"Apa yang saya pakai itu adalah sebahagian daripada kerja dan bukan saja-saja."
Pelakon Zahirah MacWilson dalam satu temu bual bersama mStar Online memaklumkan dirinya sudah menjangkakan bakal dikecam gara-gara tampil seksi ketika mengunjungi Jepun, baru-baru ini.
Nur Zahirah MacWilson Zainol, 23, berkata, dia bukan sengaja berpakaian sedemikian, sebaliknya melakukannya demi memenuhi tuntutan kerja.
"akaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini," ujarnya.
Zahirah tampil membuat penjelasan itu selepas menyedari ada pihak memuat naik gambarnya hingga menimbulkan fitnah.
"Ada blog yang ambil dan tulis saya sedang bercuti, walhal saya ke sana atas sebab kerja. Netizen pula mula memberi komen negatif," katanya.
Zahirah, sebelum ini 'disekolahkan' netizen yang membanjiri ruangan komen Instagramnya dengan teguran dan kecaman kerana dilihat seolah-olah mendedahkan auratnya.
BACA JUGA: Netizen 'Sekolahkan' Zahirah Macwilson, Diminta Untuk Berpakaian Sopan
"Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan seksi isu yang sensitif di Malaysia.
"Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis," jelasnya.
Kredit foto: IG Zahirah
Apa pula reaksi orang ramai dengan jawapan Zahirah itu? - CARI
|