|
Sudah pulih sepenuhnya dari kemalangan jalan raya yang terjadi pada dirinya baru-baru ini, Nina Iskandar sudah mula kembali semula ke set penggambaran.
Difahamkan dia kini sedang meluangkan masa bercuti di Turki.
Nina ada berkongsi gambar-gambarnya di sana melalu Instagram.
Namun ada satu entri yang mencetuskan tanda tanya para peminatnya yang mendakwa saiz bibir Nina adalah sangat berbeza berbanding sebelum ini.
Seorang netizen ada menulis komen, "Dari dulu lagi dah lawa Nina ni, tapi kenapa cucuk bibir jadi tebal pula?"
Kredit foto: IG
Sebelum pertanyaan tersebut menimbulkan fitnah dan spekualsi, Nina bertindak memberi penjelasan tentangnya.
"Tak pernah cucuk. Tapi saya accident hari tu, so ada jahitan kat luar dan dalam.
"So, jahitan dalam ambil masa untuk sembuh.
"Insya-Allah nanti akan jadi seperti sediakala. Doakan ya."
Dalam kemalangan tersebut bibirnya koyak dan tulang belakangknya retak, jadi tidak mustahil ada perubahan yang berlaku pada wajahnya.
Janganlah cepat menuduh yang bukan-bukan lagi lain kali ya. -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|