Sekarang ni macam-macam menu kalau boleh nak makan bersama cheese. Paling popular pisang goreng cheese. Memang terbaik! Tetapi bila memikirkan harga cheese yang agak mahal tu terpaksalah berpada-pada membelinya untuk kegunaan dalam makanan.
Pisang Goreng Cheese (Foto: Google)
Jangan bimbang! Ini dia resipi mudah nak buat Mozzarella Cheese secara hommade dengan hanya 3 bahan sahaja. Jom cuba!
Foto: Google
Resipi Mozzarella Cheese Homemade Dengan 3 Bahan Sahaja
Bahan-bahan
300ml susu penuh krim
180g keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi
Cara-cara membuatnya
1. Campurkan susu dan tepung ubi di dalam periuk. Panaskan di atas api yang kecil dan kacau dengan menggunakan wish untuk mendapatkan tektur mozzarella yang halus.
2. Masukkan cheddar cheese yand diparut sedikit demi sedikit sambil kacau adunan supaya tidak bergentel. Masukkan cheddar cheese sehingga habis dan kacau adunan lebih kurang 10-20 minit sehingga mendapatkan tektur yang pekat.
3. Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tuang adunan tadi dialam bekas yang kering dan simpan di dalam freezer. Bila sudah keras, keluarkan dan potong mengikut saiz yang anda mahukan.
4. Siap untuk digunakan dalam masakan anda.
Selamat mencuba! - CARI |