CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7236|Reply: 49

[Jenayah] Polis tahan pasangan Russia lambung bayi

[Copy link]
Post time 4-2-2019 11:52 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri warga Russia berhubung perbuatan melambung bayi mereka ketika pertunjukan jalanan di Bukit Bintang.

Mereka ditahan di Jalan Raja Abdullah, di sini, hari ini ketika pasangan itu sedang membuat persembahan untuk mengemis wang daripada orang ramai.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya berusia 27 tahun itu ditahan bersama bayi perempuan mereka berusia empat bulan, kira-kira jam 3.30 petang.

“Kita menahan pasangan itu selepas polis menerima laporan berhubung tindakan lelaki Russia itu melambung bayi terbabit, bagi menyiasat sekiranya terdapat unsur penderaan dan perkara tidak baik berlaku pada bayi itu.

“Kita akan dapatkan tempoh tahanan reman esok, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya kepada pemberita selepas hadir meninjau kelancaran kempen Op Selamat 14 sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Plaza Tol Duta, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, hari ini.

Dalam tempoh enam hari kempen itu, 8,353 saman dikeluarkan manakala 1,707 kenderaan terbabit dalam kemalangan selepas Ops Selamat 14 dilancarkan pada 29 Januari lalu.

Mazlan berkata, hasil siasatan awal mendapati pasangan terbabit masuk ke Malaysia pada Jumaat lalu melalui Thailand dan penahanan sudah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Russia.

Terdahulu, viral satu video selama satu minit 26 saat di media sosial, memaparkan seorang pelancong warga asing menghayun serta melambung seorang bayi yang dipegang di bahagian kaki beberapa kali.

Turut bersama lelaki itu, seorang lagi lelaki dan dua wanita yang sedang bermain muzik. Difahamkan, kumpulan itu membuat pertunjukan untuk menagih simpati orang ramai bagi mengutip derma.

Video itu kemudian menerima kecaman netizen yang menggesa pihak berkuasa memantau kumpulan pelancong yang dianggap mengeksploitasi anak mereka bagi meraih simpati.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2019 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok la tahan jah kokesen pprt ini terutamanya Russians.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Itupun nak pelik.  Macam Arab  ,  Pakistan pun jenis lambong2 Baby depa.  Mungkin tujuan dia nak bagi anak tahan lasak  .  Melayu aje yg manja2 sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2019 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambung kt umah sudahlah.tkde sapa kisah

Ni lambung kt public.pstu mengemis derma.mmg pergunakan anak tu lah.

Cmtu..Bangla Nepal Indon semua bole mengemis la cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada acik yindia tu kata ‘mana blh ini macam’ Diorg ni tgh high ke time tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
X berani sy nk tgk video org gile ni.
X ke gegar otak ank tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 4-2-2019 11:56 PM
Itupun nak pelik.  Macam Arab  ,  Pakistan pun jenis lambong2 Baby depa.  Mungkin tujuan dia nak bag ...

Baca lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
harap charge juga mereka atas kesalahan mengemis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2019 12:38 AM | Show all posts
Pengemis rupanya... menyusahkan jer... dah lah datang negara orang, kemudian mengemis. Ingat kulit dia putih macam kokosen, orang nak simpati kot. Last2 masuk lokap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 4-2-2019 11:56 PM
Itupun nak pelik.  Macam Arab  ,  Pakistan pun jenis lambong2 Baby depa.  Mungkin tujuan dia nak bag ...

Adooiii
Ko ingat lambung2 tu kasi budak kuat
Bahaya ler... xda saintifik lambung2 leh kuat.. choiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlet.. russia cam2 perangai ada
Budak tu memang nampak ketawa. Bukan suka.. gayat.. cam org geletek.. kau ketawa terpaksa kan.. baru 4 bln kau lambung2.. org2 tua zaman dulu suka lambung anak konon kasi berani.. xdanya.. buat sakit budak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:10 AM | Show all posts

ini benda biasa di Russia & Ukarine.

Pendapat mereka yoga mcm menguatkan ketahanan antibody baby. Cuba tgk youtube ada video. Dia orang percaya kalau kita terbalikkan baby (pegang kaki dan kepala baby tu kebawah) baby tu payah nak dpt selesema. ada lagi cara lain yang membuatkan system digest baby/bayo/tod sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Oks nanti lambung2 bayi dia ikut tradisi mother russia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA replied at 5-2-2019 01:10 AM
ini benda biasa di Russia & Ukarine.

Pendapat mereka yoga mcm menguatkan ketahanan antibody bab ...

Harap lepas ni takde yang terbalikkan baby dan pergi selam dalam sungai kengkonon nak jadi kuat macam Achilles.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 5-2-2019 01:35 AM
Oks nanti lambung2 bayi dia ikut tradisi mother russia.

Datang malaysia ikutlah tradisi Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
takut terlepas je baby tu. seriau tengok. pe kate lambung mak die. tak kene tangkap kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2019 02:13 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 4-2-2019 09:38 AM
Harap lepas ni takde yang terbalikkan baby dan pergi selam dalam sungai kengkonon nak jadi kuat ma ...



Cuba tgk youtube ada jer baby diselam. Infant swimming.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 02:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Uishhhh..ngeri lah bodoh..dah la sengkek kepam busuk pegunakan anak plak nak melancong..semoga baby tu tak apa2..4 bulan baru kot..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 4-2-2019 11:05 AM

tidak boleh dunk baby dalam swimming pool .....risk untuk dapat asthma .....bahaya baby akan terminum air swimming pool berbagai germs   .... jika mahu buat beli kiddie pool ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2019 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dumex dh buat dulu

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.070198 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list