|
|
Jika sebelum ini Fad Bocey 'ditalkinkan' kerana berpakaian seperti pari-pari, kini Tomok pula melakukan perkara sama dengan melakukan transformasi pada penampilannya.
BACA JUGA: "Minta Tolong Moga PU Dan Da'I Dapat 'Talkinkan' Fad Bocey" - Dah Kenapa Pula Tu?
Shah Indrawan Ismail, 34, atau lebih dikenali sebagai Tomok, semalam berkongsi gambarnya mengenakan pakaian wanita, tampil manja dan ayu dengan solekan dan rambut panjang.
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian itu, namun seperti sudah dijangka ia mencetuskan kontroversi kerana Tomok disifatkan seolah-olah mempromosikan golongan LGTB dan menggesa bekas anggota kumpulan New Boyz itu memadam gambarnya.
Saya benci LGBT, saya benci awak
Bagaimanapun, rata-rata peminat dan pengikutnya mempertahankan tindakan Tomok. Bagi mereka, tidak salah idola mereka bergurau dengan berpenampilan persis wanita.
Chill la bro...
Ia bagaimanpun membuat segelintir netizen yang menentang keras gejala LGBT bertambah berang.
"Orang sibuk tentang LGBT, Tomok jadi nasi tambah pula"
Tidak peduli dengan kecaman bertubi-tubi yang membanjiri ruangan komennya, Tomok sebentar tadi memuat naik sebuah lagi gambar dan kali ini bersama Beto Kusyairy yang turut tampil dengan dandanan wanita jelita.
 Kredit foto: IG Tomok
Apa kata anda? Adakah benar tindakan netizen menasihati Tomok dalam kecaman atau mereka hanya bersikap menjaga tepi kain orang saja? - CARI |
|