.
Selain itu, terdapat badan bukan kerajaan seperti Beijing Internet Association yang melakukan tugasan pemantauan seperti ini. Pesatuan itu dianggotai oleh lebih daripada 3,000 sukarelawan lelaki dan wanita.
2. Petani permainan video
Di Amerika Syarikat, kerja-kerja yang diberikan kepada banduan adalah terhad kepada penghasilan plat kenderaan atau buku braille untuk orang buta. Namun, pusat tahanan di China memberikan pekerjaan yang sangat berbeza kepada banduan mereka iaitu bermain permainan video.
Ia bukanlah permainan video yang menyeronokkan seperti anda sangka. Dianggarkan lebih daripada 100,000 orang'petani permainan video' berada di seluruh penjara China.
Mereka perlu bermain permainan video seperti World of Warcraft selama 12 jam sehari bagi mencari atau "farming" wang emas sebanyak yang boleh. Mereka perlu melakukan banyak tugasan dalam permainan video untuk mendapatkan wang alam maya ini.
Kredit atau wang alam maya ini kemudian diserahkan kepada pengawal penjara untuk dijual kepada pemain permainan video lain di luar dengan bayaran wang tunai yang sebenar.
Ada sesetengah banduan dibayar oleh pihak penjara untuk pertanian permainan video mereka. Bagi kebanyakan banduan yang lain, mereka tidak dibayar langsung oleh pihak penjara. Sekiranya banduan tidak memenuhi kuota yang ditetapkan, mereka boleh dikenakan hukuman.
3. Penunjuk perasaan upahan
Kerajaan China dikatakan telah mengupah sekumpulan penunjuk perasaan berbayar tidak lama dahulu. Ia berlaku apabila lebih daripada 100,000 warga China telah memenuhi jalan-jalan di Hong Kong bagi menuntut demokrasi.
Bantahan orang ramai itu dicetuskan oleh komen yang diberikan oleh Laura Cha yang merupakan ahli Majlis Eksekutif Hong Kong. Cha berkata "Hamba abdi di Amerika merdeka pada tahun 1861 tetapi tidak mendapat hak mengundi sehingga 107 tahun kemudian. Jadi, mengapa Hong Kong tidak boleh menunggu seketika?"
Setelah perhimpunan orang ramai itu menarik perhatian media di seluruh dunia, kerajaan China melakukan apa sahaja yang mereka mampu untuk melawan mogok itu.
Menurut BBC yang berjaya menemuramah salah seorang penunjuk perasaan upahan itu, mereka telah dibayar sekitar RM 400 untuk menyokong kerajaan dan menjadi anti-mogok bagi melawan bantahan sebenar yang diadakan oleh orang ramai itu.
Kebanyakan daripada anti-mogok upahan ini direkrut dari daerah paling miskin di sekitar Hong Kong. Mereka dibawa menggunakan bas untuk hadir di kawasan yang dipenuhi oleh kumpulan pembantah yang sebenar.
4. Polis internet
Salah satu pekerjaan pelik kerajaan China yang mempunyai paling ramai kakitangan ialah Polis Internet. Kira-kira seramai dua juta orang ditugaskan untuk mengawasi penggunainternetdi seluruh China.
Selain daripada memerhatikan tabiat pengguna internet di negara itu, objektif utama mereka adalah untuk menghalang sebarang kritikan terhadap kerajaan China. Ramai Polis Internet menjelajah dari web ke web untuk mengumpul dan menilai pendapat orang awam.
Selain itu, laman web yang tidak menyebelahi pihak kerajaan juga akan disekat alamat IP mereka agar tidak dapat diakses. Polis Internet bertanggungjawab untuk menghalang berlakunya pemberontakan terhadap kerajaan China seperti yang berlaku di Mesir dan Libya.
Polis Internet mempunyai senarai hitam kata kunci atau istilah tertentu. Sekiranya kata kunci ditaip dalam enjin carian di China seperti "Dalai Lama", ia akan ditanda, ditapis dan hasil carian itu akan disekat.
