"Mana ada saya 'unfollow' Zizan. Tak ada apa-apa. Saya dan Zizan masih berkawan dan tak ada apa pun yang berlaku."
Itu jawapan pelakon dan pengacara Mira Filzah,25 bagi menjelaskan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan Mira tidak lagi mengikuti Zizan di Instagram kerana rapat dengan pelakon Remy Ishak.
Malahan Mira menegaskan statusnya dengan Zizan masih berkawan sampai sekarang. Manakala hubungannya dengan Remy pula disifatkan sekadar rakan sekerja dan tidak lebih dari itu.
Kredit foto: IG
Kredit foto: Carian Internet
"Sejak Jun lalu, sudah empat kali saya dan Remy berlakon bersama. Gandingan pertama kami menerusi filem Sangkar dan diikuti filem Rise: Ini Kalilah. Kemudian, kali ketiganya kami berlakon pula dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan keempat, Pujaan Hati Kanda," jawabnya kepada akhbar Harian Metro.
Bagi Mira, tiada istilah cinta antara dia dengan Remy kerana ia sekadar hubungan sesama pelakon dan mereka berkawan atas dasar mahu bekerjasama bagi menghidupkan watak tersebut.
"Kami tidak bercinta, berkawan saja. Macam mana nak bekerjasama kalau tak berkawan?"
Kredit foto G
Biarpun ramai netizen yang menyifatkan Remy seperti menaruh hati kepada Mira kerana kemaskini laman Instagram Remy yang dipenuhi dengan adegan mereka berdua, Mira menegaskan Remy sangat komited bila bekerja.
"Memang tak ada apa-apa pun. Nak kata rapat pun, tidak, sekadar rakan sekerja. Lagi pula Remy seorang yang serius dan profesional kalau bekerja. Tapi dalam masa sama, dia sangat mesra orangnya di set penggambaran. Kiranya Remy ni senang berkomunikasi dan dibawa berbincang," jelasnya lagi panjang lebar.
Kredit foto: IG
Dengan penjelasan itu, maka Mira Filzah menolak hubungan 'cinta lokasi' antara dia dengan Remy. Manakala hubungannya dengan Zizan pula sekadar kawan. Jadi, sama-sama kita nantikan kesudahan 'drama' ini. - CARI
|