Cantik dan menakjubkan adalah dua perkataan yang dapat diberikan kepada Green Lake yang terletak di Austria ini.
Siapa sangka tasik yang dikelilingi pergunungan Hochschwab dan hutan ini, menyimpan fenomena unik yang tersendiri.
Kredit foto : Google
Green Lake (Gruner See) adalah sebuah tasik indah berwarna hijau-zamrud dengan kedalamannya hanya sekitar 1-2 meter ketika di musim sejuk. Seperti kebanyakan taman tasik yang lain dengan rumput yang ditutupi saat musim salji , bangku-bangku di taman, dan jalan-jalan kecil, taman ini cukup mengindahkan.
Kredit foto: Google
Kawasan tasik ini juga menjadi tumpuan pendaki gunung yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi di sini.
Kredit foto: Google
Walau bagaimanapun, apabila musim bunga menjelma, secara perlahan taman tasik ini mulai tenggelam.
Kredit foto: Google
Fenomena ini terjadi apabila suhu meningkat dan salji mencair, menyebabkan lembangan tanah di bawah gunung ini terjadi sehingga membuatkan Green Lake dipenuhi air yang mencapai kedalaman maksimum kira-kira 12 m (39 kaki). Namun setelah memasuki musim gugur air mula kembali surut.
Kredit foto: Google
Saat ini penyelam boleh berenang dengan ikan di tasik dengan pemandangan pokok-pokok yang subur dan rumput hijau. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba berjalan di jalan dari batu-batu yang berada di bawah air. Bangku yang biasanya digunakan untuk duduk juga boleh menjadi tempat foto yang menarik.
Kredit foto: Google
Selama hampir 6 bulan, taman ini akan tenggelam dan akan menjadi syurga bagi penyelam. Tenggelam pokok dan rumput tidak akan layu dan hilang kesegarannya kerana matahari musim panas terus memberikan pengambilan cahaya yang mencukupi.
Kredit foto: Google
Video Green Lake
Menakjubkan bukan? Kepada anda yang sukakan aktiviti menyelam, apa kata kali anda terbang jauh sedikit dan rasakan sendiri pengalaman menyelam di taman dalam air sambil berswafoto dengan penuh gaya kreatif .
|