Mana-mana pemilik laman web yang mempunyai kata kunci daripada senarai hitam itu, Polis Internet akan menghubungi mereka agar membuangnya atau tindakan disekat akan dikenakan.
Selain itu, rakyat China juga boleh ditangkap kerana penggunaan internet mereka. Pada tahun 2008, seorang guru telah didapati bersalah kerana memuat naik gambar-gambar sebuah sekolah yang runtuh akibat tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan China.
5. Panda profesional
Jika anda pernah melihat panda di mana-mana zoo selain China, ini bermakna panda itu dibayar untuk berada di sana. Dalam erti kata lain, panda-panda ini adalah 'pekerja' kepada kerajaan China.
Ini kerana China mempunyai monopoli terhadap panda gergasi. Setiap ekor panda gergasi dimiliki oleh kerajaan China dan hanya disewakan kepada zoo-zoo di seluruh dunia.
Kerajaan China mengenakan caj sebanyak USD 1 juta (RM4.14 juta) setahun bagi seekor panda gergasi yang disewakan. Sewa biasanya berlangsung selama 10 tahun dan sering diperbaharui selepas ia tamat tempoh.
Selain itu, China juga membuat keuntungan melalui program pembiakan panda. Setiap panda yang disewakan itu dijangka akan dibiakkan. Untuk setiap anak panda baru, zoo yang menjalan pembiakan itu perlu membayar sehingga RM 2.4 juta kepada kerajaan China.
Sekiranya mana-mana panda yang disewakan itu mati dalam jagaan zoo kerana kesilapan manusia, denda tambahan sebanyak RM 2.06 juta akan dikenakan. Wang yang diperolehi daripada panda yang disewa keluar ini dikatakan akan disalurkan kepada usaha pemuliharaan panda di China.
6. Tentera 50 Sen
China telah mengambil seramai 300,000 pengulas internet berbayar untuk menyiarkan komen yang menyebelahi kerajaan mereka. Kumpulan ini digelar sebagai Tentera 50 Sen, kerana mereka dibayar sebanyak 50 sen bagi setiap komen yang dimuat naik.
Kumpulan ini dibayar bagi mengganggu apa-apa komen atau artikel yang mengkritik kerajaan China. Mereka lakukan dengan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai komen yang telah dirancang pada buku panduan mereka.
Salah seorang Tentera 50 Sen memberitahu bahawa dia akan menerima e-mel daripada "pejabat" tempatannya, mengandungi arahan mengenai berita atau artikel apa yang perlu diulasnya pada hari itu.
Tentera 50 Sen juga diberi senarai terperinci mengenai arahan bagaimana untuk menanamkan idea seperti "Amerika sebagai sasaran kritian di internet" atau "cara berhadapan dengan idea demokrasi". Setiap Tentera 50 Sen ini menggunakan pelbagai akaun yang berbeza untuk menghujani ruangan komen atau artikel seboleh mungkin.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2019 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo....lebih kurang DAP tiru strategi China ni lerr rupanya selama ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 03:43 PM | Show all posts
patut la PANDA datang sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 04:13 PM | Show all posts
eh kalau kat Malaysia ni bukak jawatan tentera 50 sen... berderu acik bawang apply..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:13 PM | Show all posts
no 6 tu keyboard warrior bergaji lah kan. .acik bawang doing it for free jah
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2019 03:56 PM | Show all posts
keyboard warrior pun ada kat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2019 03:30 PM | Show all posts
Penduduknya ramai tak hairan kalau kerja sebegitu pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2019 10:43 AM | Show all posts
macam ni pun ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2019 12:07 PM | Show all posts
kalau makcik2 bawang sini dapat bayaran gini, makin bertambah lah makcik2 bawang
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2019 10:07 AM | Show all posts
halahhhh no1 tu,lama2 tumpo otak
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
apa rasa kalau hari2 tengok porn movie..?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2019 02:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo panda tu mcm kat msia la
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2019 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sangka pulak kerajaan china betul2 jaga aktiviti untuk no 1 tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.191984 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list