View: 7261|Reply: 54
|
'Bila Geng LGBT Buat Baik, Melayu Komen Pasal Agama Macam Kat Dahi Tiada Cop Ner
[Copy link]
|
|
Suatu ketika dahulu, tular seorang lelaki kacak dan sado dari Filipina yang gemar berpakaian seperti wanita.
Malah, kalah kaum Hawa dengan penampilan seksi terlampaunya ditambah pula dengan kasut tumit tinggi, berjalan persis model di atas pentas peragaan fesyen. Melentik habis!
BACA JUGA: Melentik-Lentik Gayanya, Kenali Sinon Loresca! Abang Sado Kacak Tapi Pondan
Terbaru, Sinon Loresca memuat naik beberapa gambar dan videonyaketika mengunjungi Malaysia.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah nilai murni ditunjukkan Sinon apabila dia memberi makan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.
Difahamkan, Sinon menyambut ulang tahun kelahirannya dengan meraikan mereka yang kurang bernasib baik.
"Apa yang saya perlukan untuk ulang tahun saya adalah pelukan hangat daripada mereka yang kurang bernasib baik," katanya.
Niat murni Sinon mendapat perhatian netizen seluruh dunia yang memuji tindakannya itu.
Bagaimanapun, tidak kurang juga yang mengecam dan mencemuh tindakan Sinon yang kononnya 'acah suci. Malah, pihak yang menyokongnya turut mendapat kecaman terutama daripada netizen Muslim Malaysia yang khuatir dengan penularan gejala lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).
Acah-acah baik hati!
Bagaimanapun, kecaman mereka ditempelak netizen lain yang mempertikaikan kaitan nilai kemanusiaan dengan isu LGBT.
Walaupun gay, dia suka tolong orang
Dalam masa sama, ramai netizen mengkritik segelintir pihak terutamanya kaum Melayu yang sering menggunakan kata-kata kesat ketika memberi komen, sekali gus merosakkan imej Islam di mata penganut agama lain.
Melayu kalau bagi komen...
Kredit foto: IG Sinon Loresca
Adat masuk rumah orang, kena ketuk pintu dan bagi salam terlebih dahulu. Ini adab ke mana, main terjah saja laman sosial orang. Pula tu, semberono lemparkan kritikan dan kata-kata kasar. Jagalah adab bukan saja sesama umat, malah sesama manusia juga. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Jika beliau menghukurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan maka pujian haruslah diberikan atas ushanya tu bukan berdasarkan penampilan atau perwatakannya. Ni yang mengutuk2nya tu pernah ke hulurkan bantuan macam beliau lakukan. Jangan hanya pandai berkata2 tapi sendiri pun tak pernah membantu orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun actually tak hiraukan sangat status LGBTQ si Sinon nih, asalkan dia tak drag dengan dress & heels heshe tu di KL.
Kerja-kerja amal yang dibuatnya tu wajar diberi pujian, walaupun orientasi bertentangan di negara kita.
BTW, iols terhibur sangat tengok drama-drama di IG. hilang stress! |
|
|
|
|
|
|
|
heolss mmg asal gelandangan kan..kt filipina pn dia sllu duduk n bg makan kt budak2 gelandangan.. btw btl ke heols lgbt? ke sbb heols suka drag je dicop lgbt?
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada sis video IG dia drag queen pakai heels kat pavillion
|
|
|
|
|
|
|
|
huh mcmla netizen ni sanggup hugs gelandangan tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Berani ke pihak berkuasa nak ambil tindakan terhadap beliau (foreigner) sedangkan kita membiarkan abam sajat dan abam sapi liyas berleluasa drag dipublic |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak berLGBTQ tu dia punya urusan lah tapi kalau dia buat something nice camni takkan nak kecam jugak? Netz ni mengomen tak agak2 macam deme tu ada fast track ke sorga jah |
|
|
|
|
|
|
|
macam la malaysian tak pernah bagi makan gelandangan etc..
well.. sebab bukan melayu or malaysian..
so semua pandang tinggi la kebaikan dia..
tak ada orang malaysia sebaik tu kekdahnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa Melayu ramai takut sangat dipengaruhi?
Senang sangat kah nak pengaruh orang Melayu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagi homeless bantuan tak perlu canang satu dunia...aku bukan maksudkan dia saja, tapi orang lain juga yang buat kebaikan semua nak diwar-warkan pada orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni silap pakai short mcm tu..patut pakai la serban dan baju arab..baru la melayu cakap dia baik..Mentaliti tipikal melayu dan taliban kan sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi ummah syumul, once lgbtq, nerakalah tempatmu yach. Gittew lahh sis Walaupunnn... |
|
|
|
|
|
|
|
hahah perangkap minda macam ni pun Penulis CARI terpengaruh , ke?
how come you are justifying one kebaaathilan with one goodness?
hanya org minda lemah je boleh terkeliru
walhal
okay semua org buat baik secara tersirat lebih baik...tak payah publicise pun
dan nak terima the act yg dilarang syarak tidak sama sekali.
tang perbuatannya menolong org tu
so as RAsulullah saw , even Mother theresa pun buat ?
sooooooooo????
why ?
haha amat lemah minda kalau macam ni pun terperangkap
how come u menerima baathil untulk justify kebaikan yg lain?
haha confusing kan , wahai si Penulis ? |
|
|
|
|
|
|
|
yelahh ko je lah rational, ko lah mental sihat dan ko lah dpt tiket ekspress masuk sorga... org lain semua masuk neraka. takyah susah hati sorga ada ko dan 2-3 org lg jurucakap Tuhan. kat nuraka, kita org buat rave party |
|
|
|
|
|
|
|
buat baik, bg makan gelandangan
takde kaitan pon dgn kesihatan mental.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana pulak dgn riwayat al bukhari pasal seorang pelacur yg masuk syurga sebab bagi minum anjing yg kehausan?
adakah riwayat ini hanya perangkap minda bagi golongan lemah pemikiran?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 6-11-2018 06:53 AM
tak serik lagi dibanhammer ? mahu menggunakan bahasa yg teruk lagi? mesti personal attacking lagi ?
kesian. tak pe, di alam dunia dan di CI anda mungkin, posting disanjung tapi percayalah ALLAH itu lebih besar dari Anda.
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1032097
ni salah satu thread bhasa anda.
itu belum lagi, bahasa personal attacking anda. Apa apapun anda buat tak akan terlepas daripada pengetahuan-NYA.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|