Kecoh sebentar di laman Twitter sejak beberapa pengguna mula menyamakan suara pelakon Fasha Sandha serupa dengan suara watak animasi popular, Doraemon.
Malah, ada pihak bertindak mengedit video Fasha yang bergandingan dengan Syafiq Kyle ketika mengumumkan nama Farah Nabilah sebagai Artis Baru Wanita Popular pada acara berprestij Anugerah Bintang Popular BH 31 (ABPBH 31) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, pada Ahad lalu.
Kredit foto: IG Fasha Sandha
Video itu diedit dengan tambahan runut bunyi siri animasi berkenaan ketika Doraemon memperkenalkan alat terbaru dari poket ajaibnya kepada sahabatnya, Nobita.
Rata-rata pengguna terhibur dengan gurauan nakal individu yang bertanggungjawab mengedit video berkenaan.
Tak boleh move on
"Fasha Sandha umum nama Farah Nabilah sama macam Doraemon perkenalkan alat terbaru kat Nobita," komen netizen terhibur.
Suara Fasha disamakan dengan suara Doraemon bukanlah sesuatu yang baru, sebaliknya sudah lama ada yang menyedari perkara itu.
Kalau tak tengok TV, mesti ingat Fasha Sandha tu Doraemon
Kredit foto: Twitter
Justeru, ia membuatkan ramai netizen mengimbau kembali kenangan kanak-kanak ketika tertunggu-tunggu di hadapan kaca televisyen untuk menonton siri animasi Doraemon suatu ketika dahulu.
Apapun, diharap Fasha Sandha tidak berkecil hati dengan gurauan netizen. - CARI |