Kredit foto: IG Raja Ilya
Sejak dah kahwin, bukan main sweet Raja Ilya dan suaminya, Trent Garrett.
Kalau tengok di Instagram, banyak juga gambar-gambar mereka berdua.
Ada video dan gambar berbulan madu, ada video Raja Ilya buat surprise dan macam-macam lagilah.
Dalam banyak-banyak, ada satu video yang berjaya menarik perhatian ramai netizen.
Beruntungnya Raja Ilya! Suami yang sediakan sarapan pagi.
"Mamamia...bila dia harapkan kita yang buatkan breakfast lepas kahwin, last2 dia pulak kena buat breakfast," tulisnya.
Di ruangan komen ramai yang tumpang gembira dengan kebahagiaan pasangan ini.
Semoga terus bahagia hingga ke akhir hayat. Amin. -CARI
|