Ujian JPJ adalah salah satu ujian yang paling digeruni manusia selepas ujian berjumpa dengan bakal bapa mentua. Mana tidaknya, dengan pegawai JPJ yang garang dan tegas (tidak semua), mereka yang berbadan sasa pun boleh terkucil.
Lain pula kes yang berlaku ni Negeri Sembilan ini, calon ujian memandu kereta ini mengacukan pisau ke arah pegawai JPJ setelah gagal ujian. Semasa kejadian, pegawai JPJ itu meminta calon itu untuk menukar tempat duduk, untuk membawa pulang kereta itu semula setelah calon itu gagal dalam ujian.
Apa yang berlaku, calon itu mengacukan pisau ke arah pegawai JPJ tersebut, mungkin mahu mengugut atau stres ketika itu. Bunyi seperti kelakar tapi perkara ini memang terjadi!
Sumber Gambar: SenawangTV
Sumber Gambar: SenawangTV
Sumber Gambar: SenawangTV
Kejadian ini dilaporkan SenawangTV di laman Twitter-nya. Menurutnya lagi, calon itu telah gagal ujian memandu sebanyak empat kali dan mungkin itu puncanya dia bertindak sedemikian. Jangan pula kita judge calon itu, mungkin dia betul tengah desperate perlukan lesen untuk bekerja, atau dia ada masalah mental. Jadi kita yang membaca ini jangan pula gelakkan atau mengkeji dia.
Dari sudut positifnya, calon itu menggunakan jalan yang betul untuk ambil lesen memandu walaupun sudah gagal 4 kali, tidak seperti mereka yang hulurkan duit di bawah meja. Sekurang-kurangnya dia masih mencuba walaupun gagal, wang dan masa juga dikeluarkan. Mungkin pada ketika itu sahaja dia tidak dapat mengawal diri.
Sumber Gambar: SenawangTV
Sumber Gambar: SenawangTV
Untuk korang dekat luar sana tu, jangan pula bertindak di luar kawalan jika gagal banyak kali dalam kehidupan. Jika mahu ambil ujian JPJ, pastikan korang dah betul-betul boleh bawak kenderaan itu tanpa rasa takut. Barulah tak bazir masa dan wang.
Tapi jika korang gagal seperti calon itu, cuba berfikir positif. Mungkin kalau korang lulus tanpa reti bawa kereta dengan betul, mungkin itu boleh mencederakan orang lain, silap-silap membunuh diri sendiri dan orang lain. Jadi sentiasa positif okay! - CARI |