View: 4597|Reply: 16
|
"Kacang Je Nak Godam Kamera Telefon Bimbit,"- Kevin Mitnick, Bekas Pen
[Copy link]
|
|
Percaya atau tidak, dalam dunia penggodaman siber, tiada yang mustahil bagi mereka kerana jaringan dalam talian yang pantas dalam era ini sudah menyenangkan mereka untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Sama ada penggodaman ini berlaku tempatan ataupun antarabangsa, daripada jabatan sekuriti kerajaan yang sedang mengawasi anda mahupun mereka yang mempunyai niat tidak baik terhadap anda, semuanya bukanlah kompleks seperti dalam filem dengan bahasa pengaturcaraan berjela. Akan tetapi dengan memuat turun aplikasi tertentu. Apa yang lebih mengejutkan, aplikasi ini amatlah komersil dan tidak perlu pun membeli di pasaran gelap Dark web.
Kevin Mitnick, seorang bekas penggodam yang amat terkenal dalam dunia siber dan sedang bekerja dengan kerajaan Amerika sebagai konsultansi siber sekuriti berkata,
"Betapa senangnya untuk seseorang menggodam telefon selular anda, secara senyap-senyap memasang kamera anda dan melihat apa yang anda sedang buat?"
Terdapat DUA cara penggodam menceroboh masuk ke dalam telefon bimbit anda.
CAPAIAN FIZIKAL
Jika seseorang mempunyai akses secara fizikal terhadap telefon bimbit anda seperti seseorang yang telah mengetahui kata kunci anda, mereka cuma perlu membeli, memuat turun aplikasi dan menyambung akses tersebut pada telefon bimbit anda. Aplikasi seperti Flexispy, mampu memberikan seseorang itu memghidupkan kamera anda, membaca mesej-mesej anda termasuklah mesej yang sudah dipadamkan, memintas dan mengendap panggilan masuk. Apa yang membimbangkan adalah mereka juga boleh mengetahui lokasi keberadaan anda. Akses seperti amatlah berbahaya kerana eksploitasi, ugutan serta banyak jenis jenayah terancang boleh dilakukan. Terdapat banyak lagi aplikasi seperti ini contohnya mSpy, Highster mobile, Hoverwatch dan Mobile Spy. Kesemua aplikasi berbayar ini amat mudah diperolehi.
EKSPLOITASI KAWALAN JAUH
Kebiasaannya dilakukan oleh mereka yang mempunyai berprofil tinggi untuk tujuan pengintipan. Penggodam akan menceroboh masuk ke dalam data telefon bimbit anda melalui aplikasi-aplikasi yang mempunyai sekuriti rendah. Eksploitasi melalui perisisan hasad(malware) ini amat sukar diketahui.
Cara untuk mengetahui telefon bimbit anda sudah digodam.
- Bunyi bising ketika panggilan
- bateri cepat habis kerana aplikasi tidak diketahui berjalan sepanjang masa.
- Penggunaan data meningkat
- Aplikasi iklan dan aplikasi palsu yang sering mengganggu
Kevin Mitnick memberi saranan kepada sesiapa yang mahu melindungi telefon bimbit anda daripada digodam adalah dengan memastikan sistem operasi adalah yang terkini, menggunakan kata kunci yang kuat dan tidak memberitahunya pada sesiapa.
Berikut adalah langkah-langkah lain yang anda boleh lakukan juga untuk mencegah daripada digodam.
