Suatu ketika dahulu, isu membabitkan Faiz Roslan dan rakan-rakan yang berpakaian serta berlagak seperti wanita hangat diperkatakan masyarakat.
Terbaru, isu selebriti lelaki berpakaian seperti wanita kembali menjadi topik panas di kalangan netizen apabila pelakon dan pelawak Fad Bocey berkongsi gambarnya tampil seperti pari-pari di Instagram.
Kredit foto: IG Fad Bocey
Selain berskirt, Fad juga mengenakan solekan tebal dipercayai untuk penggambaran sebuah program.
Gara-gara gambar itu, ruangan komen dan laman sosial dihujani dengan kritikan dan kecaman orang ramai yang menyifatkan Fad seolah-olah mempromosikan aktviti Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT).
"Sudah-sudahlah bagi contoh tak elok pada generasi kini"
Kredit foto: Twitter
Justeru, orang ramai meminta supaya Fad didakwah sebagaimana berlaku pada Faiz Roslan suatu ketika dahulu.
"Semoga PU dapat 'talkinkan' sikit orang tu"
Kredit foto: IG Fad Bocey/Twitter
Sementara itu, Fad menerusi ruangan komennya membidas kecaman netizen terbabit.
"Tak payah semak sini"
Kredit foto: IG Fad Bocey
Kalau orang biasa berkelakuan pelik pun dah dipandang serong, apatah lagi orang yang ada nama dalam industri seni. Pasti berbondong-bondong kecaman dilemparkan. - CARI |