View: 2149|Reply: 16
|
[Tempatan]
Apa masalahnya? Saya pun pernah joget joget joget!..Sikit sikit tercalar sikit s
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2019 12:59 PM
TAN Sri Abd Aziz Abd Rahman. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Saya pun pernah joget - Abd AzizOleh Luqman Arif Abdul Karim
[email protected]t
KUALA LUMPUR: Majlis tarian membabitkan tokoh kehakiman seperti yang tersebar di media sosial disifatkan sekadar himpunan sosial, sekaligus tidak akan merencatkan keutuhan profesionalisme dalam bidang guaman.
Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abd Aziz Abd Rahman, berkata penganjuran majlis sedemikian tidak sewajarnya dijadikan isu atau dipolitikkan untuk meraih laba bersifat peribadi oleh segelintir pihak.
“Itu himpunan sosial, saya jadi majistret dan Timbalan Pendakwa Raya dulu juga hadir majlis sedemikian. Kalau ada joget, saya pun joget kerana menghormati persaudaraan dalam ‘keluarga’ bidang kehakiman.
“Itu saja, balik rumah lepas penat joget, lupa semua,” katanya secara bersahaja ketika ditemui pemberita di kediamannya, hari ini.
Klip video memaparkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dalam suatu majlis tersebar di media sosial, sejak kelmarin.
Video tarian membabitkan Tommy, Richard, Vui Keong bersama beberapa peguam dan aktivis seperti Datuk S Ambiga dan Siti Zabedah Kassim (Siti Kassim) menimbulkan kebimbangan netizen berkaitan ketelusan sistem kehakiman.
Abd Aziz mendakwa cubaan untuk memperbesarkan isu berkenaan dengan memanipulasi penganjuran majlis sosial itu mempunyai motif tersendiri, termasuk ingin mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.
“Dulu semua ada (majlis sosial dan joget), ini bukan kali pertama, malah ketika menyandang jawatan dalam kerajaan juga pernah menyertai acara sama. Tiada apa-apa yang nak diperbesarkan pun pasal isu joget ni.
“Kalau orang pelawa saya naik pentas untuk joget, tak akan nak tolak kerana tingkah laku sedemikian mungkin diterjemahkan sebagai kurang ajar pula,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/522070/saya-pun-pernah-joget-abd-aziz
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2019 12:55 PM
UMNO pun biasa ada majlis tarian - KJOleh Rizanizam Abdul Hamid
[email protected]
CAMERON HIGHLANDS: Tiada sebarang masalah untuk beberapa tokoh kehakiman berada dalam satu majlis, namun haruslah mengelak kelakuan yang boleh mengundang spekulasi negatif dalam kalangan rakyat.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata masyarakat tidak seharusnya bersikap terlalu jumud sehingga mengatakan tidak boleh ada tarian di majlis keraian.
“Kita pun biasa dalam UMNO ada majlis tarian dan sebagainya, janji ia tak melampaui batas. Jangan kita jumud sangat kata tak boleh ada tarian di majlis-majlis terutamanya yang meraikan sesuatu.
“Bagi saya kalau Ketua Hakim Negara ada, Peguam Negara ada, Menteri Undang-undang ada, tak ada masalah untuk berada dalam satu majlis tapi kita elaklah apa-apa tindakan yang boleh mengundang spekulasi negatif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kempen di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Golden Hill, di sini hari ini.
Sebuah video memaparkan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dalam suatu majlis tersebar di media sosial.
Video tarian membabitkan Tommy, Richard, Vui Keong bersama beberapa peguam dan aktivis seperti Datuk S Ambiga dan Siti Zabedah Kassim (Siti Kassim) menimbulkan kebimbangan netizen berkaitan ketelusan sistem kehakiman.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, tarian itu tidak menimbulkan isu moral sebaliknya lebih kepada kritikan seolah-olah pemisahan kuasa tak dihormati kerana semua mereka berinteraksi secara sosial.
“Itu sahaja... jadi bagi saya bukanlah soal moral tetapi lebih kepada soal pemisahan kuasa dan mereka (pun) sudah jawab hanya satu lagu dan sebagainya.
“Tapi dulu kita (BN menari) kena hentam jadi tak apalah kalau rakyat nak tegur terima sahajalah,”
Sebelum ini pada 2016 kerajaan hari ini yang menjadi pembangkang ketika itu turut mempersoalkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menari bersama beberapa menteri BN dalam majlis sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2019 12:58 PM
Sikit sikit tercalar sikit sikit tercalar, sikit sikit terhina sikit sikit terhina.
PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris. - Foto Rozainah Zakaria
Ketua Hakim Negara, Peguam Negara diminta lepaskan jawatanOleh Baharom Bakar
[email protected]
MARANG: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas diminta melepaskan jawatan selepas kredibiliti institusi badan kehakiman dan sistem keadilan negara didakwa tercalar.
Ia berikutan tersebarnya video dua individu berkenaan rancak menari seperti ditularkan melalui media sosial sejak kelmarin.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris, berkata penyebaran klip video membabitkan pengamal undang-undang tertinggi menari itu tidak boleh dianggap sebagai isu bangsa dan agama.
“Tindakan oleh ketua jabatan tertinggi badan kehakiman dan Jabatan Peguam negara itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Walaupun ramai beranggapan majlis tari menari yang turut membabitkan ketua jabatan kehakiman dan ketua peguam negara diadakan sempena Majlis Makan Malam Gala pengamal undang-undang adalah isu biasa, tetapi pembabitan mereka tidak disenangi seluruh pimpinan parti di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bicara Profesional sempena Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) negeri di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, di sini, hari ini.
Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Razali yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika mengulas penularan klip video yang memaparkan Richard dan Tommy sedang rancak menari sejak Ahad lalu.
“Richard dan Tommy dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela kerana kelakuannya itu memalukan kepemimpinan negara Malaysia Baharu.
“Peletakan jawatan secara sukarela oleh dua ketua jawatan tertinggi dalam kerajaan itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
no big issue pun sbnrnya... |
|
|
|
|
|
|
|
orang parti bersatu pun dah mula bersuara. Adalah yg takbpuas hati tu |
|
|
|
|
|
|
|
Toksahlah nak dabel standed, dulu thread Apendi menari korang punya kuncu2 jugak kutuk berjemaah...... Baik BN ngan PH sama je.............
Ni ha aku bagi link thread dulukala si Apendi menari KLIK DI SINI pastu hang tgk apa komen kuncu2 korang............ |
|
|
|
|
|
|
|
no big issue apakebenda
persepsi
cj..ag. dok joget dgn lwyer lwyer
nampak biasa..tp persepsi dlm keadilan penting |
|
|
|
|
|
|
|
joget je lah. payah sangat la korang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-1-2019 04:37 AM
UMNO pun biasa ada majlis tarian - KJOleh Rizanizam Abdul Hamid
[email protected][ ...
Cool la abah |
|
|
|
|
|
|
|
kau kalau ye pun nak melondeh cover laa sikit... wakakaka
paling celaka dua pencaci DAP tu lah. contradict gila babiii..
|
|
|
|
|
|
|
|
highcastle replied at 23-1-2019 12:44 AM
Toksahlah nak dabel standed, dulu thread Apendi menari korang punya kuncu2 jugak kutuk berjemaah.... ...
Khuenss apandi joget salah , tetibe AG br joget jadi kebiasaan plak. Dah kalau sama jah mereka , apa perlu moto “Malaysia Baru” ? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini isu besar sebenarnya, bukannya pasal takleh menari, tapi Hakim tambahan pula kerja Hakim tidak boleh beramas mesra dgn org2 yg bakal dia adili samada pendakwa atau defends mcm tomi, sitikasim etc.kalau engkau pergi mahkamah boleh tgk yg lepak sorang2 atau mkn sorang2 Tu Hakim ler...kalau dah boleh LPs Ni Hakim pegi lunch dgn Loyer jgn bising sudahla hahaha hahaha hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Ada aku terbaca dlm penerangan sorg lawyer, mmg malam gala ni cenggitu tradisinya...
Peguam tu kata event gala jadah tu adalah event tertutup yg dihadiri oleh golongan yg memang arif perihal perundangan...dan jemputan tetamu kehormat utk ke pentas mmg sesuatu kelaziman pun kata beliau....so point peguam tu kalo setakat para pengamal undang2 dlm event tertutup tu tgk menteri ke AG ke CJ ke sepentas menari mmg dorg xkan pikir pasal persepsi dan prejudis, tp ianya menjadi isu bila video event tertutup tu leak
Dulu dorg main persepsi dgn kerajaan, now mendapatlah permainan dorg tu balik
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp best gak kalo ko tag sorg2 yg dok komen dlm tred dulu tu, hahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Lantak la korang nak berjoget. No big issue pun sebab dalam majlis gala utk lawyer kan?. Lain la ko berjoget dekat dalam majlis terbuka mcm wedding, AJL, AIM etc. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tak memecahbelahkan ummah bukan umno la dekk |
|
|
|
|
|
|
| |
|