CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 14

Gelinya! Cacing Hidup Dalam Hidung Budak Perempuan Lebih Sebulan

[Copy link]
Post time 31-12-2018 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Mirror





Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang kanak-kanak perempuan di Vietnam sebaik sahaja mendapati seekor cacing berwarna hitam hidup di dalam rongga hidungnya sejak lebih sebulan lalu.


Memetik laporan Mirror, haiwan itu ditarik keluar dari hidung kanak-kanak berusia enam tahun tersebut oleh seorang doktor di sebuah klinik, baru-baru ini.


Kanak-kanak yang berasal dari Phin Ngan itu dibawa ibu bapanya ke klinik berkenaan selepas dia mengadu tentang sesuatu yang bergerak di dalam rongga hidungnya.


Cacing itu dipercayai masuk ke dalam hidung kanak-kanak berkenaan ketika dia meminum air di sebuah sungai. Lama-kelamaan, cacing itu membesar sehingga kira-kira tiga inci panjangnya apabila ditarik keluar.




Kredit foto: Mirror




Dalam rakaman video yang dimuat naik di YouTube, kanak-kanak tersebut dilihat tenang ketika doktor mengeluarkan cacing berkenaan dari dalam hidungnya dengan menggunakan sebatang penyepit yang nipis dan panjang.


Namun, dia kelihatan terkejut apabila doktor menunjukkan kepadanya cacing yang telah dikeluarkan itu.





Kredit video: YouTube



Nasib baiklah cacing itu dapat dikeluarkan lebih awal. Kalau terlambat, entah apa agaknya nasib kanak-kanak perempuan berkenaan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2018 02:53 PM | Show all posts
fuhhh mesti lega rasa dlm idung
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Relax je budak tu{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 03:08 PM | Show all posts
eeeee ngerinya. Balik nak makan ubat cacing lah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2018 05:20 PM | Show all posts
baguslah bdk ni relax je ms doktr tu tarik kluar cacing tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cool je anak ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2019 02:03 PM | Show all posts
eeeeee....serammm nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 02:22 PM | Show all posts
paz replied at 31-12-2018 03:08 PM
eeeee ngerinya. Balik nak makan ubat cacing lah.

org dewasa pun kena makan ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2019 03:29 PM | Show all posts
chinta89 replied at 2-1-2019 02:22 PM
org dewasa pun kena makan ke?

kena ke tak, Paz tak sure. tapi Paz memang setiap tahun makan.
Kalau ikutkan orang dewasa lagi makan macam-macam.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 03:33 PM | Show all posts
paz replied at 2-1-2019 07:29 AM
kena ke tak, Paz tak sure. tapi Paz memang setiap tahun makan.
Kalau ikutkan orang dewasa lagi ma ...

betul paz, ada ahli farmasi advice meols utk amek ubat cacing tu utk dewasa 2x setahun. just to make sure takdak cacing makan and kacau sistam dalaman kita
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 03:56 PM | Show all posts
kau tak korek hidung ke deeekkk
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 04:29 PM | Show all posts
BoongaKertas replied at 2-1-2019 03:33 PM
betul paz, ada ahli farmasi advice meols utk amek ubat cacing tu utk dewasa 2x setahun. just to ma ...

Kalau ikut kat kotak ubat tu memang dia advise setiap 6 bulan. Tapi Paz makan setiap 12 bulan.


Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2019 05:17 PM | Show all posts
Euwww nasib dah berjaya dikeluarkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 10:23 AM | Show all posts
paz replied at 2-1-2019 03:29 PM
kena ke tak, Paz tak sure. tapi Paz memang setiap tahun makan.
Kalau ikutkan orang dewasa lagi ma ...

makan brpe kali setahun.


makan setahun sekali je ok tak.. mse birthday bru mkn. ala2 renew lesen tarikh hari jadi, so terus ngappp ubat cacing setahun sekali jugak. kih3
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2019 10:52 AM | Show all posts
chinta89 replied at 3-1-2019 10:23 AM
makan brpe kali setahun.

Samalah Paz makan every January.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.318026 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list