CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1065|Reply: 2

[Dunia] Terorist China langgar murid sampai mati hanya kerana bergaduh dgn Bini

[Copy link]
Post time 23-11-2018 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Bergaduh dengan bini rupanya...

BEIJING: Pemandu kereta merempuh sekumpulan murid sekolah menyebabkan lima terbunuh dan 19 lagi cedera, memilih sasaran secara rawak selepas bergaduh dengan isterinya, lapor media China hari ini.

Penganggur berusia 29 tahun itu membayangkan membunuh diri ‘disebabkan pergaduhan’ dengan isterinya sebelum memandu kereta merempuh kanak-kanak berkenaan semalam, menurut agensi berita Xinhua, memetik kenyataan polis.

Lelaki itu ‘memilih mangsa secara rawak’ ketika memandu di bandar raya Huludao, di timur laut China.

Dia membuat pusingan tiba-tiba ke arah jalan bertentangan untuk merempuh kanak-kanak itu, yang melintas jalan sejurus selepas tengah hari, menurut laporan.

Polis di Jianchang meletakkan penyerang itu dalam tahanan jenayah kerana membahayakan keselamatan awam.

Video tidak dapat disahkan yang tular di media sosial menunjukkan kereta terbabas ke jalan bertentangan arah dan merempuh kanak-kanak, dengan impak kemalangan menyebabkan mayat berselerak di atas jalan.

Satu lagi rakaman mengerikan menunjukkan sekurang-kurangnya dua murid terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di atas jalan.

Semua lima yang terbunuh dalam kejadian itu ialah kanak-kanak, menurut laporan stesen penyiar CCTV di akaun media sosial Weibo semalam.

Sementara 16 daripada 19 yang cedera juga murid, dua guru dan orang awam. Tiga masih dalam keadaan kritikal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2018 10:27 PM | Show all posts
Sendiri mati cukuplah, lagi nak libatkan nyawa orang lain yang tidak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2018 11:38 PM | Show all posts
bodoh!!! pi la langgar bini ko kalau dah alang2 nak membunuh... ni ko kena penjara, bini ko sedap2 lililala kat luar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.129360 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list