- Membuang fail-fail yang mencurigakan
- Memastikan sambungan internet tanpa wayar yang selamat
- Berhati-hati ketika memuat turun aplikasi
- Memastikan sistem sekuriti sentiasa terkini selain daripada sistem operasi
- Jangan biarkan telefon anda terbiar di kawasan awam
- Matikan sambungan bluetooth jika tidak dipakai
Sebagai pengguna telefon bimbit, langkah yang paling selamat daripada digodam adalah dengan memastikan telefon bimbit anda tidak mempunyai maklumat penting umpama data-data akaun bank dan sebagainya tidak disimpan dalam telefon bimbit. Jika pernah membeli dalam talian menggunakan telefon bimbit, anda mestilah sentiasa log keluar akaun tersebut dan membersihkan cache dalam simpanan memori sementara(RAM) telefon anda secepat yang mungkin. Sebaiknya, lakukan juga imbasan virus sebelum dan selepas pembelian dalam talian, serta membuat imbasan sekerap yang mungkin. -CARI
Sumber Rujukan : Bussiness Insider, Safe Guarde, Wiki,Techworld |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak hack telepon laki iols |
|
|
|
|
|
|
|
i slalu lupa nak offkan bluetooth kt handphone. sbb slalu dlm kete guna tuk cast spotify..pastu langsung lupa nak tutup BT .
bahaya nie.. kena igt slalu. |
|
|
|
|
|
|
|
isteri jgn cek telepon suami. nanti bergaduh |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm...kamera iols memboringkan...x kreatif n x best...
so rugi jahh nak hack bagai |
|
|
|
|
|
|
|
tengok2 bateri dah kombung..bukannyo kono godam.....wakakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 02:53 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 8-2-2019 12:56 PM
Iols nak hack telepon laki iols
Terima kasih baca. Uhhh... Kalau ikhlas, kasihankanlah laki anda... Kikikikihhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 02:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
ninjago replied at 8-2-2019 01:36 PM
i slalu lupa nak offkan bluetooth kt handphone. sbb slalu dlm kete guna tuk cast spotify..pastu lang ...
Terima kasih baca. Hati-hati ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 02:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
TuntungReturn replied at 8-2-2019 02:15 PM
isteri jgn cek telepon suami. nanti bergaduh
Terima kasih baca. Huhu... Perkataan 'jangan' ni bahaya.... Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 02:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
xtahumenahu replied at 8-2-2019 02:18 PM
hmmm...kamera iols memboringkan...x kreatif n x best...
so rugi jahh nak hack bagai
Terima kasih baca.. Kualiti kamera tak penting, gambar2 yg boleh mengancam keselamatan negara tu yg penting, manalah tau wajah anda tu rahsia sulit. Hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 02:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
CharlesDera replied at 8-2-2019 02:28 PM
tengok2 bateri dah kombung..bukannyo kono godam.....wakakakakakakaka
Terima kasih baca. Hahaha.. Kalau tak main game, mesti sebab overcharge. |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 8-2-2019 02:53 PM
Terima kasih baca. Uhhh... Kalau ikhlas, kasihankanlah laki anda... Kikikikihhh..
Hahaha
Why not?
|
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 8-2-2019 02:57 PM
Terima kasih baca.. Kualiti kamera tak penting, gambar2 yg boleh mengancam keselamatan negara tu ...
Wajah, rahsia sulit?Hahahahaha.
Sbg rakyat marhaein, saya kira tak perlu risau kamera kena godam. Godamlah kome, takde org yg sior nak nengok teman.
Tapi, kalo akaun bank, yang ni kena betul2 risau. Walaupun dlm akaun cuma ada seploh ringek, zaman ni, setiap sen adalah berharga uolls
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 04:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 8-2-2019 03:43 PM
Hahaha
Why not?
Jangan. Nanti susahlah kesatuan laki-laki romantis buat suprise kat bini-bini sedunia. Hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 04:51 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Nurul8001 replied at 8-2-2019 03:53 PM
Wajah, rahsia sulit?Hahahahaha.
Sbg rakyat marhaein, saya kira tak perlu risau kamera kena goda ...
Ya, pishing 10sen setiap org di Malaysia boleh buat jutaan.. Keep our personal security up to date. |
|
|
|
|
|
|
|
Archaiv replied at 8-2-2019 04:49 PM
Jangan. Nanti susahlah kesatuan laki-laki romantis buat suprise kat bini-bini sedunia. Hehehe... ...
Iols is x suka surprise..haha
Takut surprise lain pulok nnt...kui3 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-2-2019 05:20 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shernazz replied at 8-2-2019 05:16 PM
Iols is x suka surprise..haha
Takut surprise lain pulok nnt...kui3
Hahaha... Kena balas balik suprise macam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|