Bagai rezeki dari langit, seorang peniaga bundle menemui wang tunai sebanyak 550 000 Yen (RM20 755. 84) ketika membuka guni di kedainya di Bachok, Kelantan.
Kredit foto: NSTP
Pemuda berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia amat terkejut apabila menemui duit itu di dalam coat yang ada dalam guni tersebut.
Katanya lagi, dia membeli guni itu dengan harga RM50 dari sebuah gudang di Wakaf Baru, Kelantan. Kisah penemuan duit yang berjumlah hampir dua puluh ribu ringgit ini menjadi viral selepas Wan Mohamad Adam berkongsi cerita ini di laman Facebook miliknya.
Kredit foto: NSTP
Kisahnya ini turut mendapat perhatian Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad. Menurutnya, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan orang ramai.
Walaubagaimanapun, kata Mufti Kelantan lagi, wang yang ditemui tanpa pemilik sama ada ditemui di tepi jalan atau di mana mana bukanlah hak si penjumpa dan harus diserahkan kepada jabatan agama.
Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan lelaki itu yang memuat naik cerita tentang wang itu dan tindakan jabatan agama yang mahu mengambil duit tersebut. Jadi apa komen korang? Patut ke duit tu diserahkan ke jabatan agama?
Betul ke tindakan lelaki itu menghebohkan wang yang dijumpainya? Komen pendapat anda di bawah! - CARI
Post time 16-1-2019 11:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Haha.. iols dah agak. Mesti akan ada pihak yg bg sepatah dua kata.. len kali bro kalo ko rasa nk amik duit tu.. diam2 je dah la.. ni la padahnya bila monyet dapat bunga.
Jom tengok sisi lain pulak.
Kau ada duit RM20K.
Siapa pun kau tak bagitahu.
Tinggal dlm beg compartment rahasia kt bhgn bawah tu. Nak simpan bank la nanti.
Sekali kau kena langgar lori, koma 4 bulan.
Org ingat kau dah nak mampus, so ntah sedara binawe mana ntah jual barang2 kau, beg, kasut, sepender,
sekarang barang kau dah sampai Eswatini.
Kau jaga je, beg kau pun dah takder. Lepas lekuk sedara binawe kau tu, kau pun redha je.
Semoga duit kau digunakan oleh orang baik2 je la.
Semoga ia tidak digunakan oleh mamat Afro Eswatini utk enjoy dengan betina2 kat situ.